Kuiz Online 2021 Sempena George Town UNESCO World Heritage Day

Kuiz Online Sempena  George Town UNESCO World Heritage Day Harini Akif ada join kuiz online terbaru. Kuiz online 2021 ini terbuka untuk semua ahli pengakap di Malaysia. Kuiz online ini diadakan bersempena 'George Town UNESCO World Heritage Day' anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang. Kalau korang ahli pengakap, nanti jangan lupa join tau. 

Kuiz online dapat sijil 2021, kuiz online sekolah rendah dapat sijil, kuiz online dapat sijil kpm, kuiz online pengakap sekolah rendah dapat sijil

Kuiz Online Georgetown World Heritage Day 2021

Walaupun negara sedang berdepan dengan pandemik COVID 19 yang entah bila akan berakhir dan bagi menyahut kempen #stayathome marilah sama-sama kita membongkar sejarah dan menambah pengetahuan mengenai Georgetown World Heritage Day 2021 secara norma baru dengan  menyertai e-Quiz Georgetown World Heritage Day 2021.

Bagi yang berminat nak join sila klik link tertera dibawah dan jangan lupa check dulu kategori masing masing sebelum menjawap soalan kuiz. 

7 hingga Julai 2021  - Pengakap Kanak Kanak dan Pengakap Khas
Link kuiz : bit.ly/ekuizgh2021
Masa : 9.00 pagi - 9.00 malam

9 hingga 10 Julai 2021 - Pengakap Muda dan Pengakap Raja
Masa : 9.00 pagi - 9.00 malam

Syarat Syarat Yang Ditetapkan Oleh Pihak Penganjur


Berikut KakYa kongsika  syarat syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur sebelum korang menyertai kuiz ini;

• Setiap peserta perlu daftar maklumat diri dalam sistem (Nama, No.Kad Pengenalan dan Email) sebelum menjawab soalan kuiz.
• Sila pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan tepat bagi tujuan proses penghantaran e-sijil. (Pihak penganjur tidak akan melayan sebarang pembetulan e-sijil)
• Peserta hanya dibenarkan menjawab kuiz satu (1) kali sahaja.
• Peserta disarankan membaca nota yang diberi dengan teliti dan menjawab soalan dengan betul.

Sila ambil maklum bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan maklumat seperti kesilapaan ejaan nama, tersalah memasukan alamat email dan nombor kad pengenalan yang tidak lengkap ini TIDAK AKAN DI LAYAN.

e-Sijil Akan Di Hantar Bermula 7 Hingga 15 Julai 2021


Untuk pengetahuan korang, e-sijil penyertaan akan dihantar secara berperingkat bermula pada 7 hingga 15 Julai 2021. Korang boleh semak e-sijil dalam email di bahagian "Inbox atau Spam" dengan teliti.

60% Dah Boleh Dapat e-Sijil


Selamat menjawap  e-Quiz Georgetown World Heritage Day 2021. Akif cakap soalan susah sikit la Umi. Masa jawap pagi tadi Akif dapat 76% jer. Huhuhu KakYa cakap la .. Ala 76% mana nak dapat sijil sayang. Naper tak jawap elok elok, slow slow hati hati. Pastu muka dia hampa la. Melepas satu sijil. KakYa pon frust gak. TAPI!!!

Bila tengok kat poster ada tulisan kecik kat poster markah lulus untuk pengakap kanak kanak adalah 60% ke atas dah boleh dapat e-sijil. Terus hati jadi bunga bunga gitu. Akif pon happy. Cam tau tau jer soklan susah jadi 60% dah kira lulus. Alhamdulillah 76% LULUS! Yehaaa tuggu sijil baru la pulak. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Tahniah. btw jemput join GA As ya :)

    http://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2021/07/giveaway-aku-dan-kamu.html

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.