Terpercik Minyak Panas

Terpercik Minyak Panas |  Malang datang tak berbau.  Betul la kata pepatah melayu, malang tak berbau. Kalau datangnya berbau boleh la juga kita elakkan. Tapi dah sebab tak berbau, maka terjadilah satu kejadian malang tak berbau semalam. Terpercik minyak panas.

Semalam KakYa duk elok goreng keropok rebus kat dapur. Tetiba jer masa nak balik balikkan keropok tu, boleh pulak keropok meletup letup dan melompat dari kuali. Bukan setakat keropok jer yang melompat tapi dengan minyak sekali ikut lompat dari kuali.

Terpercik minyak panas, rawatan terkena minyak panas, cara hilang gelembung terkena minyak panas, cara hilang parut terkena minyak panas, rawatan awal
 KakYa dah letak Bio Ever Plus. Berminyak sikit muka. Tapi takde rasa perit dan pedih lepas letak Bio Ever Plus.

Tak sempat nak elak dah terpercik minyak kat muka, lengan dan badan. Aduhai terkejut kejap sebab sebelum ni KakYa goreng keropok elok jer takde pulak meletup tetiba semalam tragedi sungguh. Meletoppp banyak kali huhuhu. Ngeri pulak rasa. Ingat balik cam fobia la pulak nak goreng keropok.

Kebetulan semalam encik suami ada kat rumah. Masa KakYa terdiam sebab terkejut tu encik suami yang angkat keropok dan tutup api dapur. Boleh tahan jugak la minyak yang mendarat kat muka, tangan, badan dan lantai. Paling teruk sikit kat tepi muka sebelah kiri. 

Semalam masa mula mula kena KakYa dah basuh muka semua sekali dengan air. Banyak jugak la curah air kat tempat kena minyak. 

Terpercik minyak panas, rawatan terkena minyak panas, cara hilang gelembung terkena minyak panas, cara hilang parut terkena minyak panas, rawatan awal
Bio Ever Plus ni elok untuk luka dan kesan parut. Bukan untuk luka dan kesan parut jer, banyak jugak la kegunaan Bio Ever Plus ni. Bio Ever ni  krim 1001 kegunaan. Korang boleh try google kelebihannya.

Semalam letak Bio Ever Plus jer tak letak ubat lain. Huhuhuhuhu semalam rasa la jugak perit, pedih dan panas cam terbakar tapi ada kesan merah merah camtu jer. 

Pagini dah takde rasa pedih sangat cuma masa KakYa tengok muka, tangan, badan semua yang bintik bintik merah semalam tu dah jadi bintik bintik hitam. Harap harap tak berparut la hendaknya. Doakan ya sahabat. 


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Harap parut akan segera hilang. Saya dengar boi ever plus ni bagus untuk kulit.

    BalasPadam
  2. huaa kakYa, nasib baik tak kena mata :(

    BalasPadam
  3. ish sakitnya kena minyak panas... semoga cepat sembuh ya :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.