Sijil Kuiz Online Hari Penyu Sedunia

Sijil Kuiz Online Hari Penyu Sedunia | Keputusan kuiz online Hari Penyu Sedunia anjuran Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia dan Sea Turtle Research Unit, Universiti Malaysia Terengganu (SEATRU, UMT) telah pun disiarkan pada 21 Jun 2021. Kuiz online yang berlangsung selama 24 jam pada 19 Jun 2021 ini telah berjaya menarik 23,525 penyertaan daripada ahli pengakap seluruh Malaysia dari pelbagai peringkat. 

kuiz online yang dapat sijil kebangsaan 2021, kuiz online 2021, kuiz online sekolah rendah dapat sijil, kuiz online dapat sijil KPM, kuiz online
Semua sijil yang disediakan oleh pihak penganjur cantik cantik belaka. Memang Akif seronok la bila daapt sijil. 

Misi Kumpul Sijil Diteruskan 


Alhamdulillah Akif sempat join dan berjaya memperolehi 80% markah ke atas dan layak untuk mendapat sijil. Yeay dah dapat sijil semalam. Bertambah lagi satu sijil untuk Akif. Tahniah KakYa ucapkan kepada Akif dan peserta yang berjaya menjawap dengan baik dan mendapat sijil. Bagi peserta yang belum berjaya, cuba lagi pada kuiz seterusnya iaitu Hari Pelaut. Webinar ke 4 Hari Pelaut Sedunia akan berlangsung malam ini 26 Jun 2021, pada jam 9.00 malam. Sama sama kita nantikan kuiz Hari Pelaut pula malam nanti. Selamat maju jaya buat Akif dan buat semua ahli pengakap Malaysia yang akan join kuiz ini nanti. Jom kita teruskan misi untuk kumpul sijil. 

All The Best Akif


Semoga anak bongsu Umi tak pernah jemu untuk turut serta dalam aktiviti berfaedah sepanjang PdPR 2021. All the best buat Akif! Umi akan terus memberi sokongan dan dorongan untuk Akif. Teruskan berjuang wahai anak. Mari kita kumpul lagi banyak sijil menjelang sekolah berakhir. Agak agak susah ke senang soklan kuiz untuk Hari Pelaut malam nanti. Kita tunggu je la nanti. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.