Resipi Spaghetti Goreng Pedas Berapi Sedap Dan Lazat | Siapa suka makan spaghetti kat sini. KakYa nak kongsi resipi spaghetti kat korang tapi bukan Spaghetti Carbonara, bukan Spaghetti Bolognese dan bukan juga Spaghetti Aglio Olio. Yang ni memang ramai yang tahu buat. Kalau bukan semua ni, KakYa nak kongsi resepi spaghetti lagu mana ni?
Tadaaa KakYa nak kongsi resipi. Jeng jeng jeng ... Spaghetti goreng pedas berapi.
Spaghetti goreng pedas berapi
(Kredit gambar kakak kesayangan KakYa, Kak Masha sayang sayang)
Spaghetti goreng pedas berapi
Kenapa KakYa cakap spaghetti goreng pedas berapi? Sebab rasa dia memang pedas berapi. KakYa ni memang suka makan pedas. Tekak melayu la katakan, hehehe. Menu spaghetti goreng pedas berapi ni antara menu kesukaan KakYa dan family. Dah la rasa dia pedas berapi, sedap dan lazat pulak tu.
Tak nak celoteh panjang panjang KakYa terus jer la bagi resepi spaghetti goreng pedas berapi untuk korang. Jom kita masak jom!
Spaghetti goreng pedas berapi
(Kredit gambar kakak kesayangan KakYa, Kak Masha sayang sayang)
Resipi spaghetti goreng pedas berapi
Sebenarnya bahan bahan yang diperlukan untuk masak spaghetti goreng pedas berapi ni mudah jer nak disediakan. Antara bahan bahan yang diperlukan adalah;
Bahan bahan untuk memasak spaghetti goreng pedas berapi
• 1 paket spaghetti
• Bawang putih di cincang halus
• 5 sudu minyak zaiton
• 5 sudu cili kisar
• Chili flakes
• Isi ayam potong dadu
• 15 ekor udang
• Bebola daging
• Sosej (potong ikut suka)
• 1 sudu oregano
• Dua kiub pati ayam
• Balack pepper
• Lada benggala hijau
• Gula
• Garam
• Penambah perisa (ikut suka nak letak ke tak)
Cara cara memasak spaghetti goreng pedas berapi
Cara nak masak spaghetti goreng pedas berapi ni tersangatlah senang dan mudah sangat sebenarnya. Korang ikut jer cara cara kat bawah ni;
Ok jom masak spaghetti goreng pedas berapi
1. Mula mula sekali, rebus air kat dalam periuk bersama dengan sedikit minyak zaitun dan garam. Tunggu hingga air mendidih dan masukkan spaghetti. Dah siap masak toskan air dan ketepikan.
2. Ambil kuali dan panaskan minyak zaitun, pastu tumiskan bawang putih yang dah di cincang.
3. Kemudian masukkan cili kisar, chili flakes dan juga oregano. Gaul rata hingga cili kisar betul betul masak.
4. Selepas tu, masukkan ayam dulu tunggu seketika bagi ayam masak, masukkan bebola daging, sosej dan juga udang. Tunggu seketika.
5. Masukkan spaghetti yang dah direbus tadi, gaulkan hingga sebati. Masukkan black pepper, garam, gula dan juga lada benggala. Gaul lagi hingga sebati.
6. Dah siap dah spaghetti goreng pedas berapi kita. Jom makan masa tengah panas barulah syiokk. Dah la pedas panas pula. Tekak melayu la sangat.
Untuk korang yang suka makan pedas, nanti bolehlah cuba sendiri Resipi Spaghetti Goreng Pedas Berapi dari KakYa ni. Kalau yang tak suka pedas boleh jer kurangkan kepedasan ikut selera korang. Selamat mencuba.
6 Ulasan
sedapnya
BalasPadamMahu berpeluh makan ni..
BalasPadamheheh terliur tgk udang tu : )
BalasPadamFuh, nampak udang dia xnampak berapi pung. Haha berlagak betul kan. Tapi dari ritu macam teringin nak makan spagetti namun masih belom tertunai jua. :)
BalasPadamtd baru beli spageti! esk boleh try buat 😍
BalasPadambykknya udang ni, Allah terliur
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.