Pertandingan Video Pendek Bulan Faraid Negeri Selangor 2021

Pertandingan Video Pendek Bulan Faraid Negeri Selangor 2021 | Jom sertai pertandingan video pendek bulan faraid negeri Selangor 2021 anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).  Pertandingan video pendek ini diadakan sempena bulan faraid negeri Selangor. 

Pertandingan Video Pendek Bulan Faraid Negeri Selangor 2021

Syarat Syarat Dan Peraturan Pertandingan Video Pendek Bulan Faraid Negeri Selangor 2021 


Syarat-syarat dan peraturan penyertaan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Terbuka kepada masyarakat awam yang beragama Islam;

2. Penghasilan video pendek ini adalah berdasarkan tema yang diberikan iaitu "Ilmu Faraid dan Harta Pusaka" ;

3. Durasi video tidak melebihi 3 minit

4. Penyertaan adalah percuma

Kaedah Penyertai Pertandingan Video Pendek Bulan Faraid Negeri Selangor 2021 


1. Isi borang penyertaan di www.mais.gov.my

2. Muatnaik video di Facebook dan Instagram korang dengan kapsyen #pertandinganvideofaraidmais

3. Hantar borang yang telah lengkap beserta pautan muatnaik video dan salinan video melalui email pro@mais.gov.my 

4. Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Julai 2021. 


Hadiah Lumayan Dan Menarik Menanti Para Pemenang


Berikut KakYa kongsikan hadiah hadiah yang bakal dimenangi bagi menaikkan lagi semangat koramg untuk turut serta dalam pertandingan ini.

• Tempat Pertama - RM 1,500.00 dan sijil
• Tempat Kedua - RM 700.00 dan sijil
• Tempat Ketiga - RM 500.00 dan sijil

Info Lanjut Berkenaan Pertandingan Video Pendek Bulan Faraid Negeri Selangor 2021 


Untuk info lanjut berkenaan pertandingan ini korang boleh hubungi; 

Encik Muhammad Syafiq - 013-362 0108
Ustaz Mohd Makhi  - 019-2647649

Atau sila layari laman tertera di bawah; www.mais.gov.my

Jom sama sama kita sertai pertandingan ini dalam membantu MAIS menyebarluaskan lagi kebajikan kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor. Ayuh!

Catat Ulasan

0 Ulasan