Supercube - Molasses Herbs Drink Minuman Berasaskan Herba Untuk Kesihatan Luaran Dan Dalaman

Supercube - Molasses Herbs Drink Minuman Berasaskan Herba Untuk Kesihatan Luaran Dan Dalaman | Biasa kalau minum teh tak kira teh biasa atau teh herba KakYa suka minum teh uncang. Tapi baru baru ni KakYa cuba satu produk herb drink keluaran Supercube. Lain sikit sebab ianya datang dalam bentuk kiub. First time ni KakYa try minuman dalam bentuk kiub. Selain bentuk kiub yang menarik perhatian KakYa ada satu lagi yang membuat KakYa tertarik mengenai produk ni iaitu Molasses. Apa benda molasses ni? Pertama kali KakYa dengar mengenai molasses. Nak sebut pon tersasul sasul.

Supercube - Molasses Herbs Drink minuman berasaskan herba untuk kesihatan luaran dan dalaman

Molasses Sugar Supercube

Molasses sugar Supercube dikenali juga dengan nama Black Sugar atau Japanese Black Sugar. Molasses dihasilkan daripada tebu yang diperah untuk mendapatkan cecair dan direbus berjam jam sehingga likat dan kemudian dikeraskan mengikut bentuk.

Terdapat perbezaan antara Molasses sugar Supercube dengan yang di jual dipasaran. Kebanyakan molasses sugar dan juga gula perang di pasaran adalah hasil gula putih yang kemudiannya di campur kembali dengan molasses syrup yang didapati semasa proses pembuatan gula putih. Lebih banyak molasses yang dicampur lebih gelap gula putih tadi bertukar. Hasil seakan sama tetapi proses berlainan. Penghasilan molasses sugar Supercube adalah semulajadi dan tidak melalui proses pembuatan gula putih.

Kelebihan Molasses Sugar Supercube 

- Glycemic index yang lebih rendah. Glycemic index adalah kadar sesuatu menaikkan gula dalam darah. Makanan dan minuman yang menjalani pelbagai proses adalah lebih tinggi glycemic index. Supercube adalah pembuatan natural jadi glycemic index seakan-akan madu. Supercube adalah alternatif lebih baik dari gula putih mahupun gula perang.

- Sedap dan berkhasiat. Molasses mengandungi iron, calcium, magnesium dan banyak lagi vitamin dan mineral.

Supercube - Molasses Herbs Drink minuman berasaskan herba untuk kesihatan luaran dan dalaman

Supercube - Molasses Herbs Drink

Apa yang best sangat mengenai Supercube Molasses Herbs Drink. Menariknya tentang Supercube Molasses Herbs Drink ni, ianya  tiada caffein dan produk ini tersedia dalam bentuk kiub. Mula mula dapat produk ni KakYa lebih tertarik pada kiub dia sebenarnya.  Memang menarik perhatian sebab kiub kecil camtu nampak cam coklat bar. Rasa cam nak gigit jer. 

Supercube Molasses Herbs Drink diperbuat daripada bahan bahan semulajadi, 100% Halal dari pihak JAKIM dan mendapat kelulusan dari pihak MESTI.

Supercube Molasses Herbs Drink diperbuat daripada bahan bahan semulajadi. 100% Halal dari pihak JAKIM dan mendapat kelulusan dari pihak MESTI.

Terdapat tiga pilihan Supercube Molasses Herbs Drink iaitu Supercube Osmanthus & Roses (Relax & Heal), Supercube Red Dates & Goji Berry Nourish & Boost) dan juga Supercube Ginger & Lavender (Calm & Soothe). Supercube dibuat di Malaysia menggunakan bahan-bahan terbaik gred A dari Malaysia seperti halia dari bentong dan beberapa bahan import dari luar negara seperti Bunga Osmanthus dari China.

Supercube - Molasses Herbs Drink minuman berasaskan herba untuk kesihatan luaran dan dalaman

Supercube Osmanthus & Roses (Relax & Heal)

Supercube Osmanthus & Roses (relax & heal - helping lowering stress level & getting guality deep sleep). Yang ni paling KakYa suka. KakYa akan ambil satu kiub bersama segelas air panas sebelum tidur. Sebab  apa tau, KakYa ni jenis susah nak tidur malam dan selalu terjaga. Tidur sekejap terjaga, pastu nak tidur balik tu memang ambil masa. 

Kadang kadang tak dapat tidur hingga pagi. Waktu pagi mudah sakit kepala sebab tidur tak cukup dan makin memburukkan keadaan KakYa ni ada darah rendah dan anemia. Bila tak cukup tidur, tambah pulak dengan darah rendah dan anemia memang hidup  serba tak kena la jadinya. Tak dapat nak fokus pada satu satu satu kerja. 

kelebihan Supercube Molasses Herbs membantu sistem pencernaan, tidur lebih lena dan  mencantikkan kulit
Supercube Osmanthus & Roses (relax & heal - helping lowering stress level & getting guality deep sleep)

Supercube Osmanthus & Roses sangat membantu KakYa untuk dapatkan  kualiti  tidur yang lebih baik. Lepas dah minum, rasa lebih tenang dan mudah nak lelapkan mata. Bangun pagi rasa segar dan bertenaga. Tubuh badan dan minda rasa tenang jer. 

KakYa ada satu masalah, tiap kali period KakYa akan alami senggugut yang teruk. Takyah cakap la sakit dia tu camne, yang biasa kena je tahu camne rasa sakit dia kan. Nak jadi cerita, kebetulan pula produk ni tiba masa tengah period dan senggugut. Try minum sekali dua, alhamdulillah lega sikit walaupon tak sepenuhnya. Relaks sikit rasa muscle lepas minum.

kelebihan Supercube Molasses Herbs antaranya melegakan stress mengurangkan anxiety, melegakan sakit sendi dan ketegangan urat

Supercube Osmanthus & Roses kaya dengan antioksidan, baik untuk kulit dan mata, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan rasa lapar, natural detox dan hilang rasa penat. Kalau korang ada rasa moody, stress, susah tidur, senggugut dan nak relax otot boleh cuba Supercube Osmanthus & Roses.

Supercube Red Dates & Goji Berry (Nourish & Boost)

Supercube Red Dates & Goji Berry (nourish & boost - help in menstruation and pregnant mothers) kaya dengan antioksidan dan vitamin, potassium yang mencukupi dan mengandungi serat yang tinggi. 

Supercube Red Dates & Goji Berry sesuai untuk ibu mengandung yang menghadapi masalah hemoglobin rendah, ibu lepas bersalin dan ibu menyusu. Pengambilan secara berterusan akan menambah hemoglobin dalam darah, memberi tenaga, bagus untuk aliran darah, menambah susu badan, menghilangkan senggugut dan sesuai sebagai minuman pantang

Molasses Supercube HEALTHY DRINK
Supercube Red Dates & Goji Berry (nourish & boost - help in menstruation and pregnant mothers) 


Ibu ibu yang dalam pantang tu, yang nak tambah tenaga dan nak tambah susu badan boleh la try nanti. Oh lupa nak cakap, bukan untuk ibu hamil dan ibu dalam pantang jer sesuai guna produk ni, lelaki pon boleh minum jugak tau. 

Supercube Ginger & Lavender (Calm & Soothe)

Supercube Ginger & Lavender (calm & soothe - help in soothing body and mind) berfungsi untuk masalah perut, migrain, sakit badan, mengurangkan kembung perut dan mengeluarkan angin dalam badan. Ianya juga mempunyai antioksidan dan anti radang, menguatkan imunisasi dengan gingerol, mencegah kuman dalam tubuh badan dan anti  stress. 

Supercube molasses herbs drink for health
Supercube Ginger & Lavender (calm & soothe - help in soothing body and mind) 

Supercube Molasses Herbs Drink minuman berasaskan herba yang dijadikan dalam bentuk kiub

Korang boleh jadikan Supercube Ginger & Lavender sebagai minuman detox juga. Kalau tetiba perut meragam, boleh try Supercube Ginger untuk buang angin dalam badan. KakYa dah try 4 hari. Lepas minum badan rasa segar dan kembali bermaya. Badan pon rasa ringan jer. Sesuai sangat minum untuk yang badan lesu, badan letih dan selalu stress. Kita ni kalau selalu sangat stress tak elok juga untuk kesihatan. Muka pon cepat nampak tua kalau selalu stress. Try Supercube ni konpem korang bertambah tambah cute la lepas minum. Hehehehe ...

Cara Penyediaan Supercube 

Cara nak sediakan Supercube ni mudah jer. Buka plastik pembalut kiub dan masukkan kiub ke dalam secawan air panas, tunggu kejap hingga larut dah boleh minum. Nak minum sejuk pon boleh. Ikut kesukaan masing masing. 

kelebihan Supercube Molasses Herbs antaranya melegakan stress mengurangkan anxiety, melegakan sakit sendi dan ketegangan urat


Walaupon bahan bahannya adalah herba tapi masa KakYa minum takde la rasa herba macam teh herba cina sangat. Rasa dia macam manis manis buah jer. Seyess sedap!

Selain minum panas, boleh je kunyah macam korang makan coklat. Sedap ... 

Satu lagi cara nak sediakan Supercube, boleh di masukkan kat dalam masakan. Boleh la semua satu family rasa dan menikmati manfaat daripada molasses. 

kelebihan Supercube Molasses Herbs antaranya melegakan stress mengurangkan anxiety, melegakan sakit sendi dan ketegangan urat

Try Supercube Now!

Berminat nak cuba Supercube? Korang boleh dapatkan dari wakil jualan Supercube di seluruh Malaysia.  Search je #supercube dekat instagram akan keluar la nanti wakil jualan Supercube  yang berdaftar. Boleh terus beli! atau kalau korang perlukan maklumat lebih detail mengenai produk Supercube, korang boleh layari website dan laman sosial seperti tertera;

Facebook: Supercube Hq
Instagram: supercube hq

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Yeayy... alhamdulillah.. Terima kasih...

    sedap kan semua..

    Those yg nak cuba mana satu suitable dengan korang jemput wasap or tgk fb Bell ya

    www.wasap.my/60132008017/scb

    BalasPadam
  2. Wah.. boleh masukkan dalam masakan juga ye.. boleh cuba ni

    BalasPadam
  3. Bagus sangat kan kak..setiap kotak ada kelebihan sendiri..Nad dah rasa..sedap..Badan , otak semua lega je bila dapat minum

    BalasPadam
  4. comeynya kiub kiub kecik .. apalah rasanya yer .

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.