Hari Pertama Kelas Secara PDPR

Hari Pertama Kelas Secara PDPR | Harini 20 Januari 2021 sepatutnya hari pertama anak anak melangkah kaki ke sekolah. Tapi di sebabkan negara sekarang mengalami wabak Covid-19 tambahan pula PKP sekarang ni, makanya anak anak  belajar secara online di rumah. Pagini meriah sikit la group kelas selepas lama bercuti. 


Alhamdulillah selesai kelas harini. Kelas dengan Cikgu dan juga kelas dengan Umi untuk Akif. KakYa mendoakan agar perjalanan kelas dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) sepanjang PKP ini dapat di terima pakai dengan baik oleh ibubapa dan anak anak pelajar. Walaupun pembelajaran secara PDPR kurang memuaskan berbanding belajar secara bersemuka, mahu atau tidak kita sebagai ibubapa dan anak anak pelajar perlu melatih diri untuk menerima pembelajaran secara PDPR.



KakYa mengharapkan agar kaedah PDPR pada tahun ini akan lebih tersusun berbanding tahun lepas memandangkan guru guru pada tahun 2021 lebih bersedia dalam menguruskan PDPR. Semoga pendekatan secara PDPR ini walaupun masih baru tapi dengan adanya komitmen semua pihak, InsyaAllah kaedah ini dapat di jalankan dengan lebih baik. 

Semoga yang baik baik saja buat guru guru dan anak anak di musim PKP ini. InsyaAllah, aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Aamiin. Moga lancar proses memberi dan menuntut ilmu.

    BalasPadam
  2. Selamat bersekolah untuk anak kak Ya. Tahun ni mak ayah pun masuk sekolah sekali. Semoga Allah permudahkan urusan pelajar-pelajar dan guru-guru semua

    BalasPadam
  3. susah nyaaa student skrg ni nak dpt education :(

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.