Pen Gel Faber Castell Paling Lancar FAST GEL Z Mengangkat Penulisan Ke Mercu Baharu

Pen Gel Faber Castell Paling Lancar  FAST GEL Z  Mengangkat Penulisan Ke Mercu Baharu | Faber - Castell Malaysia telah melancarkan Fast Gel Z, pen gel boleh retrak yang menghasilkan pengalaman penulisan yang sempurna dan menjadikannya pen gel paling lancar dalam pasaran. Fast Gel Z dengan mata pen baharu sempurna dengan teknologi kelikatan dakwat ultra rendah yang menawarkan penulisan lebih lancar.

Pen Gel Faber Castell Paling Lancar  FAST GEL Z, Faber- Castell, Fast Gel Z, Pen gel paling best digunakan, pen terbaik dari Faber - Castell

Dalam pembuatan Fast Gel Z, Faber-Castell telah mencipta mata pen multi-channelled inovatif dipadankan dengan dakwat yang berkelikatan rendah bagi menghasilkan penulisan yang sempurna. Gabungan yang inovatif ini pen Fast Gel Z memberikan pengalaman penulisan yang tiada pada pen lain di pasaran.

Pen Gel Faber Castell Paling Lancar  FAST GEL Z, Faber- Castell, Fast Gel Z, Pen gel paling best digunakan, pen terbaik dari Faber - Castell

Pen Fast Gel Z Dengan Tahap Geseran Paling Rendah


Teknologi mata pen baharu ini mengurangkan geseran antara kertas dan pen, menghasilkan hasil tulisan yang rata. Dalam ujian perbandingan geseran, Fast Gel Z menunjukkan tahap geseran yang paling rendah berbanding pen gel pesaing lain.

Pen Gel Faber Castell Paling Lancar  FAST GEL Z, Faber- Castell, Fast Gel Z, Pen gel paling best digunakan, pen terbaik dari Faber - Castell

“Faber-Castell sentiasa berusaha menghasilkan produk inovatif bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Antara masalah dihadapi pengguna ketika mengguna pen gel adalah tidak boleh menulis dengan lancar serta dakwat yang comot dan pemegang menjadi licin terutamanya sewaktu menulis untuk jangka waktu yang lama, menyebabkan para pengguna tidak berpuas hati. Ini telah mendorong kami untuk menginovasi pen Fast Gel Z yang membawa pengalaman penulisan ke mercu yang berbeza”  kata Andrew Woon, Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia.

“Dengan membawa teknologi terkini seperti teknologi mata pen yang sempurna dan ciri dakwat ultra licin, pelanggan dapat menikmati kepuasan penulisan sejati menggunakan Pen Fast Gel Z kerana ia menjamin penulisan yang mudah, terang dan garisan yang jelas, tanpa tersekat-sekat, dan tidak comot,” tambah Andrew.

Pen Gel Faber Castell Paling Lancar  FAST GEL Z, Faber- Castell, Fast Gel Z, Pen gel paling best digunakan, pen terbaik dari Faber - Castell

Pasaran Pen Gel Di Malaysia Mencecah RM43 Juta Pada Tahun 2019


Menurut Andrew lagi, pen gel merupakan segmen perniagaan yang penting bagi Faber-Castell Malaysia. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kantar, sebuah syarikat penyedia data dan perunding terkemuka dunia, pasaran bagi pen gel di Malaysia pada 2019 sudah mencecah RM43 juta.

Menurut laporan oleh Persistence Market Research pada 2020, pasaran alat tulis sedunia dijangka akan berkembang sebanyak 1.5 kali ganda pada 2030. Para pelajar merupakan penyumbang terbesar pasaran sebagai pengguna alat tulis, dan pasaran sedang menuju perkembangan di CAGR sebanyak lima peratus menjelang 2030. Dalam kesemua jenis alat tulis, pen merupakan segmen yang besar dengan pegangan sebanyak 60 peratus dalam pasaran alat tulis secara global.
 

Ciri Ciri Pen Fast Gel Z

Pen Fast Gel Z mempunyai ciri-ciri yang berikut:

• Kelancaran yang tiada tandingan dalam prestasi penulisan
• Dakwat cepat kering dan tidak comot
• Dakwat yang pekat dan terang
• Genggaman yang lebih lembut untuk keselesaan ketika menulis
• Boleh diisi semula

Pen Gel Faber Castell Paling Lancar  FAST GEL Z, Faber- Castell, Fast Gel Z, Pen gel paling best digunakan, pen terbaik dari Faber - Castell

Pen Gel Faber Castell Paling Lancar  FAST GEL Z, Faber- Castell, Fast Gel Z, Pen gel paling best digunakan, pen terbaik dari Faber - Castell

Pen Gel Faber Castell Paling Lancar  FAST GEL Z, Faber- Castell, Fast Gel Z, Pen gel paling best digunakan, pen terbaik dari Faber - Castell

Jangan Lepaskan Peluang Merasa Kesempurnaan Pen Fast Gel Z


Jangan lepaskan peluang untuk merasa kesempurnaan Fast Gel Z sekarang! Pen gel ini datang dalam dua varian - 0.5mm dan 0.7mm, kedua-duanya boleh didapati dengan dakwat hitam, biru dan merah.

Pen Gel Faber Castell Paling Lancar  FAST GEL Z, Faber- Castell, Fast Gel Z, Pen gel paling best digunakan, pen terbaik dari Faber - Castell

Harga Pasaran Pen Fast Gel Z


Pen Fast Gel Z dijual pada harga RM5 setiap satu sementara dakwat isi semula pada harga RM3.50. Boleh didapati di mana-mana kedai alat tulis dan pasar raya di seluruh negara dan juga eShop Faber-Castell di https://shop.faber-castell.com.my/

Pen Gel Faber Castell Paling Lancar  FAST GEL Z, Faber- Castell, Fast Gel Z, Pen gel paling best digunakan, pen terbaik dari Faber - Castell

Mengenai Faber-Castell Malaysia


Faber-Castell Malaysia ditubuhkan pada 1978 dengan hanya 8 orang kakitangan. Faber-Castell memulakan pengeluaran pemadam getah asli dan PVC pada tahun 1980 dan sejak itu Faber-Castell telah menjadi salah satu pengeluar pemadam yang terbesar di dunia dengan mengeksport sebanyak 90% daripada 150 juta pemadam termasuklah alat-alat tulis dengan inovasi Fast Dry GEL PEN yang terkini.

Mengikuti falsafah syarikat untuk menjadi inovatif dan cekap, Faber-Castell Malaysia mendapat pelbagai persijilan yang diiktiraf seperti ISO 9001, ISO 14001 dan lain-lain. Di samping itu, Faber-Castell Malaysia juga dipilih sebagai SUPER BRAND pada tahun 2002 bagi industri alat-alat tulis di Malaysia, selain daripada menjadi Pembekal Rasmi produk alat tulis bagi Sukan Komanwel ke-16 yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Disebabkan inovasi yang cemerlang dalam pembangunan produk, Faber-Castell Malaysia memenangi anugerah ISPA pada tahun 2007, dan iF Design and Promotional Gifts Award 2008 bagi pemadam Sleeve. Selain itu, Faber-Castell juga memenangi anugerah PBS pada tahun 2008 untuk pemadam Kosmo.

Selaras dengan perkembangan yang pesat, Faber Castell Malaysia telah berpindah ke kilang lokasi terkini pada September 2002. Dirasmikan pada 13 November 2002, salah satu ciri-ciri istimewa kilang adalah Menara Pensel yang Tertinggi di dunia. Pensel ini berketinggi 19.75 meter dan mempunyai diameter 0.8 meter telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dan Guinness World Records sebagai pensel terpanjang di dunia, dan kini menjadi salah satu mercu tanda di Malaysia.

Pada bulan Mac 2018, Faber-Castell Malaysia melancarkan pusat edaran seluas 90,000 kaki persegi yang terletak di Subang Jaya. Pusat edaran baharu ini menggunakan proses operasi digital yang membawakan kelebihan dari segi ketepatan penghantaran dan kecekapan sistem serta sistem pengurusan gudang, dan mempunyai enam ruang.

Faber-Castell juga merupakan syarikat pertama dalam bidang perniagaan alat tulis yang menyetujui piagam sosial yang menjadi panduan bagi menjaga kebajikan kakitangan syarikat. Di Malaysia, satu perjanjian kolektif telah ditandatangani antara kesatuan sekerja dan Faber-Castell Malaysia pada 11 Oktober 2004.

Untuk maklumat lanjut mengenai Faber-Castell, layari laman web syarikat tersebut di http://www.faber-castell.com.my/

Catat Ulasan

0 Ulasan