Dalam banyak banyak background kat hp Umi, background ni jugak yang dia pilih. Tapi nak nampak kelainan sikit Umi baiki sikit buat dua tone warna. Nampak lagi menarik takde la biasa biasa sangat.
Kisah Di Sebalik Sekeping Kad Raya
Makanya sibuk la anak bujang KakYa ni duk tanya nak pilih gambar mana nak letak apa kat kad, ayat lagumana nak tulis nanti ni, nak letak warna apa nanti. Hadoi macam macam soklan la yang dia duk tanya sementara duk tekan tekan phone nak siapkan sekeping kad raya untuk Cikgu Jaa. Rasa rasa Umi la, kalau bab edit mengedit ni Akif laju jer kan? Apasal pulak nak dit sekeping kad raya jadi susoh benor nak oiii.
Hukaloh Umi, tu edit main main boleh la Umi. Ni nak edit untuk bagi kat Cikgu ni Umi. Mana boleh cinai cincai nanti tak dapat markah. Nak! Cikgu tak cakap pon kena buat tahap pro, buat setakat kita mampu udah ler. Dia jawap lagi, masalahnya tak mampu nak buat. Ambik kau dia punya jawapan. Pastu boleh pulak dia cakap nak lukis jer la senang hantar kat Cikgu. Apa ni! Cikgu suruh lain, lain dia nak buat. Anak oh anak.
Buat jer la lagumana pon guna phone Umi, nanti ambik jer gambar mana ada kat phone yang dah remove background tu letak jer kat kad raya yang dah buat tu. Untuk background ambik jer la mana mana yang Umi dah save. Ayat ayat guna jer ayat Umi post kat facebook masa raya pertama ritu dan ubah la sikit ayat ayat tu tuju untuk Cikgu Jaa. Gitu Umi punya arahan. Paham ke idok buat jer la dulu. Nanti apa apa Umi edit balik.
Dia buat la jugak sikit moganya tugasan sekolah. Pastu duk senyap cam batu kat bilik, bila Umi tanya apahal. Dia tunjuk kad yang dia dah buat. Ni ha gambar Akif besar gedabak ni takleh nak adjust. Umi adjust sikit sikit bagi elok, baiki tulisan sikit sikit. Dan hasilnya seperti kat atas.
Boleh la dari takde. Pro dah ni sebab Umi tolong jugak baiki apa yang patut. Sejam jugak dia duk godek phone masa Bahasa Melayu tadi. Baru dia tahu susah senang nak buat kerja edit mengedit ni. Tapi bila dia tengok Umi ajar, dia cakap senang jer bila tahu cara. Boleh buat kad raya untuk Cikgu lain pulak nanti. Emmm ya ya la nak! Satu pon payah nak siap, ni nak buat dua tiga. Bertabahla Umi!
2 Ulasan
lawa dah kad raya utk cikgi Jaa tuu.. 😅
BalasPadamSelamat hari raya!
BalasPadamJom join Giveaway Raya 2021 - Duit Raya by Bola Katok.
https://bolakatok.blogspot.com/2021/05/giveaway-raya-2021-duit-raya-by-bola.html
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.