Sanah Helwah Ayah!

March 03, 2021

Sanah Helwah Ayah! | Syukur Alhamdulillah Ya Allah, harini 03032021 hari lahir Ayah KakYa yang ke 65. Bersempena hari lahir Ayah KakYa yang ke 65 ni, KakYa nak minta kat sahabat KakYa sama sama mendoakan yang baik baik untuk Ayah KakYa. KakYa dahulukan dengan ucapan Terima Kasih buat semua yang sudi mendoakan. Moga yang baik baik akan berbalik pada kalian kembali. Aamin aamin. 

Selamat Hari Lahir ke 65 Ayah. Angah doakan Ayah dikurniakan kesihatan yang baik, sentiasa dikurniakan rezeki halal melimpah ruah, sentiasa dalam lindungan, rahmat dan redha Allah SWT setiap masa dan ketika. Semoga Ayah sentiasa dikurniakan keberkatan hidup di dunia dan juga akhirat. Sanah Helwah Ya Ayah. Love u Ayah till jannah!

Terima kasih Ya Allah, KAU mempermudahkan urusan Ayah untuk hari ini dan hari hari mendatang. Pelihara Ayahku Ya Allah walau di mana dia berada. Tq Allah. Aamin aamin Ya Mujib.

Ucapan selamat hari lahir, ucapan selamat hari jadi untuk ayah, ucapan hari lahir bahasa arab, gambar ucapan hari lahir, sanah helwah,

DIA EN JOHARI . . Dia ayah saya, lelaki pertama dalam hidup saya, peneman masa kecil saya, pembantu masa kecil saya, pelindung saya, sahabat saya, kawan baik saya, suami terbaik mak saya dan semestinya atuk perfect 10 untuk anak anak saya.

SELAMAT HARI LAHIR KE - 65 AYAH. ANGAH SAYANG AYAH HINGGA KE SYURGA. SANAH HELWAH YA ENCIK JOHARI.

Tanda Sayang,
KakYa ⚘
www.akifimtiyaz.com
03.03.2021

Artikel Menarik yang Lain

5 Sahabat Setia

  1. selamat hari lahir buat ayah

    ReplyDelete
  2. doakan ayah KakYa sentiasa sihat dan kuat.. amin...

    ReplyDelete
  3. Selamat ulangtahun kelahiran utk ayah kak ya.. Semoga Allah lindungi ayah, diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan. beruntung ayah ada kakya... =D

    ReplyDelete
  4. Sanah helwah En Johari
    Kita seangkatan

    ReplyDelete
  5. Sanah helwah ayah KakYa. Moga sentiasa lancar urusan dunia akhirat.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.