List Of Kesyukuran

List Of Kesyukuran | Setiap pagi aku sentiasa ingin bersyukur atas apa saja yang telah diberikan oleh Allah SWT. Tetapi kadang kadang diri ini tidak perasan akan nikmat nikmat yang tidak kelihatan de pan mata. Mungkin selama ini aku nampak nikmat yang nyata sahaja hinggakan aku terlupa pada nikmat yang tidak kelihatan. Padahal Allah bagi banyak sangat nikmat buat kita yang bergelar hamba di bumiNya. 

List Of Kesyukuran, Buku checklist amalan by Puan Saira, Puan Saira, Pn   Saira, Tips rezeki, Buku checklist amalan 100 hari, Amalan challenge, Istiqamah dalam beramal, www.akifimtiyaz.com

Antara nikmat yang kita perlu syukuri:
-Dikurniakan iman dalam hati
-Dikurniakan agama islam dari lahir
-Dikurniakan ilmu yang pelbagai

Antara Nikmat Nikmat Allah 

KakYa nak kongsikan sedikit info tentang beberapa jenis nikmat Allah SWT yang KakYa dapat daripada group PSC GT5P. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua. InsyaAllah. 

1.Nikmat Fitriyah

Nikmat Fitriyah adalah nikmat yang ada pada diri kita atau personal kita. Misal: Allah memberikan kita hidup ini, tangan, kaki, wajah yang menawan, mata, telinga dan anggota tubuh yang lain. Ini wajib kita syukuri. Dan janganlah angkuh seandainya kita diberikan rupa yang menarik. Syukurilah bahawa itu nikat yang diberikan oleh Allah semata-mata untuk hak-hal kebaikan.

2.Nikmat Ikhtiyariyah

Nikmat ini berupa nikmat yang kita peroleh atas usaha kita. Misalnya: Harta yang banyak, kedudukan yang tinggi, lmu yang banyak, pengaruh yang besar, posisi, jabatan, tanah, kereta dan lain-lain yang kita peroleh atas usaha kita. Nikmat ini harus kita syukuri. Sedekahkan harta yang kita miliki dan pergunakan ke jalan yang diredhai Allah. Jika menjadi pemimpin dengan jabatan yang tinggi, jangan kita salah gunakan jabatan tersebut, kerana itu semua akan dimintai pertanggungjawaban oleh Allah SWT.

3.Nikmat Alamiah

Nikmat alam sekitar kita. Kita tidak dapat hidup jika Allah tidak memberikan nikmat alamiah ini. Misalnya: Air, udara, tanah dan lain-lain. Mari kita syukuri semua ini dengan menjaga alam ini dari kerosakan. Menjaga udara dari pencemaran, banyak-banyak menanam pokok dan lain-lain.

4.Nikmat Diiniyah

Nikmat Diiniyah adalah nikmat Agama Islam. Nikmat Iman. Bayangkan jika kita terlahir bukan dari rahim seorang muslimah? Mungkin saat ini kita menjadi kafir. Maka syukurilah nikmat nikmat diin yang diberikan Allah kepada kita dengan menjalankan perintah perintah agama serta menjauhi larangan Allah SWT.

5.Nikmat Ukhrowiyah

Nikmat Ukhrowi adalah nikmat akhirat. Nikmat inilah yang akan kita petik nanti jika telah dihisab di yaumil mahsyar. Nikmat ini bergantung dari apa yang kita perbuat didunia ini. Jika semua nikmat diatas telah kita terima dan kita syukuri dengan baik, maka nikmat ukhrowi ini yang akan kita dapatkan dan rasakan jika di alam akhirat.

Jom sama sama kita mulakan “LIST OF KESYUKURAN" . Sama sama kita beramal ke arah kebaikan. Nak lagi best kita tulis cantik cantik kat dalam Buku Checklist Amalan 100 Hari. KakYa pepagi akan start tulis. Kita syukur dengan apa saja nikmat yang kita dapat dan kita tulis satu satu. 

List Of Kesyukuran, Buku checklist amalan by Puan Saira, Puan Saira, Pn   Saira, Tips rezeki, Buku checklist amalan 100 hari, Amalan challenge, Istiqamah dalam beramal, www.akifimtiyaz.com

Kalau korang berminat nak dapatkan Buku Checklist Amalan 100 Hari macam KakYa ni, korang boleh klik link WhatsApp kat bawah. Harga buku ni takde la mahal sangat. RM49 jer untuk sebuah buku. Macam macam ada kat dalam buku ni tau. Nanti boleh la korang jadikan apa yang terkandung kat dalam buku sebagai amalan harian korang. Nak Buku Checklist Amalan 100 Hari wasap KakYa jer.






Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Tiada nikmat mampu kita dustakan.

    BalasPadam
  2. Insyaallah nanti saya listkan

    BalasPadam
  3. Thanks sharing kak Ya. Nikmat iman tu adalah nikmat paling besar. List kesyukuran ni bagus jugak untuk bentuk peribadi supaya sentiasa positif

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.