Beli Jiwa Anak Anak

April 03, 2021

Beli Jiwa Anak Anak  | Semalam last day Kakak Insyirah dan Abang Iman kat rumah. Akhirnya setelah tiga bulan lebih kat rumah untuk sesi persekolahan 2021, harini diaorang berdua akan balik ke asrama. Sebelum diaorang balik ke asrama, semalam sesi beli jiwa anak anak. Umi dan abah bawak diaorang jalan jalan dan makan makan.

Beli jiwa anak anak ni tak susah sebenarnya. Bawak diaorang jalan jalan makan makan walau kat mana sekalipon, diaorang dah happy sangat dah. 


Semalam KakYa  dan encik suami bawak diaorang makan makan kat A&W. Seronok sangat Umi bila nampak anak anak happy. KakYa sebenarnya plan nak masak kat rumah jer, tapi encik hubby cakap takpe la harini last day dah anak anak kat rumah. Abah belanja jalan jalan makan makan la malam ni. 

Alhamdulillah rezeki dari Allah. Bila kita selalu gembirakan anak anak, insyaAllah lagi murah rezeki Allah bagi. Terima kasih Ya Allah. Aamin aamin Ya Mujib.

Anak anak KakYa jenis tak kisah jalan jalan kat mana, makan kat mana, beli apa pon diaorang tak kisah dan pandai menghargai. Al maklum la masing masing dah besar. 

Pagini KakYa dan en suami akan hantar Insyirah dan Iman kat asrama. Rasa hati ni berat jer nak lepaskan diaorang. Semalam duk kemas barang barang asrama diaorang KakYa dah rasa sebak. Tetiba jer air mata mengalir tanpa sedar.

Ginilah perasaan bila anak anak lama kat rumah. Rasa sayang nak lepaskan diaorang pergi. Huhuhuhu sayu dah rasa, air mata pon dah menitik saat entri ini di tulis. Ya la kan perasaan mak mak ni mana boleh nak tahan tahan. Silap hari bulan, teresak esak boleh jadi sedu sedan. 

Ok la KakYa masih ada sikit lagi kerja nak buat pagini, sebelum bertolak ke Kemaman untuk hantar diaorang. Semoga perjalanan kami dipermudahkan oleh Allah SWT. InsyaAllah aamin2 Ya Mujib. 

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.