Sarapan Pulut Gaul Nyor (Kelapa)

Sarapan Pulut Gaul Nyor (Kelapa) | Hi korang, Salam Jumaat. Sarapan apa pagini. KakYa pagini layan "Pulut Gaul Nyor" atau Pulut Gaul Kelapa orang luar panggil. Pulut Gaul Nyor tu orang ganu sebut gitu. KakYa kan anak jati Ganung, memang KakYa panggil Pulut Gaul Nyor jer. Pagini mood rajin mari campur dengan tekak rasa nak makan Pulut Gaul Nyor sebab lama doh dok makan. Terus la KakYa masak awal pagi tadi. Bahan bahan pon encik suami dah beli sesiap semalam. Pagini KakYa masak jer. 

Cara masak beras pulut, pulut gaul kelapa, pulut gaul nyor, cara senang buat pulut gaul nyor, pulut kelapa paling sedap dan mudah di masak,

Kejap jer masak Pulut Gaul Nyor ni. Basuh beras masuk rice cooker tunggu jer la masak. Hehehe senang ke dok lagutu? Senang laaa kan? Tapi kalau korang nak tahu cara masak Pulut Gaul Nyor dan bahan sampingan lain untuk makan ngan pulut meh KakYa bagi resipi senang. 

Resipi Pulut Gaul Nyor Paling Mudah Dan Senang

Nak masak Pulut Gaul Nyor bahan utama dia, kena la ada beras pulut. Nak guna beras pulut susu atau beras pulut biasa boleh belaka takde masalah. KakYa suka beras pulut susu. Jadi setiap kali masak Pulut Gaul Nyor KakYa akan guna beras pulut susu. Ikut kesukaan masing masing okey! Dok soh balah boleh belaka tadok hal nak guna hok mana. Yang penting Pulut Gaul Nyor boleh makan. 

Bahan Bahan Pulut Gaul Nyor

Antara bahan bahan yang diperlukan untuk masak Pulut Gaul Nyor ialah:

1. Beras Pulut

2. Kelapa Parut (KakYa suka kelapa lebih, jadi KakYa sediakan sebiji kelapa parut)

3. Ikan Tongkol. Orang Teganung panggil Ikan Aya. 

4. Garam dan gula secukup rasa. 

Cara Masak Pulut 

Mula mula kena masak beras pulut dahulu. Caranya basuh beras macam kita basuh beras nak tanak nasi tu.

Basuh beras pulut cam biasa. Siap basuh beras, toskan air dan masukkan beras dan air ke dalam rice cooker.

Ukur aras air seruas jari korang bermula dari permukaan beras pulut. Confirm pulut korang menjadi elok nanti tak lembik dan tak keras. Yang sedang sedang saja.

Masak beras pulut seperti masak nasi biasa. Tunggu hingga masak.

Cara Masak Ikan Aya Kukus

Dua tiga ketul ikan aya. Masukkan garam, lengkuas, asam keping dan juga air. Masak hingga mendidih di atas api sederhana. 

Dah siap masak, bolehlah goreng ikan kukus tu nanti masa nak makan bersama dengan pulut. KakYa buat dua versi ikan aya kukus goreng dan juga ikan aya panggang. Encik suami nak makan ikan aya panggang, anak anak pulak nak makan ikan aya kukus goreng. Jadi KakYa buat la dua versi bagi semua puas hati. 

Cara Sediakan Kelapa Parut

Ambil kelapa patut masukkan kat dalam bekas pastu masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul bagi sebati. Tu jer caranya. Senang kan? Iyo senang jer tak susah pon, antara malan ngan rajin jer sebenarnya. 

Cara masak beras pulut, pulut gaul kelapa, pulut gaul nyor, cara senang buat pulut gaul nyor, pulut kelapa paling sedap dan mudah di masak,

Ok! Pulut dah tanak, ikan aya dah goreng dan panggang, kelapa parut pon dah siap apalagi kita makan duluuu ... Pulut ni orang cakap takleh makan banyak banyak sebab lemau badan. Bila dah lemau nanti mula la nak.mentidoo jer. Jadi nasihat KakYa jangan makan banyak banyak okey! Sikit sikit sudah ler. Makan biar berpada pada ok. 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Sedap . CCL selalu makan dengan ikan kering

    BalasPadam
  2. betul, pulut mkn sedap, tapi klau terlebih mkn, mmg mabuk jadinya mengantuk jer..

    BalasPadam
  3. Sedap ni kakYa, betul tak boleh makan banyak kalau PC pulut ni, kalau PC suka kembung perut bila makan pulut banyak. Mulut nak je menyuap tapi perut tak tahan.

    BalasPadam
  4. Kami, orang Baling pun ada menu Pulut Go Nyor ni :) Tapi, regunya ikan masin @ ikan pekasam goreng. Hidang pulak dengan kopi O, aduhai nikmatnya!

    BalasPadam
  5. Lama tak makan gini Kak Ya. Seronok pulak baca entry resepi bahasa Ganu

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.