Covid19 Kes Baharu Paling Tinggi 25 Julai 2021 Sebanyak 17045 Kes | COVID19 Kes baharu harian tertinggi dilaporkan hari ini, 17,045 dengan Lembah Klang, Johor dan Kedah mencatatkan kes tertinggi. Jumlah keseluruhan kes pula melepasi 1 juta hari ini sejak kes pertama dilaporkan di negara ini pada 25 Januari 2020. Varian Delta yang cepat merebak telah mengakibatkan lonjakan kes baharu COVID19 di serata dunia. KakYa tengok angka ni tadi rasa cam lemas tak boleh nak bernafas. Aduhai makin lama makin tinggi kes kat Malaysia ni. Moga kita semua kuat untuk melawan Covid19 hingga ke pemghujung. InsyaAllah sama sama berjuang.
Pecahan Kes Baharu COVID19 Di Malaysia
Sehingga 25 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,045 kes (1,013,438 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):Selangor - 8,500 (367,469)
Wilayah Persekutuan KL - 2,045 (110,051)
Johor - 950 (84,258)
Sabah - 818 (79,470)
Sarawak - 407 (73,986)
Negeri Sembilan - 513 (66,615)
Pulau Pinang - 573 (42,097)
Kelantan - 266 (39,673)
Kedah - 1,216 (38,477)
Perak - 609 (33,919)
Melaka - 370 (28,094)
Pahang - 424 (21,387)
Terengganu - 273 (14,318)
Wilayah Persekutuan Labuan - 21 (9,599)
Wilayah Persekutuan Putrajaya - 50 (3,367)
Perlis - 10 (658)
Varian Delta
Tahukah anda Varian Delta adalah varian baharu yang 2-4 kali lebih mudah merebak dari varian sedia ada. Ia merebak dalam masa yang lebih singkat dan lebih mudah menjangkiti orang lain.
Tingkatkan perlindungan diri anda dengan memakai pelitup muka berganda di tempat awam, elakkan ke tempat sesak dan sempit dan pastikan pengudaraan yang baik. Bersama kita putuskan rantaian COVID19.
Tingkatkan Kawalan Kendiri Dan Pematuhan SOP
Tindakan kendiri sangat penting dalam usaha mencegah jangkitan COVID19. Sila jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes positif. Tindakan ini penting untuk mengelakkan penularan jangkitan & kluster baru COVID19.
Bersama kita putuskan rantaian jangkitan COVID19. Tingkatkan kawalan kendiri dan pematuhan SOP serta amalkan norma baharu bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19.
1 Ulasan
Sedih tengok peningkatan kes macam ni. Macam tak ada function jer lockdown dibuat😢
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.