Ucapan Selamat Tahun Baru 2021

December 31, 2020

Ucapan Selamat Tahun Baru 2021 | Ucapan selamat tahun baru 2021 KakYa dapat dari beberapa sumber. Berikut KakYa kongsikan beberapa ucapan ringkas Selamat Tahun Baru 2021 yang boleh dikongsikan buat keluarga dan sahabat. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat sahabat yang sedang mencari ucapan terbaik untuk dihadiahkan pada ahli keluarga dan teman teman sempena tahun tahun baru. Selamat Tahun Baru 2021 buat semua pembaca blog KakYa. 

Gambar ucapan tahun baru 2021

 Salam Tahun Baru 2021 
Didoakan pada tahun 2021 kita semua;
• Diberikan kesihatan yang baik 
• Dikurniakan rezeki melimpah ruah
• Ditetapkan keimanan
• Dipanjangkan umur
• Berjaya di dunia danp akhirat
• Sentiasa mendapat rahmat dariNya
Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin.

 Selamat Menyambut Tahun Baru 2021 
Semoga ikatan persahabatan dan semangat silaturahim antara kita akan terus mekar ke akhir hayat.

Selamat Menempuh Tahun Baru 2021. Semoga kita semua terus sukses dalam pelbagai bidang yang diceburi. 

Detik demi detik. Hari demi hari.Hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita. Suka dan duka, menjadi warna nyata dalam hidup kita. Tapi biarkan semua menjadi kenangan. Yang terpahat dalam memori yang lepas. Kini tahun baru telah mendatangi kita. Masanya untuk perbaiki diri. Berazam ke arah kejayaan. Kita buka lembaran baharu dengan azam dan semangat yang baharu. Selamat Tahun Baru 2021.

Hari berganti, bulan berganti dan tahun juga berganti. Semoga tahun ini membawa sinar harapan buat semua. Selamat Tahun Baru 2021.

Selamat Tahun Baru 2021. Jangan sesali masa dahulu, Jangan risaukan masa hadapan, kerana kita masih berpeluang untuk memulakan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita. 

Tiba masanya untuk kita melabuhkan tirai 2020 dan memulakan 2021 dengan semangat yang baru. Semoga tahun 2021 membawa seribu harapan dan kejayaan dalam hidup kita. 

Selamat Menyambut Tahun Baru 2021. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim! “Kami memohon kepadaMU agar lenyapkanlah segera wabak Covid-19 ini di negara kami dan seluruh dunia.” Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 

HAPPY NEW YEAR  Happy New Year’s and good luck on all your resolutions! P2020 was a tough year for a lot of people, but 2021 is going to be great!

HAPPY NEW YEAR 2021. May this New Year brings you the long lasting happiness and success. A great new start that make you happy and joyful.

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

  1. semoga 2021 lebih baik dari 2020.. amin.. moga kita bebas dari wabak yg ada :(

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.