Makna Di Sebalik Lambang Dan Warna Pada Bendera Malaysia

Makna Di Sebalik Lambang Dan Warna Pada Bendera Malaysia | Bendera Malaysia telah diperkenalkan pada Tahun 1950. Pada tahun Tahun 1997, naman Bendera Malaysia telah ditukar kepada Jalur Gemilang bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-40.
Tahukah anda maksud lambang dan warna pada Jalur Gemilang?  

Perkongsian KakYa petang ini bersempena bulan kemerdekaan Malaysia  yang ke 64. Bersempena bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 64 pada tahun ini, KaYa nak kongsikan makna di sebalik lambang dan warna pada bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Sebelum tu apa kata kita kongsi dulu maksud Jalur Gemilang. 

Makna di sebalik lambang dan warna pada Jalur Gemilang, makna jalur gemilang, makna lambang anak bulan dan bintang 14 bucu pada jalur gemilang,

Jalur Gemilang Nama Bendera Malaysia


Jalur Gemilang adalah bendera Malaysia Malaysia yang mempunyai warna merah putih yang sama lebar bermula dengan jalur merah di bahagian atas dan jalur putih di bahagian bawah.

Jalur bermaksud : satu haluan yang lurus, 
Gemilang bermaksud : bercahaya terang benderang dan cemerlang. 

Maksud Lambang Pada Jalur Gemilang


Setiap lambang dan warna pada pada Jalur Gemilang mempunyai makna dan maksud tersendiri. Apakah maksud lambang anak bulan dan bintang 14 bucu yang ada pada Jalur Gemilang. 

Anak Bulan pada Jalur Gemilang membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara. 

Bintang 14 Bucu pada Jalur Gemilang membawa maksud perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan.

Maksud Warna Pada Jalur Gemilang


Tahukah korang maksud di sebalik warna yamg terpadapat pada Jalur Gemilang. 

Warna Merah pada Jalur Gemilang melambangkan keberanian dan bersedia menghadapi segala rintangan.

Warna Putih pada Jalur Gemilang melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan. 

Warna Biru pada Jalur Gemilang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. 

Warna Kuning pada Jalur Gemilang melambangkan kedaulatan raja berpelembagaan. 

Ok itu saja perkongsian mengenai makna di sebalik lambang dan warna pada Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Semoga bermanfaat buat semua.

Catat Ulasan

0 Ulasan