Jarak Terbaik Handphone Dengan Mata

Jarak Terbaik Handphone Dengan Mata | Korang tahu tak berapa jarak ideal untuk menatap skrin handphone? Sejauh mana sebenarnya kita perlu jarakkan handphone dengan mata kita. Orang kata jarak terbaik yang tak rosakkan mata kita. Tahu ke tak tahu ni? Kalau korang tak tahu dan berminat nak tahu berkenaan jarak terbaik kedudukan handphone dengan mata korang, jommmmm harini KakYa nak kongsi dengan korang, apa yang KakYa tahu serba sikit berkenaan jarak handphone dengan mata. 

Jarak ideal mata dengan handphone, jarak terbaik mata dan dari smartphone, kedudukan mata dengan handphone, jarak terbaik handphone tak rosakkan mata

Optometris

KakYa ada follow sorang optometris ni kat facebook. Tuan Shahrizal Redwan nama dia. Sebelum KakYa citer lebih detail, KakYa nak citer dulu kat korang apa dia sebenarnya optometris dan tugas tugas yang dijalankan. Nak habaq lagi satu kat korang, jangan silap pulak nanti. Optometris ni bukan doktor tau. Ramai yang tersilap dan selalu cakap optometris ni doktor mata. Sebenarnya bukan ya korang, doktor mata orang panggil ophthalmologist, macam Prof Muhaya tu. 

Optometris adalah pengamal kesihatan mata yang terlatih dan profesional yang menerima pendidikan khusus tentang mata dan terlatih dalam menjalankan pemeriksaan mata semasa mengikuti kursus ijazah optometri selama 4 tahun di institusi pengajian awam atau swasta. Segelintir Optometris meneruskan pengajian lanjutan (Sarjana/PhD) dalam bidang kepakaran optometri seperti kanta lekap, penglihatan binokular, penglihatan terhad, kesihatan optometri awam dan sebagainya.

Tugas Optometris 

Tugas utama Optometris adalah memeriksa mata dan mengesan masalah penglihatan bagi semua peringkat umur (dari bayi hingga dewasa). Optometris mengesan masalah rabun mata (rabun jauh dan dekat), juling dan mengesan penyakit mata seperti mata merah, glaukoma, katarak, retinopati diabetik dan lain-lain lagi.

Optometris ni la yang akan menentukan rawatan yang bersesuaian dengan kes sama ada cermin mata, kanta lekap, kanta prisma atau latihan mata atau terapi visual atau kombinasi. Optometris juga memberi khidmat nasihat mengenai jenis kanta dan cermin mata yang sesuai dengan jenis rabun dan masalah mata. Fuh panjang berjela jela dah ni penerangan tentang optometris. Macam blog medic dah ni, hahahahaha ... 

Ok itulah serba sikit mengenai optometris. Jadi kita berbalik semula pada Tuan Shahrizal Redwan. Beliau adalah seorang optometris dan juga founder kepada Rizal Optometris & Vision Therapy Center.  Tuan Shahrizal Redwan ni kalau korang nak tahu, beliau mempunyai 3 klinik optometri yang terletak di negeri Perak. Bukan calang calang beliau ni. Bukan satu klinik tau tapi tiga klinik optometri. Satu di Kuala Kangsar, satu di Ipoh dan satu lagi di Chemor. 

Beliau selalu kongsi pelbagai cerita berkenaan mata. Opkos la citer bab bab mata, dah nama pon optometris kan. Salah satu daripada perkongsian beliau yang menarik minat KakYa adalah mengenai jarak terbaik handphone dengan mata. KakYa dulu selalu tengok skrin handphone ikut suka jer takdenya nak jarak jarak sangat. Kejap dekat kejap jauh. Ikut mood. Tapi sekarang ni KakYa dah selalu jarakkan phone dengan cara yang di ajar oleh Tuan Shahrizal Redwan. Kira menjadik jugak la cara yang di ajar Tuan Shahrizal Redwan ni. Cara ni la KakYa praktik hingga sekarang. 

Jarak ideal mata dengan handphone, jarak terbaik mata dan dari smartphone, kedudukan mata dengan handphone, jarak terbaik handphone tak rosakkan mata

Cara Terbaik Untuk Tahu Jarak Ideal Handphone Dengan Mata

Ok cara terbaik yang boleh korang buat sepertimana perkongsian dari Tuan Shahrizal Redwan adalah korang buat penumbuk pastu letak dekat hidung korang, tangan bagi straight pastu korang akan dapat jarak ideal iaitu siku korang. Ha aaa jarak penumbuk hingga ke siku. Jadi siku korang tu lah jarak sebenar handphone korang dan itulah jarak yang terbaik. Letak handphone korang tu kat hujung siku tu la. Faham ke idok ni. Kalau tak faham korang tanya jer la nanti KakYa terang. Tapi rasa rasa korang semua paham kan? ... Harap paham la ya! 

Jarak ideal mata dengan handphone, jarak terbaik mata dan dari smartphone, kedudukan mata dengan handphone, jarak terbaik handphone tak rosakkan mata

Ok tu jer perkongsian untuk petang ni. Semoga bermanfaat buat kita semua. Pasni kalau nak guna handphone tu jarakkan dengan cara yang betul okey! ...

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. oh gitu jarak mata dgn phone, okkk ! thank you sharing kakya

    BalasPadam
  2. Menarik infonya..Terima kasih atas perkongsian :)

    btw jemput join GA shida ya jika kelapangan :)
    https://www.shidaradzuan.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.