Kelas Intensif Matematik Untuk Persediaan Menjawap Soalan PKSK Dan UKKM

Kelas Intensif Matematik Untuk Persediaan Menjawap Soalan PKSK Dan UKKM | Jom sertai Kelas EXTRA Matematik Cikgu Shahril anjuran Fly High Training Centre! Khas untuk anak-anak Tahun 6 2021. Oleh kerana UPSR telah dimansuhkan, kelas online Cikgu Shahril pada hari Sabtu akan menukar kaedah pengajaran.
 
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), Ujian Kemasukan Ke MRSM (UKKM), Kelas Intensif PKSK UKKM, tarikh ujian UKKM 2021, tarikh ujian PKSK,

Kelas Intensif Matematik Persediaan Menjawap Soalan PKSK Dan UKKM 


Kelas EXTRA Matematik ini akan lebih berfokus kepada soalan 2 Kertas 1 sebagai persediaan untuk PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) dan UKKM (Ujian Kecenderungan
Kemasukan MRSM). Kalau anak anak korang berminat nak masuk ke sekolah berasrama penuh, korang boleh daftarkan anak anak korang untuk mengikuti pembelajaran Matematik kelas intensif khas ini selama dua hari bermula 7 Ogos 2021 dan 14 Ogos 2021. Daftar awal awal okey! Tempat terhad siapa cepat dia dapat. 

Tarikh Kelas Intensif PKSK UKKM


Tarikh Kelas Intensif PKSK UKKM GB Shahril adalah seperti tertera di bawah;

Kelas Tahun 6
Hari Sabtu 
7/08/2021 dan 14/08/2021
5.30pm - 7.00pm
Yuran : RM50 SEBULAN
2 sessi (1 Jam Setengah/SESI )
Aplikasi : ZOOM

Maklumat lanjut berkenaan kelas persediaan untuk PKSP dan UKKM sila whatsapp nombor tertera;

wasap.my/601127166046
wasap.my/601156998919
wasap.my/60126509622

Bagi yang masih tertanya tanya apakah itu 
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM), KakYa perincikan serba sikit kat sini mengenai perkara ini. Semoga dapat membantu ibubapa dan anak anak pelajar untuk ebih memahami apa itu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) .

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)


KakYa kongsikan info yang KakYa dapat dari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:

• Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point.

• Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke
Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)


UKKM adalah ringkasan kepada Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Disebabkan tiada lagi peperiksaan awam iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3. Maka syarat kelayakan ujian UKKM 
digunakan bagi pemilihan pelajar masuk ke MRSM.

Antara syarat utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM bagi sesi 2021 adalah wajib lulus Ujian dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES).

Untuk makluman, MARA masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah pengambilan dalam kalangan golongan B40.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua. InsyaAllah...

Catat Ulasan

0 Ulasan