Resipi Ayam Buttermilk Sedap Dan Mudah Di Masak

Resipi Ayam Buttermilk Sedap Dan Mudah Di Masak | Ayam Buttermilk adalah satu resipi sedap dimakan dan mudah disediakan. Cara penyediaannya cukup mudah kerana resipi ini tidak memerlukan banyak bahan. Anak anak pasti suka dan makan hingga menjilat jari kalau KakYa sediakan Ayam Buttermilk. KakYa sertakan Resepi Ayam Buttermilk Sedap Dan Mudah Di Masak untuk korang cuba. Selamat mencuba!

Resipi Ayam Buttermilk sedap dan mudah di masak, cara masak ayam buttermilk, reaipi ayam buttermilk paling sedap dan senang masak, ayam buttermilk
Ayam Buttermilk
Gambar: Ajinomoto Malaysia

Resipi Ayam Buttermilk

Bahan bahan yang diperlukan; 

• Ayam bahagian dada
• 4 ulas bawang putih di hiris halus
• 1 biji bawang holland dipotong dadu
• 1/2 tin susu cair
• 5 sudu besar mentega
• 2 tangkai daun kari
• 5 bji cili padi di hiris halus 

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam;

• 2-3 sudu besar tepung goreng ayam jenama bestari
• 1 biji telur
• Sedikit garam
• Air secukupnya

Cara-cara 

• Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.

• Masukkan telur dan garam dalam bekas ayam dan gaulkan sebati.

• Masukkan tepung goreng ayam bestari dan sedikit air. Kacau supaya tepung  menyaluti ayam. 

• Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan dulu. 

Cara-cara untuk masak ayam buttermilk:

• Panaskan mentega sehingga cair dan tumis bawang putih, cili padi dan juga daun kari sehingga naik bau. Kalau anak anak tak makan pedas tak perlu masukkan cili padi. 

• Masukkan susu cair dan bawang holland. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga rata dan sebati.

• Masak sehingga kuah sedikit pekat dan jangan lupa untuk masukkan garam dan gula secukup rasa. 

• Ayam Buttermilk dah siap! Sedia untuk dihidang. 

Sedap ni kalau makan dengan nasi panas. Memang tak toleh kiri kanan dah. Jadi apa tunggu lagi, jom la cuba resepi mudah ni kat rumah. Senang sangat sangat jer, masak pon takde la lama sangat sekitar 25 minit ke 30 minit la lebih kurang. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.