Webinar Sambutan Hari Harimau Sedunia 2021

Webinar Sambutan Hari Harimau Sedunia| Jom kenali harimau anda!  Webinar ini diadakan bersempena hari harimau sedunia yang di sambut pada 29 Julai setiap tahun. Webinar Sambutan Hari Harimau Sedunia 2021 dianjurkan oleh Econinja dengan kerjasama Jabatan Perhilitan Johor, World Conservation Society dan Persekutuan Pengakap Malaysia. Isu-isu berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan harimau akan dibincangkan oleh panel-panel istimewa di sesi webinar ini. Webinar ini akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Webinar Sambutan Hari Harimau Sedunia
Tarikh: Khamis 29 Julai 2021
Masa: 8.30 - 10.00 malam

tiger day, tiger day 2021 tiger day celebration,  econinjamy, International Tiger Day, tarikh sambutan hari harimau sedunia 29 julai 2021

Kuiz Hari Harimau Sedunia 2021


Bersempena webinar sambutan hari harimau sedunia 2021 yang akan diadakan pada hari Khamis ini, pihak Econinja akan mengadakan kuiz selepas selesai sesi webinar. Kuiz ini membolehkan korang mendapat sijil pengiktirafan peringkat kebangsaan. Boleh la untuk tabah markah PAJSK nanti. Jangan lupa sama sama kita nantikan webinar ini pada hari Khamis, 29 Julai jam 8.30 malam. 

E-sijil Penyertaan dan e-sijil Kuiz disediakan untuk semua. Terhad! Daftar sekarang!

Pendaftaran awal boleh dilakukan dengan klik pautan dibawah ini; 
 
KakYa dah daftarkan untuk Akif join webinar ni. Semoga beroleh ilmu dan Akif enjoy join webinar ni nanti. Sekarang ni dia excited betul nak join webinar sebab dapat join kuiz.  Good luck wahai anak. Teruskan usaha insyaallah beroleh kejayaan.

International Tiger Day Held Annually On 29 July 


Apakah yang dimaksudkan dengan hari harimau sedunia dan bilakah hari harimau sedunia di sambut? Hari harimau sedunia adalah sambutan tahunan untuk meningkatkan kepedulian terhadap usaha konservasi harimau dan disambut  setiap tahun pada 29 Julai. 

Sambutan pertama kali hari harimau sedunia
telah di adakan di Saint Petersberg Tigger Summit pada tahun 2010 di Russia. Tujuan dari sambutan ini adalah untuk mempromosikan sistem global untuk melindungi habitat alami harimau dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu konservasi harimau.

Untuk info lebih lanjut mengenai hari harimau sedunia korang boleh singgah kat facebook page Econinja.my . Link kat atas ya!

Catat Ulasan

0 Ulasan