Nak Beli Produk F&N : Jom Beli Secara Online Menggunakan Aplikasi F&N Life

Nak Beli Produk F&N : Jom Beli Secara Online
Menggunakan Aplikasi F&N Life | Assalamualaikum dan salam Ramadhan ke 13 sahabat pembaca blog KakYa.  Sedar tak sedar dah 13 hari kita berpuasa hari ni. Kejap jer kan, nanti dah nak sambut raya. 

Sejak Covid19 melanda Malaysia, KakYa dan keluarga dah kurangkan aktiviti luar rumah. Nak membeli barang keperluan KakYa lebih suka berbelanja secara online jer. 

F&N Life, beli produk f&n harga murah, aplikasi f&n life, cara mudah beli produk f&n secara online

Berbelanja secara online ni sebenarnya dapat membantu kita kekal selamat dan dapat membendung penularan Covid19 dari terus merebak.  Jadi tak perlu lagi nak bersesak sesak di pasaraya, kita beli online jer! 

Ok, KakYa nak perkenalkan kat korang satu aplikasi pembelian online yang semakin mendapat sambutan sekarang ni iaitu F&N Life.

Korang pernah dengar tak mengenai F&N Life sebelum ni? Ke korang dah pernah guna aplikasi F&N Life ni? KakYa baru pertama kali guna aplikasi ni untuk membeli belah barangan keperluan secara online.

Beli Produk F&N Guna Aplikasi F&N Life

Kalau korang gemar membeli produk F&N dan tak nak bersesak sesak membeli belah di pasaraya, apakata korang shopping produk ni secara online. Pihak F&N ada menyediakan satu aplikasi iaitu F&N Life bagi memudahkan korang untuk membeli belah secara online. Pembelian lebih mudah dan pantas, hanya di hujung jari. 

F&N Life, beli produk f&n harga murah, aplikasi f&n life, cara mudah beli produk f&n secara online

Korang pilih jer mana mana produk yang korang suka, masuk bakul dan buat pembayaran secara online. Mudah dan tak perlu nak ambil masa lama lama seperti di pasaraya bagi mendapatkan barang keperluan. 

Satu lagi tak perlu nak beratur panjang waktu nak buat pembayaran. Guna F&N Life jer!  Kan senang! 

Muat Turun Aplikasi F&N Life 

Korang boleh muat turun aplikasi F&N Life di telefon pintar korang melalui App Store unttuk pegguna iphone dan juga Google Play Store untuj pengguna android. Search F&N Life dan terus jer download. 

F&N Life, beli produk f&n harga murah, aplikasi f&n life, cara mudah beli produk f&n secara online
Perkara pertama yang korang perlu buat sebelum membuat pembelian, korang perlu daftar akaun fnlife terlebih dahulu. Lepas dah lengkapkan semua detail, korang akan dapat satu email pengesahan akaun. Klik pada email pengesahan dan terus sign in.

F&N Life, beli produk f&n harga murah, aplikasi f&n life, cara mudah beli produk f&n secara online

Yeay! dah ada akaun.  Korang dah boleh berbelanja dengan senang hati menggunakan aplikasi F&N Life. Jadi apa tunggu lagi, jom la shopping bersama F&N Life sambil mengutip mata ganjaran. 

Dengan F&N Life korang tak perlu risau mengenai kaedah pembayaran. Ini kerana F&N Life menerima pembayaran melalui TouchnGo eWallet, Boost Wallet, FPX, ShopeePay, MCash dan Credit/Debit card. 

Nak Beli Apa Di F&N Life

Antara produk BEST SELLER yang korang boleh dapatkan di F&N Life dengan harga berpatutan. Selain produk yang KakYa nyatakan kat bawah ni, banyak lagi produk F&N lain yang korang oleh dapatkan melalui F&N Life. Yang penting korang kena muat turun aplikasi F&N Life terlebih dahulu. 

F&N Life, beli produk f&n harga murah, aplikasi f&n life, cara mudah beli produk f&n secara online

F&N Life, beli produk f&n harga murah, aplikasi f&n life, cara mudah beli produk f&n secara online

Harga yang ditawarkan bagi KakYa memang berpatutan dan berbaloi baloi dengan produk yang kita bayar. Kiranya tak rugi membeli belah secara online bersama F&N Life ni sebenarnya. 

Kos penghantaran ke satu satu lokasi pon murah berbanding membeli belah secara online di platform lain. Korang check la sendiri kalau tak percaya. Murah lagi berbanding kat tempat lain.

F&N Life, beli produk f&n harga murah, aplikasi f&n life, cara mudah beli produk f&n secara online

KakYa beli apa guna aplikasi F&N Life?  Tudia, kalini KakYa beli F&N Raya Ria Bundle. Lama jugak tak beli air bergas F&N yang ni. Kali ni KakYa try beli. Apa yang KakYa dapat dalam bundle raya ni, 12 botol air gas 1.5L pelbagai perisa dengan harga serendah RM36.90 sahaja. Ya betul RM36.90 sahaja! Tak murah lagi ke kalau camtu harganya? Boleh sangat beli kat sini.

F&N Life, beli produk f&n harga murah, aplikasi f&n life, cara mudah beli produk f&n secara online

F&N Life, beli produk f&n harga murah, aplikasi f&n life, cara mudah beli produk f&n secara online

Penghantaran produk untuk kawasan luar selain Lembah Klang adalah melalui kurier GDex Express. Korang guna jer aplikasi F&N Life, tak perlu susah payah nak bersesak kat pasaraya. Pilih mana berkenan dan order jer di F&N Life dan tunggu produk korang sampai kat depan pintu rumah. Mudah, selamat dan pantas. 

F&N Life, beli produk f&n harga murah, aplikasi f&n life, cara mudah beli produk f&n secara online
Mak aii berat jugak nak mengangkat kotak besar gedabak ni. Adik Gdex tolong angkat masuk dalam pagar rumah. Aci tak kalau KakYa unboxing kat luar ni jer. Hehehe boleh ke gitu.

F&N Life, beli produk f&n harga murah, aplikasi f&n life, cara mudah beli produk f&n secara online
Akif balik sekolah baru dia tolong angkat masuk rumah. Umi tak larat nak angkat. Tadaaa dah unboxing tadi. F&N pilihan terbaik. Boleh la buat buka puasa petang nanti. 

KakYa sangat berpuas hati dengan servis yang disediakan oleh pihak F&N Life. Daripada permulaan download aplikasi F&N Life sehingga ke pos penghantaran, memang tip top dan pantas. Kalau camni punya bagus,  pasni akan menyusul pembelian seterusnya untuk penghantaran kat kampung pula. Nak beli apa pula pasni ya? Kita tungguu!! 

Jom Menyumbang Untuk Pek Penyayang F&N

KakYa nak warwarkan kat sini, bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini jom kita sama sama berbuat amal kebajikan bersama F&N Life melalui sumbangan Pek Penyayang F&N. 

F&N Life, beli produk f&n harga murah, aplikasi f&n life, cara mudah beli produk f&n secara online

Setiap pembelian serendah RM25 sahaja, korang dah boleh menyumbang.  Dengan bayaran berjumlahh RM25, korang boleh dapatkan barangan dengan nilai RM44 tau. Antara produk penuh kebaikan dan kenikmatan yang tersedia dalam Pek Penyayang F&N RM25;

• 100PLUS Active 1L
• F&N Bandung 1.5L
• Sunkist Oren 1L
• Seasons Soya Bean 1L
• Magnolia UHT full cream 1L
• Sri Nona Keptupat 160g
• Pelitup muka 30 keping

Lokasi bagi sumbangan Pek Penyayang F&N adalah rumah anak yatim, golongan memerlukan dan juga rumah orang tua terpilih. Jadi korang boleh pilih antara 3 senarai mana yang korang nak bagi sumbangan tersebut waktu membuat pembayaran. 

Apa tunggu lagi, bersama kita tingkatkan pahala di bulan yang mulia ini dengan menghulurkan sumbangan buat mereka yang memerlukan. Bersama kita hulurkan tangan ringankan beban. Berkongsi secebis kegembiraan bersama insan yang memerlukan. 

Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan F&N Life, korang boleh layari laman tertera;


Semoga info yang KakYa kongsikan ini dapat memberi manfaat buat mereka yang memerlukan. Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua. 

Catat Komen

5 Ulasan

  1. Uiiiii, sedapnya. Bagus lah ada online F&N ni. Saya pun suka. Tak delah orang tengok semacam kalau angkut air ni berkotak-kotak pun. Lebih privacy jika order secara online

    BalasPadam
  2. nmpk harga mcm murah jeew., ;p mmg berbaloi

    BalasPadam
  3. ummmm....dapnyer. Kita suka flavour apple & sarsi😁

    BalasPadam
  4. wahhh f&n pun sudah ada apps ya sekarang

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.