Percubaan Pertama Kali Masak Nasi Kuning Berjaya!

Percubaan Pertama Kali Masak Nasi Kuning Berjaya!   | Nasi Kuning adalah salah satu menu kesukaan suami KakYa. Tapi tak pernah sekalipon KakYa masak menu ni sepanjang hidup. Iyer memang tak pernah masak Nasi Kuning. Encik suami pon tak pernah minta suruh masak. Biasa kalau balik kampung dan kebetulan encik suami nak makan Nasi Kuning, mak mertua KakYa la yang masak. Nasi Kuning mak mertua KakYa memang sedap dan encik suami memang suka. TAPI anak anak KakYa kurang minat sikit Nasi Kuning sebab tu la KakYa tak pernah masak sebelum ni. Anak anak suka Nasi Ayam jer hehehe. 

Resipi nasi kuning terengganu, nasi kuning terengganu, cara masak nasi kuning terengganu, nasi kuning gulai ikan aya, nasi kuning paling sedap,

Sejak dah nak masuk 2 tahun tak dapat balik kampung, encik suami pon dah rindu nak makan Nasi Kuning style mak dia, maka di baginya idea kat KakYa suruh masak Nasi Kuning lauk ikan aya. Aduhai tak pernah buat lagi Nasi Kuning ni kang tak jadi kang sapa nak makan nanti. Aduhai payah gak ni. Zasss menggoogle la kejap. 

Resipi nasi kuning terengganu, nasi kuning terengganu, cara masak nasi kuning terengganu, nasi kuning gulai ikan aya, nasi kuning paling sedap,

First Time Masak Nasi Kuning 

Malam sebelum buat Nasi Kuning, KakYa call mak mertua tanya bahan bahan yang digunakan. Alahai tak sama pulak dengan bahan yang KakYa chek ngan Mr Google. Camne ni, nak carik bahan camne mana ada kedai buka malam malam dah lebih jam 8 dah. Aduhai dilema sungguh la. KakYa tak cakap pon kat encik suami pasal bahan tak cukup tu. Bukan tak cukup sebenarnya! Yang KakYa google tu resipi dia nampak simple jadi KakYa beli bahan ikut resipi simple tu la. Takpe la KakYa buat jer ikut resipi Mr Google. Harap harap menjadi la nanti. 

Akhirnya Campak Campak Jer Jadi Jugak

Pagi pagi kekokon bangun awal nak masak Nasi Kuning tapi hari kejadian nak masak Nasi Kuning tu, KakYa pening kepala dan sakit dada. Nak bernafas pon cam tak cukup oksigen. Inikan nak masak masak. Jadi KakYa sambung tidur lepas makan ubat. Dalam pukul 10 pagi gitu baru rasa OK terus KakYa masuk dapur. Makanya terlewat sikit la masak. Tengahari baru siap masak. Gagahkan jugak masak sebab dah sediakan ikan aya kukus sehari sebelum buat Nasi Kuning. 

Resipi nasi kuning terengganu, nasi kuning terengganu, cara masak nasi kuning terengganu, nasi kuning gulai ikan aya, nasi kuning paling sedap,

KakYa masak jer Nasi Kuning tu ikut resipi Mr Google tapi cam tak kena jer kat bahan bahan yang patut letak. Jadi derhaka la jugak pada resipi tu. Letak ikut suka KakYa dan tambah bahan yang takde dalam resipi. Tapi hasilnya, alhamdulillah menjadi helok jer Nasi Kuning KakYa.

Siap Boleh Buat Jual Tu Tak Tahan Dengar

Untuk kuah Nasi Kuning, KakYa memang dah biasa buat gulai ikan berempah jadi takde masalah untuk buat kuah. Nasi Kuning jer first time buat. Alhamdulillah bila menjadi rasa bangga la jugak. Percubaan pertama kali buat Nasi Kuning berjaya! Encik suami cakap sedap macam orang jual kat kedai. Lebih kurang macam Ma buat la jugak. Hahahaha kembang semangkuk mak aii bila encik suami puji sedap dan boleh jual. Aduh duh duh siap boleh jual pulak tu tak tahan aihhhh. Nak jual kat depan umah ke? Hehehe.

Pertama kali buat kot! Anak anak pon cakap sedap Umi masak. Jadi cam Wan buat la Umi. Emmm jauh gak tu nak sama ngan Wan masak. Wan lagi terer dari Umi. Main campak campak jer kalau Wan masak, sedar tak sedar dah boleh makan dah. 

Masak Biar Ikhlas

Sebenarnya nak masak apa apa sekalipon yang paling penting niat kena ikhlas. Ikhlas masak untuk family. InsyaAllah menjadik la masakan kita. Sebelum masak doa banyak banyak minta Allah bagi makanan yang kita masak menjadi elok dan sedap dimakan agar takde pembaziran. Amalkan sokmo! 

Mula mula kan, masa KakYa taip entri ni ingatkan nak selit la resipi Nasi Kuning style KakYa ni kat sini. Tapi entri dah panjang berjela jela dah ni. Takyah letak resipi dululah, kita buh resipi kat entri yang lain okey. Rini kita citer santai santai bab pertama kali masak Nasi Kuning jer la. Nanti ada masa dan kelapangan, KakYa up seketul resipi Nasi Kuning okey!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Samalah menu kita hari ni KakYa! PH masak nasi kuning Utara, regu dgn Ayam Masak Cabai :)

    BalasPadam
  2. Pandai kakya adjust wpun x cukup bahan resipi mertua akak. Juju ni tgk pun tau sedap sgt ni. Hebat lah air tgn kakya πŸŒΈπŸ€—

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.