Minggu Sains Negara 2021 1 Hingga 7 April 2021

Minggu Sains Negara 2021 1 Hingga 7 April 2021 | Alhamdulillah selesai sudah Minggu Sains Negara 2021 yang telah berlangsung pada 1 hingga 7 April 2021 baru baru ini. Akif sempat jugak la join beberapa aktiviti yang dianjurkan sepanjang Minggu Sains Negara berlangsung antaranya aktiviti pembelajaran, seminar, pameran, forum, bengkel, kuiz dan cabaran.

Salah satu sijil yang Akif dapat sepanjang menyertai Minggu Sains Negara.

Apa yang bestnya setiap kali join aktiviti yang diadakan.. bila dah selesai setiap aktiviti, kita perlu scan QR kode dan mengisi satu borang soal selidik dan setelah selesai akan dapat sijil penyertaan. Lagi banyak join aktiviti, lagi banyak la dapat sijil. 

Seronok la Akif sebab dia memang suka kumpul sijil. Bila join MSN 2021 ni lagi banyak la sijil yang dia dapat kumpul. Semua sekali Akif dapat 12 sijil untuk setiap aktiviti yang dia sertai sepanjang MSN 2021. Banyak jugak tu nak kena print nanti. 

Sijil dihantar melalui email yang digunakan semasa pendaftaran Minggu Sains Negara selepas tamat MSN 2021.

Tahniah untuk Akif sebab dapat join dan bagi komitmen untuk setiap aktiviti yang disertai. InsyaAllah tahun depan boleh join lagi.

Bercakap mengenai Minggu Sains Negara 2021, KakYa nak warwarkan juga, sekolah Akif adalah salah sebuah sekolah dengan penyertaan terbanyak pelajar sepanjang Minggu Sains Negara 2021 untuk kategori sekolah kebangsaan. Tahniah buat guru guru dan juga para pelajar SKSG. 


Oh ya sebelum terlupa, kalau korang berminat nak dapatkan info dan join aktiviti sepanjang Minggu Sains Negara 2021, korang masih boleh mengunjungi portal Minggu Sains Negara 2021 sehingga bulan Mei 2021.

Tapi untuk sijil KakYa tak pasti akan dapat ke tidak sebab kalau ikutkan tarikh untuk dapatkan sijil seperti tertera, 1 hingga 7 April 2021. Korang boleh jer try dulu, mana tahu kot kot boleh dapat kira rezeki la kan? ...

Sedikit info berkenaan Minggu Sains Negara. 
Minggu Sains Negara disambut pada minggu pertama bulan April setiap tahun bermula pada tahun 2018.

Sambutan Minggu Sains Negara ini adalah selari dengan sambutan World Science Day yang dianjurkan oleh United Nations Organization for Education, Science and Culture (UNESCO) semenjak tahun 2002 yang turut diamalkan di beberapa buah negara seperti Afrika Selatan, Republik Rakyat China, Kanada, Norway dan United Kingdom. Selain itu, negara-negara seperti India dan Thailand pula memperuntukkan satu hari sahaja bagi sambutan hari sains. 

Objektif utama Minggu Sains Negara

• Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI dalam kehidupan seharian.

• Menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar yang memilih jurusan STEM selaras dengan agenda STEM Negara.

• Menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan kejayaan dalam bidang sains.

Ok sampai sini dulu coretan KakYa  untuk kalini berkenaan Minggu Sains Negara. Kita tunggu Minggu Sains Negara 2022 la pulak  ... 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.