Sijil Penyertaan Kuiz Online Georgetown World Heritage Day

Sijil Penyertaan Kuiz Online Georgetown World Heritage Day | Baru baru ni bermula 7 hingga 10 Julai 2021, Akif ada join Kuiz Online Sempena George Town UNESCO World Heritage Day. Kuiz online ini diadakan bersempena 'George Town UNESCO World Heritage Day' anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang. Alhamdulillah Akif dah dapat e-sijil penyertaan seperti yang dijanjikan pada 10 Julai 2021.


Tahniah dan syabas Umi ucapkan! Semoga dengan bertambahnya sijil, akan dapat menaikkan lagi semangat Akif untuk terus bersemangat menyertai dan mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran dan kuiz secara online. Jom kumpul lebih banyak sijil dan markah PAJSK. 

Sijil Online Kuiz Hari Pelaut Sedunia

Selain sijil untuk kuiz Georgetown World Heritage Day, Akif ada dapat satu lagi sijil untuk webinar dan kuiz online sempena Hari Pelaut Sedunia. Untuk kuiz ni Akif dapat 82% kalau tak silap KakYa dan layak mendapat sijil. Ni antara kuiz yang Akif rasa susah untuk jawap sepanjang 4 kali join di facebook Malaysia Sea Scouts. 


Akif sempat join 4 kali jer daripada 5 sesi. Sesi pertama terlepas sebab lewat dapat tahu. Sesi ke 2 hingga ke 5 semua dapat join dan semua dapat sijil. Tunggu satu lagi sijil terakhir yang belum dapat. Sijil sempena Hari Bakau Sedunia. Semua sijil yang disediakan sepanjang sesi berlangsung sangat sangat cantik dengan tema yang di tetapkan. Akif dah tak sabar nak tunggu sijil sempena Hari Bakau Sedunia. Join webinar dan kuiz ni bukan saja dapat sijil dan tambah markah PAJSK tapi dapat banyak ilmu pengetahuan juga. 

Aktif Kumpul Sijil Online

Sebenarnya selain kumpul sijil melalui pembelajaran dan kuiz secara online, Akif turut aktif kumpul sijil melalui virtual run. Banyak juga virtual run yang Akif join. Ada beberapa sijil yang dah dapat dan ada juga yang belum dapat. Ada juga beberapa virtual run yang belum mula lagi. KakYa harap Akif akan terus bersemangat untuk melibatkan diri dalam  sukan larian yang dia minat. 

Kelas Tuisyen Online AYU (Akademi Youtuber Guru Malaysia)


Sijil kelas tuisyen online AYU

Selain tu Akif turut aktif dalam kelas tuisyen online AYU anjuran bersama eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia dan turut aktif mengumpul sijil secara online melalui tuisyen online sekolah rendah yang disertai. Setiap hari bermula seawal 8 pagi hingga 9.30 malam ada jer kelas tuisyen online AYU yang bersiaran tapi Akif akan join pada waktu waktu dia takde kelas online kat sekolah. Kalau ada kelas online kat sekolah, KakYa akan pastikan dia join kalas online sekolah sebelum beralih ke kelas tuisyen online AYU. 

Doakan Akif terus bersemangat dalam sukan dan pelajaran. InsyaAllah..

Catat Ulasan

0 Ulasan