Yeay ! Akif Dah Ada Kad Pengenalan

March 21, 2021

Yeay ! Akif Dah Ada Kad Pengenalan | Yeay! akhirnya Akif dah dapat IC. Dah remaja dah anak bongsu Umi ni. Semalam Akif dah selamat buat IC kat Jabatan Pendaftaran Negara UTC Pahang. Alhamdulillah dipermudahkan urusan anak Umi. Sejam jer dah siap IC Akif. Temujanji untuk buat IC dia KakYa dah pilih semalam jam 11.20 pagi. Makanya semalam jam 11.00 pagi dia dah ada kat Jabatan Pendaftaran Negara UTC Pahang. KakYa tak ikut, dia pergi dengan abah dia jer. Sebab KakYa tak berapa sihat.  Sorry sayang Umi tak dapat ikut. 

Permohonan mykad kanak kanak 12 tahun, dokumen buat ic anak, panduan permohonan mykad bagi kanak kanak 12 tahun, permohonan temujanji JPN, JPN

Permohonan mykad kanak kanak 12 tahun, dokumen buat ic anak, panduan permohonan mykad bagi kanak kanak 12 tahun, permohonan temujanji JPN, JPN

Sebenarnya ada cerita la jugak KakYa nak citer dua tiga hari sebelum Akif buat  IC.  Sebelum pergi semalam, banyak kali jugak la dia duk tanya nak senyum lagu mana nanti Umi? Nak senyum ke tak yah senyum? Kena senyum ke buat muka selamba jer? Kalau nampak lesung pipit boleh ke kat IC?

Hadoi la banyak benar pertanyaan budak ni. Al maklum la pertama kali buat IC. KakYa pon dulu masa kanak kanak nak buat IC banyak gak duk tanya soklan kat ayah KakYa. Sebijik lamacam Akif hehehe. Akif ni, dia banyak sangat tanya sebab abah dia la ni duk minta si anak tu posing lagumana nak senyum masa ambil gambar IC nanti. Abah dia duk minta si anak ni demo dulu nanti nak senyum camne masa ambik gambar untuk IC. Makanya banyak la pulak soklan yang Umi kena jawap. Adoiiiii!

Permohonan mykad kanak kanak 12 tahun, dokumen buat ic anak, panduan permohonan mykad bagi kanak kanak 12 tahun, permohonan temujanji JPN, JPN
Pagi semalam sampai awal. Jadi dia ajak la abah dia jalan jalan dulu sementara cukup waktu nak pegi buat IC. 

Boleh pulak aih dia tanya kalau senyum sikit nampak lesung pipit takpe ke Umi? Apo pasai plak tak bolehnya dah lesung pipit tu duk kat situ nak oii. Tapi takyah la senyum beria sangat. Ala kadar sudah la. Dia tanya lagi ala kadar lagumana, beria pulak lagumana? Emmmmm takyah senyum la buat selamba jer la. Biasa biasa jer sudah. Last last Umi jawap lagutu jer.

Permohonan mykad kanak kanak 12 tahun, dokumen buat ic anak, panduan permohonan mykad bagi kanak kanak 12 tahun, permohonan temujanji JPN, JPN
Practice senyum untuk buat IC katanya. Emmm senyum jer la lagumana pon nak! Selagi tak salah ngan etika gambar IC boleh jer. Practice make perfect gitu haaaaa ... 

Ohhh kan gambar IC tak lawa pulak kan kalau biasa biasa jer Umi. Kena senyum la kan sikit pon jadila kan? Yo laa nak ikut suka la buat la lagumana pon selagi staff bertugas tu cakap boleh kira boleh la nak. Kalau staff bertugas cakap tak boleh senyum gitu buat biasa biasa sudah la nak. Jangan lebih lebih senyum udah la.

Tiba masa nak buat IC tu kan abah dia citer, masa nak ambil gambar tu beria ia la dia senyum hinggakan staff yang ambil gambar tu cakap jangan senyum banyak sangat adik, senyum sikit jer. Senyum sikit jer okey! Dia ni kan bila dah orang cakap lagutu dia punya mood lari sudah. Masa staff JPN tu nak ambil sekali lagi dia buat muka cam sedih hinggakan staff tu cakap ala tadi senyum lawa dah ni masam pulak. Kita ambik lagi sekali. Adik senyum okey. Makanya dapatlah gambar IC dia laguni. Ok la. Muka ada senyummmm...

Permohonan mykad kanak kanak 12 tahun, dokumen buat ic anak, panduan permohonan mykad bagi kanak kanak 12 tahun, permohonan temujanji JPN, JPN
Yeay dah dapat IC. Kakak dia cakap ni la gambar IC paling cun setakt ni kat rumah kita ni Umi. IC orang lain kat rumah ni semua tak lawa. Hahaha kakak kakak. Macam macam la. 
Permohonan mykad kanak kanak 12 tahun, dokumen buat ic anak, panduan permohonan mykad bagi kanak kanak 12 tahun, permohonan temujanji JPN, JPN
Yeay dah dapat IC. Pahni nak pegi mana mana kena la bawak IC. Dah remaja  kan! Kejap jer rasa. Sedar sedar dah jadi anak remaja anak bongsu Umi. 

Artikel Menarik yang Lain

6 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.