Sambutan Hari Lahir Ayah Yang Ke 65

March 18, 2021

Sambutan Hari Lahir Ayah Yang Ke 65 | Sebenarnya entri ni KakYa karang awal lagi dah. Tapi duk tunggu gambar dari kampung pastu ada pulak masalah kesihatan ngan jari jemari. Tak boleh nak menaip banyak banyak, maka terperuk la entri ni kat draft. Harini baru sempat jenguk balik. Jari KakYa pon dah ok sikit. Jadi wahai jari jemari tolong jadi baik dan marilah kita mengarang....

Lama jugak entri ni duk terperuk sejak 5.3.2021 lagi. Entri ni kira entri sambungan sempena hari lahir ayah KakYa yang ke 65 baru baru ni. Sebenarnya KakYa tak dapat nak rentas negeri untuk balik kampung sambut hari lahir ayah KakYa. Tapi takpe la, KakYa ada buat surprise sikit untuk ayah KakYa bersama dengan adik beradik KakYa yang berkebetulan ada kat kampung. Yang ada ada jer la, yang takde tengok gambar jer udoh ler. Bertabahla ya. 

Sempena sambutan hari lahir ayah KakYa kitaorang adik beradik kongsi buat makan makan sikit kat rumah mak ayah di kampung pada hari Jumaat 5.3.2021. Buat nasi ayam sebab ayah KakYa suka nasi ayam. Di samping tu jugak topup beberapa jenis kuih muih. Pastu adik KakYa yang nombor 3 tolong siapkan satu bakul buah buahan untuk dihadiahkan pada ayah. 

Cakkk!!! Ni surprise pada hari lahir. Masa ni take buat sambutan apa pon sebab nak tunggu hari Jumaat. 

Kami tak biasa lagi bagi hadiah style gini. Ni kali pertama la kiranya buat laguni. Sebelum tu masa tarikh hari lahir ayah KakYa pada 3.5.2021  adik KakYa yang nombor 5 dah aturkan suprise delivery kek beday dan bouquet buah buahan untuk ayah KakYa. Terkejut jugak la En Johari bila yang hantar tu bagi salam carik dia. Masa nak bergambar pon segan semacam duk tutup muka ngan bouquet. Malu campur segan la tu. 

Ni sambutan pada 5.3.2021. Adik KakYa siapkan satu bakul buah buahan dan juga hadiah untuk ayah. Alhamdulillah suka sangat tengok ayah happy walaupon di kejauhan jer. 

Adik KakYa cakap ayah happy sangat anak anak ingat sokmo tarikh lahir dia. Macam macam buat untuk dia. Hehehe kami takkan lupa ayah. Cuma cara sambut jer la berlainan. Al maklum la musim PKPB ni nak balik pon tak boleh. Maka carilah alternatif lain. Yang penting ayah gembira. Kami anak anak lagi gembira.

Angah sayang ayah dunia akhirat. Maaf ya ayah, tak dapat nak balik kampung macam tahun tahun sebelum ni. InsyaAllah panjang umur nanti angah balik untuk sambutan yang seterusnya. Ya Allah panjangkan umur ayah! LOVE U AYAH .. TILL  JANNAH ❤❤

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. Alhamdulillah nampak sihat dan muda lagi ayah KakYa. PH tumpang seronok tengok anak2 yg tahu hargai ibu ayah
    🌹

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.