Situasi Terkini COVID-19 Di Pahang Pada10 Disember 2020

Situasi Terkini COVID-19 Di Pahang Pada 10 Disember 2020 | Semalam 9 Disember 2020, kes COVID-19 yang di laporkan di negeri Pahang adalah sebanyak 119 kes. Untuk hari ini jumlah kes baharu yang dijangkiti COVID-19 di negeri Pahang sebanyak 45 kes.  Berbanding semalam KakYa rasa lega sikit la bila tengok jumlah hari ni tak tinggi macam semalam. Tapi perasaan takut tu tetap ada sebab semalam kes kat Bentong sahaja tapi harini dah ada 3 kes kat Kuantan. Aduh! perasaan takut tu sentiasa ada bila tahu keadaan seperti ini. Ya la kita tak tahu siapa yang di jangkiti kan? Kalau tahu senang la pula. Nampak jer terus larikan diri. 


Berikut merupakan situasi terkini COVID-19 di Pahang mengikut mukim dan daerah yang di kongsikan di group telegram rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN). KakYa kongsikan kat sini untuk maklumat kita bersama terutama untuk rakyat negeri Pahang. 


Kemaskini Kes COVID 19 Pada 10.12.2020 Jam 12.00 Tengah Hari

RINGKASAN KES HARIAN:

▶️ KES BARU :45 kes
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 45 kes positif COVID-19 pada hari ini di negeri Pahang. 

▪️1 kes didaftarkan di Mukim Kuala Kuantan 1, Daerah Kuantan hasil saringan bergejala. Kes dikategorikan sebagai jangkitan tempatan. 

▪️1 kes didaftarkan di Mukim Kuala Kuantan 1, Daerah Kuantan hasil saringan bergejala. Kes dikategorikan sebagai jangkitan import B. 

▪️1 kes didaftarkan di Mukim Sg. Karang, Daerah Kuantan hasil saringan bergejala. Kes dikategorikan sebagai jangkitan import B. 

▪️2 kes didaftarkan di Mukim Bentong, Daerah Bentong hasil saringan bersasar. Kes dikategorikan sebagai jangkitan tempatan. 

▪️Seramai 40 kes  didaftarkan di Mukim Bentong, Daerah Bentong hasil saringan bersasar di lokaliti berisiko tinggi dari Kluster Jln Genting. Aktiviti saringan dan pengesanan kes sedang giat dijalankan. Jumlah kes bagi kluster ini adalah seramai 204 orang.

• JUMLAH KES AKTIF : 22 kes
• KES SEMBUH HARIAN : 2 kes
    Jumlah kes sembuh : 397 kes  

Terdapat 2 kes sembuh dari Mukim Sabai,  Daerah Bentong. 

• JUMLAH KES DI PAHANG  = 627 kes
• JUMLAH KEMATIAN = 7 kes

📍AWASI RISIKO JANGKITAN COVID-19. COVID-19 TIDAK KENAL MANGSA

🔴Walaupun ahli keluarga, namun jika kita tidak tinggal serumah,  kita mesti amalkan memakai pelitup muka & penjarakan fizikal 1 meter. 

🔴 Begitu juga semasa bersama sahabat, teman baik, rakan sekolah, rakan pejabat, rakan rekreasi, ATAU SESIAPA SAHAJA.

🚩Sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka. Ini kerana pendedahan dan risiko jangkitan antara satu sama lain adalah berbeza.

⛔️ Banyak kluster yang berlaku di seluruh negara pada waktu ini disebabkan ramai yang gagal patuh pada SOP. 

Cegah COVID-19 Tanggungjawab Bersama

Sekiranya anda sering berulang alik sama ada dari Pahang ke kawasan zon merah atau dari kawasan zon merah ke Pahang, anda AMAT DIGALAKKAN untuk menjalani ujian makmal bagi mengesan COVID-19 di mana-mana fasiliti kesihatan awam, swasta atau fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan dengan mengamalkan: 

• Penjarakan fizikal 1 meter 
• Memakai pelitup muka terutama semasa berada di tempat awam
• Elakkan kawasan yang sesak,   
• Elakkan kawasan yang sempit dan 
• Elakkan bertutur atau bersembang dengan jarak yang dekat. 
Ini kerana pendedahan dan risiko jangkitan antara satu sama lain adalah berbeza. 

#covid19
#kitajagakita
#kitamestimenang
#koinaksihat
#tanganimerahlindungihijau

Sumber : Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Berharap angka semakin mengecil dan berkurang bagi jumlah keseluruhan tu kakYa. Bagi negeri yang jumlahnya tidak tinggi teruskan menjaga. Bagi negeri yang jumlah kes semakin meningkat, gandakan usaha saling menjaga.

    BalasPadam
  2. moga moga cepat la kita terputus rangkaian covid ni kan

    BalasPadam
  3. Virus telah berada dimana-mana. Kita susah untuk menghapuskannya. Jaga diri dan hindarkan dari tempat orang ramai.
    hrdf training provider
    training provider
    training provider in malaysia
    training company in malaysia

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.