Merdeka Hike 2021 Anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Bukit Mertajam

Merdeka Hike 2021 Anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Bukit Mertajam | Merdeka Hike 2021 :  Virtual, Hiking, Running, Cycling. Pendaftaran percuma untuk menyertai Merdeka Hike 2021 telah di buka bermula 1 Julai sehingga 15 September 2021 dan peserta boleh mula mendaki, berlari dan berbasikal bermula 30 Ogos 2021 sehingga 16 September 2021 mengikut jarak yang telah ditetapkan dalam kategori masing masing. 

Merdeka Hike 2021, Merdeka Hike 2021 Anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Bukit Mertajam, Sijil KPM, Sijil Virtual Run 2021, Virtual Run 2021

Kategori penyertaan terdiri daripada tiga kategori iaitu pengakap kanak kanak, pengakap muda atau remaja dan kategori dewasa atau orang awam. KakYa dah daftarkan Akif pada 8 Julai 2021 baru baru ni untuk kategori pengakap kanak kanak. Harap Akif dapat join pada tarikh yang ditetapkan. InsyaAllah. Untuk pendaftaran, sila klik pada pautan https://penangscout.org/mh

Jarak Larian Merdeka Hike 2021


Jarak yang telah ditetapkan untuk kategori pengakap kanak kanak adalah 3km berlari atau 6km berbasikal manakala untuk kategori pengakap muda atau remaja jarak yang ditetapkan adalah 4km berlari atau 8km berbasikal. Untuk kategori pengakap kelana atau orang dewasa, jaraknya ialah 5km berlari atau 10km berbasikal.

Syarat Dan Peraturan Merdeka Hike


Syarat dan peraturan penyertaan yang perlu diikuti oleh peserta;

• Anda boleh melakukan aktiviti di mana-mana lokasi yang bersesuaian, dengan persetujuan ibu bapa dan mematuhi SOP daripada MKN yang terkini, serta direkodkan dengan menggunakan aplikasi larian atau senaman yang ditetapkan.

• Larian 3km atau Berbasikal 6km

• Anda perlu memuatnaik keputusan larian anda ke penangscout.org/mh/checkpoint dari tarikh 15 Ogos 2021 - 15 September 2021. Sistem Muat naik keputusan hanya akan dibuka pada 15 Ogos 2021 dan akan tutup pada jam 20:00 15 September 2021.

Peraturan, Penafian, Terma dan Syarat Merdeka Hike


Semua penyertaan Merdeka Hike adalah tertakluk kepada peraturan, penafian, terma dan syarat seperti berikut:

- Undang-undang Pengakap yang Pertama : "Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan ke hormatan dirinya."

- Semua peserta harus memastikan bahawa semua maklumat yang dihantar oleh mereka untuk tujuan pendaftaran adalah lengkap dan tepat.

- E-mel pengesahan pendaftaran akan dihantar setelah pendaftaran berjaya dilakukan. Sekiranya anda tidak menerima e-mel pengesahan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh pendaftaran yang berjaya, sila hubungi talian +6012-475 4663 atau hantarkan e-mel ke mh@penangscout.org

- E-mel pengesahan adalah bukti pendaftaran yang disahkan dan akan digunakan untuk penyertaan.

- Dengan pengesahan pendaftaran, peserta bersetuju untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

- Pihak penganjur boleh mengubah syarat & peraturan pada bila-bila masa, mengikut budi bicara pihak penganjur, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

- Setelah pengesahan penyertaan, perubahan pada kategori atau maklumat lain tidak akan dilayan.

- Pihak penganjur berhak untuk menerima atau menolak penyertaan tanpa pemberitahuan dan alasan terlebih dahulu.

- Pihak penganjur berhak menutup penyertaan sebelum tarikh akhir tanpa notis atau apabila kuota peserta penuh.

- Pihak penganjur berhak untuk membatal atau mengubah tarikh program mengikut budi bicara mereka sendiri.

- Pihak penganjur tidak akan akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan atau kemalangan yang dialami oleh peserta sebelum, semasa, atau selepas penyertaan dalam program ini.

- Peserta tidak akan menerima e-sijil jika gagal memuatnaik gambar dan rekod mendaki atau berlari sebagai bukti.

Rekod Larian Yang Boleh Di Guna Pakai 


Berikut adalah rekod larian yang boleh digunakan untuk muat naik bukti larian korang. Sila muat turun aplikasi dibawah dan mula rekod larian korag pada tarikh yamg telah ditetapkan oleh pihak penganjur. 




APPLE HEALTH
https://www.apple.com/my/ios/health/

Selain aplikasi di atas, anda boleh juga menggunakan mana-mana aplikasi yang setaraf dengannya. Jadi takde masalah kalau nak guna mana mana aplikasi sebab pihak penganjur dah bagi kelonggaran boleh guna asalkan yang setaraf dan diperakui. 


Jadi apa tunggu lagi. Jom la join sekali. Kita kumpul sijil ramai ramai. Yehaaa misi kumpul sijil diteruskan. Good luck Akif. 

*Ini adalah perkongsian dari KakYa untuk pembaca blog KakYa. Alang alang KakYa daftarkan Akif untuk program ni, KakYa kogsikan sekali kat sini kot kot ada yang berminat nak join. KakYa tiada kena mengena dengan pihak penganjur dan sebarang pertanyaan untuk program ini, sila kemukakan pertanyaan korang pada pihak berkenaan. Harap maklum. Terima kasih. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. wah bagus, berlari untuk menjaga kesihatan setiap masa, wpun PKP

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.