Menang Contest Duit Raya 2021 Di Page Azlinapenulisupahan

Menang Contest Duit Raya 2021 Di Page Azlinapenulisupahan | Alhamdulillah syukur Ya Allah, rezeki raya KakYa menang contes duit raya 2021 anjuran page Azlinapenulisupahan. KakYa dapat tahu Contest Duit Raya 2021 yang dianjurkan pon last minit sebenarnya. Contest tu dah berlangsung sejak 14 April 2021 tapi KakYa join 3 Mei 2021 sehari sebelum contest berakhir.

Tak sangka pulak boleh menang. Ayat yang KakYa tulis untuk contest tu pon on the spot tang tu tulis tang tu jugak post. Join tanda support kat kawan kawan jugak sebenarnya. Nak meramaikan lagi jumlah peserta yang join.

Contest duit raya 2021, menang contest duit raya join contest duit raya, alhamdulillah syukur Ya Allah, dapat duit raya RM50, Azlina Penulis Upahan

Dah nak jadi rezeki KakYa. Last minit join menang jugak. Orang kata rezeki tak salah alamat kan? Rezeki KakYa menang tempat ke tiga. Pemilik page Azlinapenulisupahan, Nor Azlina Mohd Ali aka Ina dah buat pengumuman pemenang contest duit raya 2021 secara live jam 10 pagi tadi. 

Alhamdulillah tahniah juga pada semua peserta yang lain. Semua hebat hebat bab karang ayat ni. Terkedu la jugak bila kita baca caption sorang sorang nak bandingkan ngan kita punya caption. 

Contest duit raya 2021, menang contest duit raya join contest duit raya, alhamdulillah syukur Ya Allah, dapat duit raya RM50, Azlina Penulis Upahan

Masa Ina umumkan nama KakYa sebagai pemenang tempat ke tiga tu kan TERHARU sangat rasa hati KakYa ni bila Ina sebut "caption dia tulis dengan ikhlas hati tapi sampai tepat di hati saya"Tak sangka pulak caption last minit yang KakYa tulis tu sampai tepat kat hati Ina. Terima kasih juga buat Ina kerana menganjurkan contest duit raya 2021. Semoga Ina terus maju dan berjaya sebagai penulis upahan. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.