Akhirnya Akif Dapat Juga Sijil Kuiz Online Minda Sihat | Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu untuk Sijil Kuiz Online Minda Sihat, akhirnya Sijil Kuiz Online Minda Sihat mendarat jugak kat inbox email Akif pada 28 Ogos 2021. Aduhai lama jugak la duk menunggu sijil ni hinggakan merajuk teruk la jugak anak bujang KakYa ni sebab dia ingat tak dapat dah kot sebab takde khabar berita mengenai sijil selepas menyertai Kuiz Online Minda Sihat ni. Tapi bila dah dapat suka sangat la dia. Sijil Kuiz Online Minda Sihat antara sijil yamg ditunggu tunggu oleh Akif.
Tunggu Sijil Kuiz Online Minda Sihat Ibarat Tunggu Durian Gugur
Ritu masa abang dia dapat sijil, KakYa ada cakap jugak la kat Akif. Akif tak dapat sijil sebab markah rendah kot. Terus dia cakap kat KakYa, Akif jawap elok jer Umi takkan la markah rendah. Memang tinggi la markah dan memang boleh dapat sijil. Fuyoo konfiden level 14 tuuu.
Masa Untuk Print Sijil Sijil Akif
Fuhh banyak jugak la sijil Akif untuk tahun 2021 ni bila KakYa kira. Setakat ni KakYa dah print 50 keping sijil sijil dia. Ada lagi 25 keping yang tak print dan beberapa keping sijil yang Akif belum dapat. Bila dah print baru best nak tengok satu satu. Feel membelek sijil kat dalam fail ni kan, lain macam berbanding hanya duk tengok jer sijil tu kat email tapi tak boleh nak pegang. Hahaha.
Kumpul 100 Sijil Untuk Tahun 2021!
Agak agak korang la, Akif dapat tak kumpul 100 keping sijil menjelang 2022 nanti? Setakat yang ada ni dah 75 keping sijil. Rasa rasa KakYa kalau banyak program yang Akif join boleh dapat kot 100 keping. InsyaAllah kita usahakan setakat mana yang boleh. Program yang dah confirm dan bakal dapat sijil pon ada 6 ke 10 program jugak termasuk larian virtual. Harap harap Akif dapat join semua program yang telah didaftarkan. InsyaAllah.
5 Ulasan
Alhamdulillah, pencapaian yang baik
BalasPadamAlhamdulillah tq Syaz
PadamCantik sijil tu..murid kami juga ramai berjaya dapat sijil tu
BalasPadamHa aa Cantik kan cikgu. Tahnaih juga utk murid2 cikgu
PadamAnak Saya juga menyertai kuiz cabaran minda sihat 2021 tapi hingga ke Hari ini masih belum dapat apa2 sijil
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.