Sijil Kuiz Online Hari Konservasi Ekosistem Bakau Antarabangsa Peringkat Kebangsaan

Sijil Kuiz Online Hari Konservasi Ekosistem Bakau Antarabangsa Peringkat Kebangsaan | Keputusan kuiz online Hari Konservasi Ekosistem Bakau Antarabangsa anjuran Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia telah pun disiarkan semalam 13 Julai 2021. Kuiz online yang berlangsung selama 24 jam pada 3 Julai 2021 ini telah berjaya menarik penyertaan ramai daripada ahli pengakap seluruh Malaysia dari pelbagai peringkat. 

Markah untuk ahli pengakap yang layak mendapat sijil telah diumumkan pada 6 Julai 2021. Alhamdulillah Akif dapat 80% ke atas dan layak mendapat sijil. Tadaa ni lah sijil untuk kuiz online Hari Konservasi Ekosistem Bakau Antarabangsa.

Kuiz online 2021, sijil kuiz online 2021, kuiz online dapat sijil KPM, kumpul markah PAJSK sertai kuiz online, sijil online peringkat kebangsaan,
Siri Ke 5 : Sijil Hari Konservasi Ekosistem Bakau Antarabangsa Peringkat Kebangsaan

Semalam KakYa sempat jenguk facebook Page Malaysia Sea Scouts Malaysia dan dah ada link untuk muat turun sijil untuk kuiz online ini. Seperti biasa, sijil yang disediakan tak pernah menghampakan. Semua sijil yang disediakan sepanjang Siri Forum Webinar Pengakap Laut berlangsung sebanyak lima siri, tak pernah menghampakan. 

Sijil Dia Cantik!

Ramai juga yang puji sijil yang disediakan oleh pihak penganjur semua cantik cantik dan menepati tema di tetapkan. Ha aa memang KakYa akui semua sijil cantik cantik dan nampak bergaya hehehehe..

Untuk siri webinar dan kuiz yang dianjurkan, Akif hanya sempat join empat siri webinar dan kuiz dan mendapat markah 80% ke atas untuk kesemua empat siri. 

Untuk siri pertama Akif tak join sebab tak tahu lagi mengenai webinar dan kuiz yang dianjurkan. Rasa rasa kalau dapat join siri pertama mesti dapat kumpul lima sijil untuk siri ini. Tapi takpe la dapat empat sijil pon syukur alhamdulillah.

Ok jom kita terobek sikit kesemua sijil yang Akif dapat dalam siri webinar dan kuiz yang telah di anjurkan.

Kuiz online 2021, sijil kuiz online 2021, kuiz online dapat sijil KPM, kumpul markah PAJSK sertai kuiz online, sijil online peringkat kebangsaan,
Siri Ke 2 : Sijil Hari Lautan Sedunia Peringkat Kebangsan

Kuiz online 2021, sijil kuiz online 2021, kuiz online dapat sijil KPM, kumpul markah PAJSK sertai kuiz online, sijil online peringkat kebangsaan,
Siri Ke 3 : Sijil Hari Penyu Sedunia Dan Hari Penyu Laut Sedunia Peringkat Kebangsaan 

Kuiz online 2021, sijil kuiz online 2021, kuiz online dapat sijil KPM, kumpul markah PAJSK sertai kuiz online, sijil online peringkat kebangsaan,
Siri Ke 4 : Sijil Hari Pelaut Sedunia Peringkat Kebangsaan

Misi Kumpul Sijil Diteruskan!

Misi kumpul sijil untuk Akif akan diteruskan. Setakat ini Akif tetap bersemangat untuk kumpul lebih banyak sijil di samping belajar dengan lebih baik sepanjang PdPR berlangsung.

Akif ada jugak cakap nanti nak print semua sijil sijil yang ada baru best nak tengok. Itulah KakYa pon tak sabar gak nak print semua sijil sijil yang Akif dapat sepanjang aktif join kuiz secara online. Jom semua sama sama kumpul pelbagai sijil sepanjang persekolahan 2021 ini untuk permarkahan di akhir tahun nanti. Semangat okey! Teruskan berjuang buat anak anak. Anda Boleh! Pasti Boleh! Kita jaga kita. 


Catat Ulasan

0 Ulasan