Amalkan Baca Surah Al Ghafir Ayat 44 Bila Sedih Dan Tak Tenang

Amalkan Baca Surah Al Ghafir Ayat 44 Bila Sedih Dan Tak Tenang | Pernah tak bila diri  di uji atau ada masalah, kita rasa buntu, rasa hilang arah, rasa tiada siapa faham ujian yang sedang kita hadapi tu? Cuba untuk bercerita dan berkongsi masalah bersama pasangan, adik beradik dan juga sahabat namun takde siapa dapat membantu. Ustazah Asma Harun telah kongsikan satu ayat power yang  boleh kita amalkan tak kira diuji apa pun, kecil atau besar mana pun masalah kita.

Amalkan baca surah Al-Ghafir Ayat 44. "Daku menyerahkan urusanku, kesakitanku, masalahku, ujianku, kebimbanganku, kesempitanku, kerisauanku, kesedihanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat keadaan hambaNya." Tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT. 

Amalkan baca Surah Al Ghafir ayat 44 bila sedih dan tak tenang, kelebihan surah Al Ghafir, Ustazah Asma Harun kongsi kelebihan surah Al Ghafir, surah Al Ghafir ayat 44
Surah Al Ghafir Ayat 44

Amalan Membaca Surah Al Ghafir Ayat Ke - 44

Amalkan baca surah Al Ghafir Ayat 44 dalam sujud ketika solat. Semoga aktiviti harian kita dipermudahkan oleh Allah SWT.  Bila hati rasa sedih dan tak tenang sama sama kita amalkan baca Surah Al Ghafir ayat 44 untuk hilangkan kesedihan dan mendapat ketenangan. Dengan ujian, pasti kita akan merasa sedikit lemah, sedih dan jiwa kacau. Tapi kita perlu bangkit dan pujuk hati supaya lebih tenang bagi mengatasi kesemua masalah ini dengan amalan baca Surah Al Ghafir ayat 44 ini. Baca berulang kali.

Apabila diuji sesuatu yang tidak dapat ditanggung menyebabkan hati tidak tenang bacalah ayat ke 44 Surah Al Ghafir berulang kali sehingga hati benar-benar lapang. Sehingga sampai satu tahap walaupun dalam keadaan hati sedih dan terluka namun tetap boleh senyum dan bahagia walau datang ujian, kerana  kita menyerahkan bulat-bulat segala urusan kita kepada Allah. Jom sahabat sekalian sama sama amalkan baca Surah Al Ghafir ayat 44 ini. Ayat yang hebat untuk diamalkan. Jom kita hafal ayat ni dan sentiasa amalkan. 

Tiada Siapa Yang Faham Tapi Allah Faham

Bila tiada siapa yang faham, Allah faham. Kerana Allah yang beri ujian tu. Tak perlu sedih, tak perlu runsing. Serahkan semua pada Allah. Allah tahu keadaan kita.

Bila susah hati anak tak dengar kata contohnya, bacalah ayat ini. Aku serahkan urusan mendidik anak ini kepadaMu ya Allah. Engkau maha melihat keadaan hambaMu.

Bila runsing urusan kerja tak seperti di rancang contohnya, bacalah ayat ini. Aku serahkan urusan kerjaku ini kepadaMu ya Allah. Engkau maha melihat keadaan hambaMu.

Bila tiba-tiba ditimpa musibah contohnya, bacalah ayat ini. Aku serahkan urusan musibah yang kuhadapi ini kepadaMu ya Allah. Engkau maha melihat keadaan hambaMu.

Alhamdulillah semoga perkongsian KakYa pada pagi ini dapat memberi manfaat buat sahabat sekalian terutama buat mereka yang sedang diuji dan dalam kedukaan. Semoga setiap ujian dapat diselesaikan dengan baik. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Terima kasih KakYa.
    Anak iv MRSM pagi ni, sy pesan suruh baca ayat ni berulang kali supaya dipermudahkan-Nya.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.Thanks share Lya. Pernah mengalami situasi macam tu. Memang betul, takkan ada manusia faham kita macam Allah faham

    BalasPadam
  3. Terima kasih untuk perkongsian ini..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, tq share, semoga Allah memberkatimu.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.