Jangan Balas

April 04, 2021

Jangan Balas | Jangan balas jika orang tak suka kita. Jangan balas kalau orang hina kita. Jangan balas kalau orang dengki kita.

Jangan balas kalau orang bersaing dan sentiasa cari salah kita. Jangan balas kalau orang perli kita. Jangan balas kalau orang menyampai-menyampai, kata si polan berkata buruk tentang kita.

Jangan balas kalau orang tunjuk hebat, cakap besar atau kondem kita. Jangan balas kalau orang buat apa sahaja perkara tak baik kat kita. Jangan balas kalau orang nak berlawan-lawan dan menunjuk hal dunia kat kita.

Kita bukan hidup didunia ni untuk membalas keburukan orang kat kita. Kita tidak belajar untuk menghina, menjatuhkan orang lain. Mak ayah kita cukup baik mendidik kita.

Berikan sahaja kemaafan walau tanpa di pinta. Doakan sahaja kesejahteraan dia tanpa diketahuinya.

Jangan pernah terkesan dengan pujian dan hinaan orang. Allah ada bersama kita, peribadi Rasulullah SAW sebagai panduan terbaik untuk kita.

Diam dan tenang sahaja. Buat tak dengar. Bersabar dan senyum. Biarkan siapa sahaja menilai, berkata apa sahaja tentang kita. Tak penting. Yang penting kita kena tahu yang kita hidup bukan untuk dia.

Kita hidup untuk Allah. Mudah mudahan Allah kasih,Allah sayang, Allah redha kat kita.
Kita dan dia sama sahaja. Sampai masa rumah terakhir kita serupa.Amalan juga yang membezakan kita.

Kalau ukuran dunia nak dibuat perbandingan, sungguh sedikit pun tiada nilai disisi Allah. Semoga kita tenang-tenang sahaja. Allah kan ada.

Membalas keburukan orang takkan buat kita bahagia! Nasihat untuk diri sendiri, mudah mudahan memberi manfaat pada sahabat yang dikasihi.


Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.