Alhamdulillah 6 May 2021 Insyirah Dan Iman Balik Dari Asrama

Alhamdulillah 6 May 2021 Insyirah Dan Iman Balik Dari Asrama | Assalamualaikum, hai korang. Alhamdulillah akhirnya hari yang di tunggu tunggu bakal tiba. Dapat jumpa anak anak setelah sekian lama tak jumpa. Tak sabar dah ni nak jumpa anak anak hari Khamis nanti. Insyirah dengan Iman akan pulang ke rumah pada 6 May 2021. Lamanya tak jumpa diaorang sejak diaorang masuk asrama. Rinduuuuu.


Iman kami ada jugak jumpa sekali dua sebab ada hal kat asrama dan sekolah yang perlu diselesaikan. Jadi dapat la jugak jumpa walau sekejap. Tapi Insyirah sejak hari pertama hantar kat asrama, hingga kini tak pernah jumpa. Rindu jangan cakap la, harapkan handphone jer boleh dengar suara. Nak tengok muka memang tak boleh sebab pihak sekolah hanya benarkan telefon biasa jer tak boleh bawak telefon pintar. Tapi takpe la dapat dengar suara hari hari pon kami dah happy sangat dah sebenarnya. 

Bila dapat tahu tarikh anak anak akan balik, Umi abah la yang excited lebih. Siap duk bincang dah ni nak masak apa hari pertama anak anak balik, hari kedua nak masak apa, hari ketiga, keempat nak masak apa dan seterusnya. Syukur alhamdulillah, dapatlah berpuasa kt rumah seminggu bersama diaorang berdua. 

Punya la seronok anak anak nak balik. Ramcang itu rancang ini bersama abah dia. Akif tu kan duk perli perli jer, Umi ngan abah ni duk beria lebih dah kenapa la. Kakak ngan Iman tu sekolah kat sempadan Pahang Terengganu jer  kot. Dekat jer tak jauh pon. Naik basikal pon sampai. Tu kata dia, kata kita lain. Yo yo la naik basikal sampai ntah ntah basikal ke mana tuan basikal ke mana.

Apapon memang KakYa happy sangat sangat. Duk bincang ngan Kakak dan Iman nak pegi terawih sama sama nanti, bincang nak masak apa nanti buka puasa. Pastu bincang nak beli baju raya. Nak beli kuih raya, nak bersih rumah nak buat itu nak buat ini. Banyak benda la kami duk bincang sehari dua ni. Nampak tak kat situ betapa rindunya KakYa nak jumpa anak anak tak dan dan duk bincang kat phone hahahaha.

Kalau ikutkan KakYa nak ikut jer pergi ambik diaorang Khamis ni, tapi tak boleh pergi kena ikut SOP yang ditetapkan. Hanya seorang penjaga jer yang boleh masuk kawasan asrama. Jadi bagi abah dia jer la pergi. Umi tunggu kat rumah dah la. 

Semoga Allah permudahkan perjalanan balik anak anak kesayangan kami dari asrama. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.