SPM 2020 Pencapaian Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun

SPM 2020 Pencapaian Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun | Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dalam sidang Media keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM tahun 2020 pada pagi tadi telah mengumumkan SPM 2020 pencapaian terbaik dalam tempoh 5 tahun dengan Gred purata nasional (GPN) 4.80

Keputusan SPM 2020 terbaik dalam 5 tahun, keputusan SPM 2020 Terengganu, SPM 2020 result, semakan keputusan SPM 2020 online, Cara Semakan SPM 2020, Tahniah Anak Anak SPM 2020, www.akifimtiyaz.com

Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 Meningkat 0.6 Mata 


Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 menunjukkan peningkatan 0.6 mata iaitu sebanyak 4.80 berbanding 4.86 bagi SPM 2019.

Dalam sidang media pada pagi tadi, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata pencapaian GPN 4.80 itu adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

401,105 Calon Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020


Seramai 401,105 calon mendaftar dengan seramai 381,894 calon menduduki SPM 2020 yang berlangsung dalam dua sesi pada 22 Februari hingga 25 Mac lalu serta 6 hingga 23 April untuk 83 mata pelajaran di 3,310 pusat peperiksaan.

Calon Layak Sijil SPM juga menunjukkan peningkatan sebanyak 1.96 peratus iaitu 88.68 peratus bagi SPM 2020 berbanding 86.72 peratus untuk SPM 2019.

Bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) Layak Sijil SPM, terdapat 6.88 peratus peningkatan iaitu 68.22 peratus bagi SPM 2020 berbanding 61.34 peratus untuk SPM 2019.

Dari segi jurang pencapaian mengikut lokasi, jurang pencapaian antara calon bandar dan luar bandar mengecil kepada 0.38 pada 2020 berbanding 0.44 pada 2019.

Slip Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020


Slip peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta jata negara dan kod QR  boleh diakses bermula Isnin ini melalui laman sesawang myresult3.moe.gov.my. 

Tarikh Pengedaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020


Sijil SPM pula akan mula diedarkan secara berperingkat bermula 10 Julai 2021. 

Tahniah Anak Anak SPM 2020


Tahniah buat semua anak anak SPM 2020. Apa pon buat anak anak yang meperolehi keputusan SPM hari ini, anda sebenarnya TERBAIK. Di saat negara berperang dengan Covid 19 anda tetap berjuang untuk SPM sehingga ke penghujungnya. Syabas dan tahniah untuk semangat yang tak pernah luntur tanpa kenal erti putus asa. 

Yang lulus cemerlang pada hari ini kamu adalah yang hebat, yang keputusannya tak berapa baik, anda sebenarnya terbaik. Jangan rasa rendah diri anak anak. Bukan senang tau anak anak untuk berjuang dalam keadaan Covid 19 yang melanda. Apapon sematkan keyakinan yang tinggi dan yakin pada diri sendiri, kamulah anak anak hebat. SPM 2020 pencetus fenomena. 


Catat Ulasan

0 Ulasan