Cabaran Join Kuiz Minda Sihat Sekolah Rendah Dan Menengah Virtual Peringkat Kebangsaan 2021

Cabaran Join Kuiz Minda Sihat Sekolah Rendah Dan Menengah Virtual Peringkat Kebangsaan 2021 |  Semalam KakYa ada post satu entri berkaitan Kuiz Minda Sihat Sekolah Rendah Dan Menengah Virtual Peringkat Kebangsaan 2021 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Dek kerana entri tu ramai pengguna internet yang masuk ke blog KakYa semalam untuk join kuiz tersebut melalui  pautan link yang telah KakYa kongsikan. 


Oleh kerana pelancaran kuiz ditetapkan pada pukul 3 petang dan tamat pada jam 5 petang maka ramai yang berlumba lumba untuk masuk menjadikan link kuiz bermasalah. Ya la kan dalam satu masa SATU MALAYSIA pergi terjah dua link. Satu link untuk sekolah rendah dan satu link untuk sekolah menengah mahu tak terkejut kejung teruk la link tu haaaa. Tahu apa jadi pastu! 

Booommm Komen Entri Kuiz

Bila diaorang tak dapat nak masuk pautan link yang diberi, ramai jugak la yang datang komen kat entri KakYa dengan macam macam komen. Ada komen murni dan ada jugak komen dengan kata kata yang menyakitkan hati dan ada juga kata kata kesat dihamburkan pada post KakYa.

Ada Cakap Kita Scammer Hadoi La!

Dioarang cakap penipu, scammer, tak reti handle masalah dan macam macam lagi yang dioarang tulis. Tang scammer tu nak gelak pon ada. Diaorang yang komen tu ingat KakYa penganjur gamaknya padahal kat poster dan terang lagi bersuluh penganjur kuiz adalah Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Dah kenapa pulak KakYa yang kena hentam teruk kalau link yang diberi bermasalah. KakYa hanya berkongsi untuk pembaca blog KakYa. Tak sangka pulak boleh jadi isu camni. Boleh pulak kena hentam teruk macam kita pulak penganjur. Aduhai jenis tak reti membaca gamaknya. 

Bukan KakYa Penganjur Pon Sesedap Rasa Nak Hentam

Rasa cam nak nangis baca satu satu komen ke satu komen. KakYa publish semua komen kat blog sebab nak baca dan nak tunjukkan kat korang inilah sikap rakyat Malaysia yang tak reti beradab bila masuk rumah orang. Dah masuk rumah orang siap sumpah seranah kita, tak ke kurang adab namanya tu. 

Kata nak ajak anak anak join kuiz minda sihat tapi mak bapak sendiri minda tak berapa nak sihat duk komen menghentam pada blog peribadi orang. Tu bukan minda sihat namanya tu namanya minda tak betul. Kalau betul takdenya duk komen yang menyakitkan hati KakYa sebagai pemilik blog.

Redha Jer La!

KakYa sekadar berkongsi info jer kat blog, bukan salah KakYa kalau link tak dapat nak buka. Anak anak KakYa semalam pon tak dapat buka link apalagi nak masuk menjawap kuiz. Last last KakYa biar camtu jer. Takpe la takde rezeki kot nak jawap kuiz. Hingga jam 5 petang langsung tak boleh buka lagi link kuiz. Redha jer la nak buat camne. 

Dapat Link Terkini Opkos Happy

Pihak sekolah anak anak berjaya mendapat link baru dan berkongsi link di group sekolah. Link yang di kongsi ikut pautan negeri, makanya KakYa hanya dapat kongsi pautan link Terengganu kerana anak anak KakYa bersekolah di Terengganu dan hanya link Terengganu yang KakYa dapat. 

Tak nak hampakan pembaca blog KakYa updated juga link tersebut dan bagitahu diaorang berkenaan link. Harap dapat la membantu anak anak diaorang untuk jawap kuiz walaupun untuk Terengganu jer. Kurang kurang KakYa updated la jugak. Masa untuk menjawap kuiz turut di lanjutkan sehingga jam 10 malam. 

Malam Baru Dapat Jawap Kuiz

Untuk kuiz ni Akif dapat submit jawapan sebelum maghrib itupun berkali kali jugak la dia try masuk. Iman submit selepas maghrib dan Kakak Insyirah submit jam 11 malam sebab pautan tak dapat di akses kena tunggu dan dia pulak ada kelas malam jadi jam 11 malam baru sempat jawap kuiz lepas dah tamat kelas. Kalau ikutkan jam 10 tamat untuk jawap kuiz tapi KakYa ada baca kat group telegram eDidik Malaysia yang kuiz ini di tangguhkan sehingga 14 Julai jam 8 pagi. Sempat la jugak Kakak Insyirah jawap semalam. 

Edit Blog Masukkan Link Terbaru

Nak di jadikan cerita, KakYa tak perasan yang link pautan Terengganu yang KakYa kongsi kat blog semalam boleh juga di akses untuk negeri lain cuma kena tukar JPN negeri asing masing waktu isi maklumat diri. Gigih pulak sekali lagi masuk blog edit balik bagi info terkini agar pembaca boleh klik link terbaru dan ajak anak anak masuk untuk join kuiz. 

Jaga Hati Orang, Hati Kita! Emm Jagalah Sendiri KakYa ....

Gitu sekali kita ni nak jaga hati orang agar yang baik baik jer di kemudian hari. Tapi tu la orang hanya tahu komen mengutuk dan menghentam jer, bila kita kongsi link yang betul betul dah boleh akses takde pulak yang komen sepatah paling tak pon ucaplah terima kasih. Aduhai rakyat Malaysia ni dah hilang budi bahasa gamaknya. 

Pandai pulak diam seribu bahasa bila dah boleh akses link. Kalau tak, komen penuh ayat menyakitkan hati jer. Semalam KakYa nak publish komen pon sama banyak antara nak publish atau detele. KakYa ambil pendekatan publish jer sebab kebanyakan yang komen TANPA NAMA hanya sesetengah jer yang ada nama. Kita publish jer la tengok peel perangai orang komen lagumana. . . Jenis takde sifat sabar pon ramai semalam. Ntah hapa hapa la boleh muncul spesis cam gini kat blog KakYa semalam. Fuhh penat tulissss.

Bab Lain Pulak Timbul

Ok settle bab link tak boleh masuk semalam. Ni citer kat group sekolah anak anak bila dah dapat masuk lain pula jadinya. Ramai pula yang tanya markah tak dapat lagi, bila markah nak dapat, cara nak check markah dan bila boleh dapat sijil. Cikgu pon naik pening nak menjawap. Ya la bukan Cikgu yang anjurkan jadi manalah Cikgu tahu nak jawap tiap soalan anak kuid yang duj bertanya mahukan jawapan yang pasti. Aduhai! Sabor jer la. 

Cikgu Pon Pening Nak Jawap

Bukan kat group sekolah anak anak jer, KakYa baca kat group telegram eDidik Official pon ramai duk tanya soalan yang sama hingga Cikgu pon tak terjawap dah soalan yang ditanya dan ruang bicara ditutup buat sementara semalam. Disclaimer .. Semua urusan berkaitan dengan kuiz minda sihat adalah bukan dibawah urusan eDIDIK Malaysia. Oleh itu perbincangan mengenainya tidak akan dilayan.

Fuhh serabut jugak kepala Cikgu kalau semua duk tanya soalan mengenai masalah Kuiz Minda Sihat tu jer kat dalam tu hingga tenggelam info info lain. Tutup ruangan bicara memang langkah tepat. Moga moga pasni anak anak yang join akan dapat jawapan untuk setiap persoalan mereka melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. 
Kita tunggu jer la nanti bila dapat markah dan bila boleh dapat sijil... 

Misi Kumpul Sijil Paling Sedih Dan Haru!

Misi kumpul sijil paling sedih semalam. Aduhai bika ingat balik sakit jugak la hati KakYa ni. Tapi KakYa cuba sabar dan terus bersabar tapi dalam dalam sabar tu keluar jugak entri kurang sabar ni haaaa.. Selamat membaca korang!

Catat Ulasan

0 Ulasan