13 Jun 2021 Bermula Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)

13 Jun 2021 Bermula Pembelajaran Di Rumah (PdPR) |  Setelah 2 minggu anak anak bercuti, esok 13 Jun 2021 akan bermula kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) untuk sesi terbaru. Semoga anak anak KakYa lebih bersedia untuk PdPR esok, InsyaAllah. Cuti lama lama ni anak anak nampak enjoy sebab takde kelas online sepanjang cuti. Cuma kelas bersama Umi tetap berjalan seperti biasa walaupon cuti sekolah. Harap harap esok pagi takde la yang lewat masuk kelas online. Sapa lewat, Umi ketuk ngan sudip kayu!

Maksud PdPR, PdPR bermula, Sesi baru PdPR, PdPR bermaksud, PdPR Terengganu, maksud singkatan PdPR, Cuti penggal persekolahan, tarikh cuti penggal 2021

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) Bermula


PdPR terbaru akan bermula 13 Jun 2021 dan akan berakhir pada 15 Julai 2021. Anak anak KakYa bersekolah di Terengganu dan kami ikut negeri kumpulan A. Jadi PdPR selama 25 hari bermula esok. Sepertimana yang kita tahu, pembelajaran secara online tidak sama pembelajaran secara bersemuka. Oleh itu sebagai ibubapa kita perlu memainkan peranan yang lebih baik agar sesi pembelajaran anak anak dapat dijalankan dengan sempurna. 

Cuti Penggal Persekolahan Bermula 16 Julai 2021 Sehingga 24 Julai 2021


Selepas 25 hari pembelajaran secara PdPR anak anak akan mula bercuti untuk cuti penggal persekolahan bermula 16 Julai 2021 sehingga 24 Julai 2021.

Selepas cuti penggal persekolahan berakhir, sesi persekolahan baru akan bermula dan keputusan samaada persekolahan secara bersemuka atau PdPR seterusnya akan dimaklumkan kemudian iaitu seminggu sebelum sesi persekolahan bermula.  Pendekatan selanjutnya akan ditentukan berdasarkan situasi pada waktu tersebut. 

Walau apapon keputusan yang akan diumumkan kelak, KakYa mendoakan agar anak anak kekal fokus dalam pelajaran. Semoga anak anak berjaya dengan cemerlang di masa akan datang. InsyaAllah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan