Kepentingan Wasiat : Usah Ambil Mudah!

Kepentingan Wasiat : Usah Ambil Mudah! | Sesetengah dari kita selalu sangat duk cakap gini " Aku bukan ada harta pon nak kena buat wasiat bagai, kalau pon ada takkan la adik beradik aku nak rebut apa yang ada dengan isteri dan anak anak aku bila aku dah tiada nanti. Diaorang pon ada harta sendiri. Masing masing ada harta sendiri ".  Yang ada  kat fikiran cam gini tolong bukak besar besar biji mata korang. Yang cakap takde harta tu, sini kejap nak tanya.. Duit kepuk kepuk dalam bank tu apabenda? KWSP yang potong bulan bulan tu apabenda takkan takde kot walau sikit? Tak banyak sikit mesti korang ada duit simpanan kat bank kan? Yang cakap " takpe adik beradik ok baik baik semua takkan jadi benda tak sepatutnya ". YA! masa kita hidup ni memang nampak semua yang baik baik jer. Tapi bila kita meninggal esok lusa entah entah yang kita nampak baik tu hanya topeng semata mata. 

Usah ambil mudah urusan wasiat

Bergaduh Hanya Kerana Harta Pusaka

Berapa banyak cerita dan berapa ramai rakyat Malaysia hari ini terlibat dengan pergaduhan hanya kerana harta pusaka? Ada juga kerana harta pusaka membawa kepada kematian sesama ahli keluarga. Sekarang ni orang boleh bergaduh disebabkan harta benda walaupon sekadar motorsikal buruk, kereta buruk dan kekadang benda yang kita fikir tak masuk akal pon boleh jadi satu pergaduhan. Inikan pula melibatkan wang ringgit. 

Tak kiralah korang ada sikit atau banyak duit atau harta, buatlah wasiat agar tiada masalah di kemudian hari. Kita tak nak mak ayah menangis tak berlagu hilang anak sebab berebut harta, adik beradik bermasam muka dek kerana berebut harta, adik beradik , ipar duai saling caci mencaci hanya kerana berebutkan harta. Walhal sebelum ni hubungan baik baik saja tanpa sengketa. Siapa sangka hanya kerana harta pusaka lidah boleh jadi mata pedang yang menghiris segenap hati. 
 
Usah ambil mudah urusan wasiat

Wasiat Dan Kepentingannya 

Tahukah korang apa itu WASIAT? Wasiat adalah iqrar, pesanan atau arahan oleh pemilik harta secara lisan atau bertulis bagi menguruskan harta miliknya selepas dia mati. Kepada siapa saya boleh wasiatkan harta? Wasiat boleh diwasiatkan kepada bukan waris seperti anak angkat, anak tiri, orang yang terhalang dari terima pusaka kita, masjid, surau, rumah anak yatim, maahad tahfiz dan seumpamanya. 

Adakah wasiat itu penting? Ya, wasiat sangat penting kerana;
- Mempercepatkan proses surat kuasa pusaka.
- Mengelakkan persengketaan waris.
- Melindungi kebajikan masa depan anak-anak.
- Isteri mendapat hak yang sewajarnya.
- Memastikan harta diagihkan mengikut hasrat.
- Tanpa perlu menghadapi kerenah birokrasi.

Faedah Merancang Pewarisan Untuk Jariah Dan Kelangsungan Masa Hadapan

- Dapat mengerjakan amal kebajikan dan sedekah jariah yang pada waktu hidup tak dapat dilaksanakan sebaik mungkin. 

- Dapat mengelakkan terjadinya pertelingkahan dan terputusnya silaturahim antara waris waris terdekat. 

- Mengelakkan hubungan yang baik menjadi renggang sesama ahli keluarga. 

- Memberi manfaat buat isteri dan anak anak dalam meneruskan kehidupan selepas kehilangan tempat bergantung. 

- Membantu isteri merancang masa depan bersama anak anak setelah ketiadaan keluarga keluarga.

- Membantu isteri dalam memikul tanggungjawap kepada waris yang ditinggalkan. 

- Isteri yang mempunyai harta sendiri dapat membuat pewarisan pada yang berhak. 

- Dapat membela nasib anak anak yang ditinggalkan. 

- Memudahkan urusan urusan isteri dalam mengetahui lebih lanjut urusan perniagaan dan harta suami. 

- Isteri yang ditinggalkan tidak perlu bersusah payah menunggu lama untuk menggunakan wang yang di tinggalkan bagi meneruskan kehidupan. 

- Dengan melantik wasi bagi melaksanakan wasiat akan dapat pemudah cara dan pendamai selain daripada melaksanakan jariah si mati dan membahagikan harta pusaka untuk meneruskan kesinambungan kehidupan. 

MAIS Selaku Wasi Kepada Wasiat Umat Islam 

Bagi yang mencari agensi untuk membuat wasiat, MAIS adalah agensi utama agama Islam dalam negeri Selangor berbidangkuasa untuk bertindak sebagai wasi kepada wasiat umat Islam. MAIS juga mempunyai perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti hibah, pengamanahan dan harta pusaka. 

Sila layari www.mais.gov.my untuk keterangan lebih menyeluruh mengenai WASIAT!

Orang yang membuat wasiat sebelum meninggal dia adalah orang yang bijak kerana mengingati mati. Apabila kita mengingati mati, maka kita akan membuat perancangan supaya kehidupan kita di dunia ini tidak sia-sia dan apabila matinya kita kelak tidak pula memberikan beban kepada waris yang masih hidup. 

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat kita semua dan membuka mata kita dalam mengetahui dan memahami lebih baik mengenai WASIAT!

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. harta pusaka jgn buat main kan ,bahaya klu termakan .. karma itu ada

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.