Suri Rumah Atau Wanita Bekerjaya Keduanya Bekerja

Suri Rumah Atau Wanita Bekerjaya Keduanya Bekerja | Semalam KakYa ada baca satu perkongsian menarik yang di muat naik oleh Ustazah Asma' Harun (UAH) di page facebook beliau. Bagi KakYa perkongsian ini sangat sangat menarik kerana ianya berkenaan wanita. Apa perkongsian dari beliau yang buat KakYa tertarik sangat nak kongsi pada sahabat sahabat KakYa kat blog ni. Ianya perkongsian mengenai suri rumah dan wanita bekerjaya. Suri rumah dan wanita bekerjaya keduanya bekerja. YES! Satu topik yang cukup KakYa suka. Dulu pernah jugak terdetik nak up kan topik ni kat blog, tapi sampai ke sudah KakYa tak tulis. Harini berbekalkan tulisan Ustazah Asma' Harun, KakYa rasa ada sedikit kekuatan untuk menulis dan berkongsi bersama sahabat.

Suri rumah atau wanita bekerjaya keduanya bekerja, Ustazah Asma' Harun, Ustazah Ya Baari' , Ustazah kesayangan ramai, kerjaya terhebat suri rumah

Bagi KakYa tak kiralah kita ni wanita sebagai seorang suri rumah atau wanita yang bekerjaya, kita ni sama saja sebenarnya. Kita dalam golongan wanita bekerja tapi dalam suasana berbeza. Suri rumah bekerja di rumah, wanita bekerjaya bekerja di tempat kerja. Jadi tak perlu untuk kita nak bandingkan mana lagi penat dan stress, mana lagi susah dan mencabar antara suri rumah dan wanita bekerjaya kerana sepertimana tulisan Ustazah Asma' Harun, keduanya berat dan ujian. Ya keduanya berat dan pelbagai ujian perlu kita lalui. 

Ya betul! Bukan semua wanita kat dunia ni mampu untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Suri rumah satu karier yang mencabar keikhlasan hati. Bukan saja mencabar malah tiada gaji dan kadangkala muncul rasa rendah diri. Di tambah pula dengan cabaran dan dugaan dari pelbagai sudut. Jangan ingat tugas suri rumah ni satu benda yang remeh temeh, kalau korang sendiri tak berada di tempat mereka jangan cuba cuba nak perlekehkan seseorang yang bergelar suri rumah.

Masyarakat harini ada yang bercakap, apalah ko ni belajar tinggi tinggi last last jadi suri rumah. Kalau ko tahu nak jadi suri rumah baik ko tak payah belajar dulu. Buat penat jer belajar tinggi last last duk rumah jer duk urus suami dan anak anak. Ada pulak jenis yang duk bandingkan suri rumah ni dengan mereka yang bekerjaya. Sedih rasa hati bila insan yang bergelar suri rumah ni diperlekehkan sebegitu rupa. Dah kenapa? Hina sangat ke jadi suri rumah ni? Cuba citer sikit apa masalah??

Suri rumah ni sebenarnya seorang yang berjaya. Betul la kan! Di rumah beliau lah yang mengurus hal hal rumahtangga, beliau juga yang menguruskan anak anak dan membantu suami. Tak ke berjaya namanya tu. Takde istilah gagal walaupon korang bukan wanita bekerjaya wahai suri rumah. Korang didik anak anak, jaga anak anak, ajar anak anak jadi bijak pandai dan penat dengan aktiviti harian serta kerja di rumah yang tak pernah habis dikira pahala untuk korang. Mudahnya bagi kita seorang suri rumah mengutip pahala di rumah. Pahala yang takkan berhenti ibarat air mengalir. Bersyukurlah wahai insan yang bergelar suri rumah. Alhamdulillah syukur Ya Allah.

Ustazah Asma' Harun menulis. Bukan semua wanita mampu bekerja mencari rezeki dengan cara barakah, banyak mengundang fitnah, susah nak jaga niat, pergaulan, maruah dan aurat. Ramai yang kalah dengan ujian pujian dan kejian hingga sanggup berubah demi diterima orang. Pahalanya juga besar, kerana mencari rezeki adalah satu jihad. Itu tulisan Ustazah Asma' Harun yang KakYa dapat dari facebook page beliau.

Suri rumah atau wanita bekerjaya keduanya bekerja, Ustazah Asma' Harun, Ustazah Ya Baari' , Ustazah kesayangan ramai, kerjaya terhebat suri rumah

Hebatnya seorang wanita yang bergelar suri rumah yang tak mengadu penat dan lelah tapi masih tetap setia menguruskan rumahtangga dan hebatnya seorang wanita bekerjaya yang tak pernah berputus asa membuat dan memberi yang terbaik buat keluarga walaupun diri keletihan dengan tuntutan kerja dan hal rumahtangga. Tak kiralah korang seorang suri rumah atau wanita bekerjaya, korang sebenarnya insan yang kuat. Semoga kita semua dalam lindungan, rahmat dan redha Allah SWT setiap masa dan ketika walau di mana berada. Aamin aamin Ya Mujib.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Betul.. Suri rumah atau berkerja.. dua2 pun bekerja.. Apapun kerjaya semoga diredhai Allah SWT

    BalasPadam
  2. Dah rasa 2 2. Anak sulung keje hntr pengasuh. Ank kedua mmg jaga sendiri. Sejujurnya lg penat 24jam dirumah kalau kita ada side income lain. Sbb balik ofiz ank semua da siap. mlm time tdo je. Klu rumah bangun pagi confirm keje non stop smpai ke malam. Tp syukur dpt tengok anak membesar depan mata. Jd biarla penat tp puas hati depan mata.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.