Bayar Zakat Guna Kad Kredit

Bayar Zakat Guna Kad Kredit Alhamdulillah, sedar tak sedar dah masuk 7 Ramadhan kita harini. Syukur pada yang maha esa kerana dengan izinNya, kita masih diberi peluang untuk sama sama berada di bulan mulia ini sekali lagi. Bila tiba jer bulan Ramadhan kita pasti akan bercakap tentang ZAKAT. Paling utama zakat fitrah la kan.

Peraduan zakat cashless, Lembaga zakat selangor LZS, bayar zakat guna kad kredit, cara bayar zakat guna kad kredit

Bayar Zakat Fitrah Ikut Harga Beras Yang Di Makan

Peraduan zakat cashless, Lembaga zakat selangor LZS, bayar zakat guna kad kredit, cara bayar zakat guna kad kredit

Korang dah bayar zakat fitrah ke belum, kalau belum cepat cepat la ya bayar zakat fitrah jangan tunggu last minit baru nak bayar. Jangan lupa tau, cara pengiraan zakat fitrah adalah mengikut harga beras yang korang makan. KakYa senaraikan kat bawah ni untuk rujukan;

Zakat Fitrah RM7
- Beras Super Special Tempatan 5%

Zakat Fitrah RM14
- Beras Putih Import 
- Beras Perang 
- Beras Pulut
- Beras Ponni
- Beras Wangi 

Zakat Fitrah RM21
- Beras Merah
- Beras Jepun 
- Beras Basmathi

Ok semua dah jelas kan? Kalau dah jelas nanti sebelum bayar boleh la buat pengiraan siap siap berapa jumlah yang korang perlu bayar untuk seorang dan seterusnya ikut harga beras yang korang makan. 

Selain zakat fitrah, ada juga zakat lain yang perlu kita bayar antaranya zakat perniagaan, zakat emas, zakat KWSP dan pelbagai lagi. KakYa nak cerita sikit lagi kat korang berkenaan cara pembayaran zakat. Macam macam cara yang kita boleh guna untuk bayar zakat sebenarnya. Online boleh offline pon boleh. 

Bayar Zakat Guna Kad Kredit Dibenarkan

Terdapat pelbagai cara boleh dilaksanakan untuk pembayaran zakat, tapi KakYa nak kupas sikit pagini mengenai pembayaran zakat menggunakan kad kredit. Pernah dengar tak sebelum ni orang bayar zakat guna kad kredit? Ya! guna kad kredit.

Tahukah korang, kaedah pembayaran zakat menggunakan kad kredit adalah dibenarkan.  Pembayaran zakat menggunakan kad kredit dilaksanakan bagi menggalakkan lebih ramai umat islam untuk tampil menunaikan zakat dan tidak lagi memberi pelbagai alasan untuk tidak berzakat.

Peraduan zakat cashless, Lembaga zakat selangor LZS, bayar zakat guna kad kredit, cara bayar zakat guna kad kredit

Bayar Zakat Guna Kad Kredit, Saluran Alternatif Kepada Pembayar Zakat

Cara pembayaran zakat menggunakan kad kredit merupakan satu pendekatan yang di ambil oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS), untuk menyediakan saluran alternatif kepada pembayar-pembayar zakat di luar sana. 

TAPI, ada tapi jugak tau. Untuk pengetahuan korang, bukan semua kad kredit di terima untuk pembayaran zakat. Pihak LZS hanya menerima kad kredit islamik dan mematuhi syariah sepertimana yang telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor. Antara Kad Kredit yang diterima adalah:

• Kad Bank Islam (Visa & Master)
• Kad Kredit Al-Taslif AmBank (Visa & Master)
• Kad I-Bank Rakyat
• Kad Kredit Al-Ikhwan Maybank Islamic
• Kad Caj Al-Rajhi Bank
• Kad Al-Aiman BSN

Untuk membayar zakat menggunakan kad kredit, pembayar zakat boleh datang sendiri ke kaunter zakat LZS bagi membuat pembayaran.

Peraduan zakat cashless, Lembaga zakat selangor LZS, bayar zakat guna kad kredit, cara bayar zakat guna kad kredit

Kelebihan Pembayaran Zakat Menggunakan Kad Kredit

Terdapat beberapa kelebihan pembayaran zakat  menggunakan kad kredit antaranya;

1. Pembayar zakat tidak perlu membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak ke kaunter zakat. 

2. Jika pembayaran zakat melibatkan sejumlah wang yang besar, pembayar zakat tidak perlu mengeluarkan wang di bank. Mereka hanya perlu ke kaunter zakat dengan membawa bersama kad kredit.

3. Kaedah pembayaran ini juga adalah satu alternatif bagi menjamin keselamatan pembayar zakat tanpa perlu membawa wang tunai ke kaunter zakat. Hanya bawa satu kad, transaksi berjaya dilakukan dan ianya selamat dan memudahkan terutama buat pembayar zakat yang perlu membayar pelbagai jenis zakat. 

Semoga dengan adanya kaedah pembayaran zakat menggunakan kad kredit di kaunter zakat, dapat memudahkan lagi pembayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan kutipan zakat semakin bertambah supaya lebih ramai asnaf dapat di bantu. InsyaAllah.

Boleh Ke Bayar Zakat Guna Kad Kredit?

Terdapat persoalan dan pandangan segelintir pihak yang mempertikaikan pembayaran zakat menggunakan kad kredit kerana bagi mereka konsep kad kredit adalah berhutang dan kita tidak boleh menggunakan kaedah tersebut untuk membayar zakat.

Peraduan zakat cashless, Lembaga zakat selangor LZS, bayar zakat guna kad kredit, cara bayar zakat guna kad kredit

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 19 Februari 2002 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa:

Harus / boleh membayar zakat melalui kad kredit / kad bank Islam dengan syarat disertai niat yang ikhlas.

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor 

Harap harap korang berpuas hati dengan penjelasan dan fatwa yang KakYa sertakan kat sini mengenai pembayaran zakat menggunakan kad kredit. 

Ok alang alang kita bercakap mengenai zakat, KakYa nak sambung sikit tulisan KakYa tentang rukun zakat, syarat sah tunai zakat dan juga syarat wajib tunai zakat. Mana tahu kot kot ada yang terlupa dan terkeliru bab bab zakat ni kan? Semoga perkongsian ini dapat menjawap kekeliruan di hati korang. InsyaAllah. 

Rukun Zakat 

Rukun Zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang mencukupi nisab dengan menamatkan kuasa pemilik ke atasnya dan memberi milik kepada orang miskin (fakir) serta menyerahkan kepadanya ataupun diserahkan kepada orang yang mewakilinya iaitu (pemerintah) ataupun pengutip zakat (al-jabi).

Peraduan zakat cashless, Lembaga zakat selangor LZS, bayar zakat guna kad kredit, cara bayar zakat guna kad kredit

Syarat Sah Menunaikan Zakat

1. Niat

2. Memberi Milik (At-Tamlik)
Untuk sahnya pemberian zakat disyaratkan “memberi milik”, iaitu dengan cara diberi kepada orang yang berhak. Oleh itu tidak memadai (tidak sah) setakat memberi guna (ibahah) atau setakat memberi makan tetapi ia mestilah dengan cara memberi milik.

Syarat Wajib Menunaikan Zakat

1. Islam - Mengeluarkan zakat adalah ibadah di sisi Allah SWT. Tidak wajib zakat ke atas harta orang kafir.

2. Merdeka (Bukan hamba) - Bebas mencari rezeki yang halal dan tidak dihalangi oleh sesiapa.

3. Milik sempurna - Harta mestilah dimiliki sepenuhnya dan dapat digunakan pada masa yang dikehendaki tanpa terikat dengan kebenaran dari orang lain. Sempurna dari segi pemilikan (Hak Hiyazah) dan keupayaan mengurus (Hak tasarruf).

4. Cukup Nisab - Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan Syarak untuk mewajibkan zakat. Sesetengah harta yang hendak dizakatkan mestilah bersamaan atau lebih nilainya dengan nilai 85 gram emas mengikut harga semasa seperti zakat emas, pendapatan, wang simpanan dan saham. Manakala, sesetengah harta yang lain menggunakan kadar nisab yang tersendiri seperti zakat ternakan, tanaman dan rikaz dan perak.

5. Cukup haul - Haul ialah berlalu tempoh setahun (12 bulan) harta dimiliki. Perkiraan haul dalam hukum syarak adalah berdasarkan kepada tarikh hijriiah (354/355 hari). Apabila genap setahun harta dimiliki, barulah diwajibkan zakat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Jangan lupa tunaikan zakat. Bersama kita berkongsi rezeki, hulurkan tangan ringankan beban. InsyaAllah keberkatan diperolehi. 

Peraduan zakat cashless, Lembaga zakat selangor LZS, bayar zakat guna kad kredit, cara bayar zakat guna kad kredit

Untuk sebarang persoalan mengenai urusan Zakat anda; 

Laman Web Lembaga Zakat Selangor:

Alamat Lembaga Zakat Selangor:
Bangunan Zakat Selangor,
3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Talian Zakat Selangor:
1-300-88-4343
(9:00 pagi hingga 4:00 petang)

Email:
maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Baru tahu boleh guna card credit. Zaman pandemik ni better la online je. Masa pun jimat dan paling penting takde alasan dah tak bayar zakat. Hehehe

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.