Situasi Terkini COVID-19 Di Pahang Pada 9 Disember 2020

December 09, 2020

Status Terkini COVID - 19 Di Pahang Pada 9 Disember 2020 | Seram pulak KakYa bila jenguk telegram Majlis Keselamatan Negara pada petang tadi.  Kalau semalam 8 Disember 2020, kes COVID-19 yang di laporkan di negeri Pahang adalah sebanyak 33 kes, hari ini kes meningkat  sangat mendadak menjadikan jumlah kes baharu yang dijangkiti COVID-19 di negeri Pahang sebanyak 119 kes.  


Berikut merupakan situasi terkini COVID-19 di Pahang mengikut mukim dan daerah yang di kongsikan di group telegram rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN). KakYa kongsikan kat sini untuk maklumat kita bersama terutama untuk rakyat Pahang. 


Kemaskini Kes COVID 19 Pada 09.12.2020 Jam 12.00 Tengah Hari

RINGKASAN KES HARIAN:

▶️ KES BARU :119 kes

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 119 kes positif COVID-19 pada hari ini di negeri Pahang. 

▪️ Kes 464
Kes didaftarkan di Mukim Bentong, Daerah Bentong hasil saringan OKT. Kes dari zon merah dan merupakan bukan warganegara. 

▪️ Kes 465-582
Seramai 118 kes didaftarkan di Mukim Bentong, Daerah Bentong hasil saringan bersasar di lokaliti berisiko tinggi dari Kluster Jalan Genting. Aktiviti saringan dan pengesanan kes sedang giat dijalankan. Jumlah kes bagi kluster ini adalah seramai 164 orang. 

- JUMLAH KES AKTIF : 180 kes
- KES SEMBUH HARIAN : 0 kes
Jumlah kes sembuh : 395 kes 

- JUMLAH KES DI PAHANG = 582 kes
- JUMLAH KEMATIAN = 7 kes

📍AWASI RISIKO JANGKITAN COVID-19. 
COVID-19 TIDAK KENAL MANGSA

🔴Walaupun ahli keluarga, namun jika kita tidak tinggal serumah, kita mesti amalkan memakai pelitup muka & penjarakan fizikal 1 meter. 

🔴 Begitu juga semasa bersama sahabat, teman baik, rakan sekolah, rakan pejabat, rakan rekreasi, ATAU SESIAPA SAHAJA.

🚩Sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka. Ini kerana pendedahan dan risiko jangkitan antara satu sama lain adalah berbeza.

⛔️Banyak kluster yang berlaku di seluruh negara pada waktu ini disebabkan ramai yang gagal patuh pada SOP. 

Cegah COVID-19 Tanggungjawab Bersama

Sekiranya anda sering berulang alik sama ada dari Pahang ke kawasan zon merah atau dari kawasan zon merah ke Pahang, anda AMAT DIGALAKKAN untuk menjalani ujian makmal bagi mengesan COVID-19 di mana-mana fasiliti kesihatan awam, swasta atau fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan dengan mengamalkan: 

• Penjarakan fizikal 1 meter 
• Memakai pelitup muka terutama semasa berada di tempat awam
• Elakkan kawasan yang sesak, 
• Elakkan kawasan yang sempit dan 
• Elakkan bertutur atau bersembang dengan jarak yang dekat. 

Ini kerana pendedahan dan risiko jangkitan antara satu sama lain adalah berbeza. 

#covid19
#kitajagakita
#kitamestimenang
#koinaksihat
#tanganimerahlindungihijau

Sumber : Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

  1. take care kakYa.. benda tak nampak ni susah kita nak kawal kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.