Resipi Ikan Percik Terengganu

Resipi Ikan Percik Terengganu | Ikan percik atau ikan golek adalah satu menu yang wajib ada kat rumah KakYa setiap kali bulan Ramadhan. Yes! Memang dah kira menu wajib la orang kata. Pendek kata kalau bulan Ramadhan jer, menu ikan percik atau ikan golek menduduki senarai paling awal KakYa sediakan untuk berbuka. Kadang kadang masa bulan puasa empat lima kali jugaklah KakYa masak ikan percik ni.

Cara masak ikan percik, cara masak ikan golek, resipi mudah ikan percik, ikan percik, ikan golek terengganu, resipi bulan ramadhan, cara mudah masak ikan percik, www.akifimtiyaz.com
Gambar ni masa masak Ikan Percik time balik kampung tahun bila lupa dah. Kat kampung lagi best boleh panggang atau bakar guna kayu atau arang. Kalau kat rumah sendiri panggang dalam pemanggang ajaib jer la kita. 

Pagi ni KakYa nak kongsikan resepi Ikan Percik Terengganu untuk korang cuba. Cara nak masak dan bahan bahan yang diperlukan senang dicari dan biasanya dah sedia ada kat dapur rumah kita. Jadi apa tunggu lagi, meh la kita masak Ikan Percik Terengganu.

Resipi Ikan Percik Terengganu

Sebelum kita nak masak ni, kenalah sediakan bahan bahan dulu. Kalau takde bahan camno nak masakya. 

Bahan Bahan Untuk Memasak Ikan Percik Terengganu

Antara bahan bahan yang diperlukan adalah;

• 3 ekor ikan kembung atau ikan selar saiz besar
• 10 tangkai cili kering rendam dulu bagi lembut
• 3 biji bawang besar
• Sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
• Sedikit lengkuas
• Santan ( KakYa guna 1 biji kelapa )
• 3 batang serai di ketuk
• Asam keping anggaran 2 ke 3 keping
• Garam dan gula secukup rasa

Cara masak ikan percik, cara masak ikan golek, resipi mudah ikan percik, ikan percik, ikan golek terengganu, resipi bulan ramadhan, cara mudah masak ikan percik, www.akifimtiyaz.com
Alahai bila dah panggang laguni nampak cantik pulak ikan kembung ni haaa..

Cara Cara Memasak Ikan Percik Terengganu

• Bersihkan ikan, pastu kelar dan panggang atau bakar. Bila dah masak ketepikan ikan.

• Kisar cili kering bersama dengan bawang besar, lengkuas dan kunyit hidup. Ketepikan.

• Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar tadi. 

• Masukkan serai dan asam keping. Masak hingga mendidih. 

• Kacau sebati hingga kuah menjadi pekat. Bila dah pekat, curahkan sebahagian kuah kat atas ikan dan bakar lagi sekali. Ada orang suka masuk jer ikan dalam kuah terus. Tapi KakYa lagi suka lepas curah kuah, bakar lagi sekali. Ikut selera masing. 

• Dah siap menu Ikan Percik Terengganu kita. Boleh la makan bersama nasi panas panas. Confirm sedap hingga menjilat jari. 

Nanti korang boleh la cuba untuk menu berbuka puasa. Selamat mencuba!


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. puas hati buat sendiri lagi-lagi bulan puasa. Kalau beli mesti rasa menyesal. hahah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Dy. Baik buat sendiri sedap dan puas hati makan.

      Padam
  2. best~ ni favourite saya bulan puasa. Memang buat. seminggu 2 kali kena buat bulan puasa.. Beli kat bazar, RM 8 sekor pastu pakej ikan mentah separuh

    BalasPadam
  3. thank you sharing resepi kakYA

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.