Kuiz Online Sempena Hari Lautan Sedunia

Kuiz Online Sempena Hari Lautan Sedunia |  Bersempena Hari Lautan Sedunia yang di sambut ada 8 Jun setiap tahun, Akif sempat juga join dua kuiz online. Satu kuiz online untuk ahli pengakap sahaja telah dilaksanakan pada 12 Jun 2021 anjuran Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan, Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia dan Pusat Kajian Samudera dan Pantai, Universiti Sains Malaysia (CEMACS, USM) dan satu lagi kuiz online untuk semua persatuan dan badan beruniform telah diadakan pada 16 dan 17 Jun 2021 anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia daerah Balik Pulau dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang (PPMNPP).


Alhamdulilllah untuk kuiz online Pengakap Laut Kebangsaan Siri 2, 2021 sempena Hari Lautan Sedunia Akif dapat 82% dan layak untuk mendapat sijil. Boleh tahan susah juga soalan yang dikemukakan tapi last sekali Akif dapat jawap walaupon muka monyok jer lepas tahu dapat markah 82% jer. Nasib dapat 82%, masih layak untuk dapat sijil peringkat kebangsaan. Untuk pengetahuan korang, kelayakan untuk dapat sijil adalah 80% ke atas dan pelajar hanya boleh jawap sekali sahaja tanpa ulangan.  Kuiz online ini berlangsung selama 24 jam sahaja. 

Untuk satu lagi kuiz online Hari Lautan Sedunia 2021 anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia daerah Balik Pulau yng diadakan pada 16 Jun 2021 sehingga 17 Jun 2021 Akif dapat markah sebanyak 88% dan layak untuk mendapat sijil penyertaan peringkat negeri. 


Tahniah Akif!

Tahniah! Akif. Bertambah lagi dua sijil untuk Akif. Umi bangga sangat sebab anak Umi aktif menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum dan  pembelajaran secara online. Tahun 6 2021 kurang penglibatan anak anak dalam aktiviti kokurikulum kat sekolah di sebabkan Covid19. Bila ada aktiviti forum dan kuiz seperti ini, KakYa akan pastikan Akif join. 

Penglibatan Akif dalam aktiviti kokurikulum dan pembelajaran secara online dengan adanya sijil seperti ini bukan saja saja tau, tapi dengan penglibatan ini akan dapat membantu untuk pemarkahan PAJSK akhir tahun Akif nanti. 

Kita Tunggu Malam Ni!

Malam ni ada satu lagi webinar dan juga kuiz untuk siri tiga bersama Malaysia Sea Scouts. Webinar dan kuiz online bersempena Hari Penyu & Penyu Laut Sedunia berlangsung pada jam 9 malam. Kejap jer lagi. Harap Akif dapat join nanti...



Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.