Officially 12 Years Old!

March 07, 2021

Officially 12 Years Old! | Alhamdulillah 5 Mac 2021 dah 12 tahun usia Akif. Ingatkan nak la sambut beday dia secara kecil kecilan kat rumah ni. Tapi Akif cakap tak nak kek tahun ni dan tak nak sambut beday macam yang lepas lepas dah Umi. Dia cakap nak pegi jalan jalan jer pastu nak makan makan. Takyah kek la tahun ni Umi kata dia. Dah kenapa berubah pulak tanak kek. 

Officially 12 Years Old! 

Sepanjang birthday dia, tak pernah lagi la KakYa tak belikan kek. Tapi semalam dia request tak nak kek. Pelik la jugak sebab tiap tiap tahun kot memang ada jer la gambar dia ngan kek, tetiba tahun ni tak nak pulak. Bila Umi tanya, dia cakap saja jer taun ni takyah kek la Umi, Akif besar dah. Malu dah nak gambar ngan kek beday ni. Hahaha gitu pulak dah jawapan dia. Umi ikut jer la dah tuan badan tak nak. Kita ikut aoa dia nak jer la. 

Kebetulan pulak 5 Mac 2021 masa hari lahir dia, abah dia cuti jadinya kami keluar jalan jalan ikut tempat yang dia nak pergi. Keluar lepas solat Jumaat balik 12 tengah malam. Dia happy sambut beday dia Umi abah lagi la happy tengok dia. Apa yang dia minta tak banyak pon, alhamdulillah rezeki dia, semua dapat ditunaikan. Jalan jalan kat East Coast Mall, KCM dan lepak lepak makan kat Taman  Esplanade Kuantan. 


Apa yang dia minta untuk jalan jalan beday dia. Hehehe dia nak makan coklat Beryls sebenarnya. Tapi coklat Beryls tak jumpa pulak masa kami carik. Tapi jumpa coklat lain lebih kurang sebijik jugak la ngan Beryls. Apa ntah namanya.. Haaa namanyer De' Amos. Ok la dari takde. Dia cakap sedap jugak. 

Pastu dia tanak makan nasi putih macam biasa tapi nak makan burger jer. Pilihan dia jugak Burger King. Tu burger feveret dia la selain burger McD. Tapi untuk beday dia kalini, abah dia ajak jugak la makan Nasi Goreng Udang Galah. Lama gak ni duk cakap nak pegi makan Nasi Goreng Udang Galah, tapi sebab PKP tak dapat keluar terbantut la nak pegi makan. Rezeki dia, kedai tu bukak masa kami lalu, terus la singgah makan. Termakbul jugak hajat dia nak makan Nasi Goreng Udang Galah. Tapi dia tak makan banyak pon sebab dah kenyang. Umi yang habiskan. 

Alhamdulillah syukur Ya Allah untuk hari lahir dia tahun ni dia masih lagi diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Semoga Akif membesar sihat sempurna jadi anak soleh Umi abah. 

Artikel Menarik yang Lain

5 Sahabat Setia

  1. hepi belated birthday tu akifimtiyaz ., ;p

    ReplyDelete
  2. happy birthday Akif, semoga terus membesar sebagai putera soleh kebanggaan keluarga dan cemerlang dunia akhirat, aamiin. makin handsome Akif

    ReplyDelete
  3. happy birthday Akif Imtiyaz. dah besar dah

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.