MyJanjiTemu JPN Untuk Buat Kad Pengenalan Akif | 5.3.2021 maka genaplah umur Akif 12 tahun. Ok dah 12 tahun ni, kenalah buat kad pengenalan untuk gantikan mykid dia. Tapi sekarang ni kalau nak buat kad pengenalan kat JPN, bukan boleh main terjah camtu jer korang. Sekarang ni kalau ada urusan di Jabatan Pendaftaran Negara JPN, korang perlu buat janji temu dulu baru boleh berurusan. Kalau korang terus pi terjah jer, korang takkan di layan sama sekali. Jangan pulak nanti korang terkebil kebil kat depan Jabatan Pendaftaran Negara JPN sebab tak dibenarkan masuk kerana takde slip pendaftaran janji temu. Musim Covid 19 sekarang ni bukan boleh suka suka main terjah jer tempat orang tau. Kena buat janji temu dulu.
Bagaimana pulak cara nak buat permohonan janji temu ni? Senang sangat jer, hanya secara online sahaja. Korang search MyJanjiTemu JPN atau boleh terus layari laman mytemujanji JPN di pautan https://mytemujanji.jpn.gov.my . KakYa nak bagitau kat korang, bukan untuk buat kad pengenalan jer kena buat janji temu tapi SEMUA permohonan yang melibatkan perkhidmatan yang membabitkan JPN perlu buat permohonan MyJanjiTemu JPN terlebih dahulu. Kalau tak, sila say hai hai bye bye jer.
Ok bila dah masuk kat pautan link di atas, korang boleh la isi semua butiran yang diperlukan. Klik kat MULA TEMPAHAN. Korang baca dulu semua terma dan syarat permohonan online sistem MyJanjiTemu JPN dan klik SETUJU.
Pejabat JPN yang boleh dipilih adalah pejabat JPN yang disenaraikan dalam pilihan jer. Korang kena check dulu kat pilihan korang kot kot pilihan korang tu cawangan yang tak beroperasi. Nanti korang boleh jer klik senarai cawangan JPN yang beroperasi bagi memudahkan korang untuk buat pilihan. Ada pilihan jugak untuk korang lebih jelas mana cawangan yang tak beroperasi. Klik je untuk tahu lebih lanjut. Sangat sangat memudahkan guna sistem camni sebab kita dah diberi pilihan kat situ.
Bagi memudahkan korang, KakYa sertakan jadual waktu operasi kaunter JPN dalam tempoh kawalan pergerakan bersyarat PKPB. Korang boleh rujuk jadual kat bawah untuk lebih maklumat. Kalau tak berapa nampak klik pada gambar untuk lebih jelas.
Berbalik pada borang tadi, korang perlu selesaikan dan isi semua maklumat yang dikehendaki seperti tertera.
Dah selesai isi maklumat terus klik hantar dan korang akan dapat memo seperti kat bawah ni. Tu tanda tempahan korang dah pon berjaya. Kat hujung memo tu nanti, korang klik la pada bahagian SLIP TEMPAHAN.
Ok kat bawah ni SLIP TEMPAHAN janji temu yang korang perlu tunjuk kat kaunter JPN nanti. Pastikan korang berada kat pejabat JPN 15 minit sebelum waktu temujanji. Kalau korang lewat dari masa yang ditetapkan, pihak JPN berhak membatalkan janji temu korang.
Oh ya sebelum KakYa terlupa, korang jangan lupa pulak bawa semua dokumen lengkap yang diperlukan waktu temu janji nanti. Kan tak pasal pasal kena buat janji temu baru sebab dokumen tak lengkap. Rugi masa kat situ nanti. Jadi pastikan semua dokumen yang diperlukan lengkap sepenuhnya. Semak dulu banyak kali pon takpe takde masalah. Yang jadi masalah bila korang dah ada kat sana nanti tapi baru terhegeh hegeh nak semak tup tup ada dokumen yang tak lengkap. Haruuuu jadinya ....
Ada lagi KakYa nak bagitahu, untuk permohonan janji temu ni, korang boleh buat permohonan secara online seawal 1 hari dari tarikh janji temu sehingga 5 bulan dari tarikh semasa yang tertakluk pada kekosongan. Tapi, ha aaa ada tapi jugak. Kalau korang mempunyai simptom seperti demam dan batuk, korang tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula. Perlu diingatkan kat sini bahawa permohonan janji temu di JPN adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKPB Majlis Keselamatan Negara.
Untuk semakan permohonan kot kot la korang lupa nak print skrin slip tempahan, korang boleh ke laman MyJanjiTemu JPN dan klik pada SEMAK/BATAL PERMOHONAN. Isi maklumat korang dan klik SEMAK PERMOHONAN.
Semoga perkongsian ini dapat memudahkan korang yang tengah duk mencari cara bagaimana nak buat kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara di musim pandemik Covid 19 ini. Semoga bermanfaat.
2 Ulasan
senang kan skrg, smua di hujung jari ja...
BalasPadambesar dah Akif dah nak ber ic ye Lya, kak ana pun nakbuat temujanji gak ni dengan JPN Adik Ika nak tukar IC dia rosak , terima kasih share Lya bermanfaat sangat, alhamdulillah
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.