Kelas Tuisyen Online Pilihan Ibubapa Untuk Tahun 2021

Kelas Tuisyen Online Pilihan Ibubapa Untuk Tahun 2021 | Sesi persekolahan 2021 dah nak bermula, tapi masih ada lagi ibubapa yang tercari-cari pusat tuisyen mana nak daftar anak anak untuk tahun hadapan? Mana taknya sistem pembelajaran sekarang bukan macam dulu. Dengan sistem pembelajaran yang sentiasa diperbaharui dan terkini di tambah pula dengan soalan peperiksaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) anak anak tak terkejar kalau setakat belajar di sekolah sahaja. Nak harapkan anak anak belajar setakat di sekolah saja, memang tak cukup. Kena cari kelas tuisyen juga agar anak anak dapat belajar dengan guru guru pakar bagi memudahkan proses pemahaman dan penguasaan satu satu subjek. 

Jadi sebagai ibubapa KakYa kena fikir mana nak cari pusat tuisyen online terbaik untuk Akif. Tahun depan dia dah masuk darjah enam. Kalau keadaan COVID 19 masih lagi berleluasa, KakYa fikir kaedah alternatif untuk Akif tuisyen adalah secara online. Alhamdulillah sekarang ni pon Akif dah boleh terima kaedah pembelajaran secara online bilamana guru guru sekolah menggunakan kaedah pembelajaran secara online sepanjang pembelajaran di rumah. Jadi takde masalah untuk dia kalau KakYa pilih tuisyen secara online. 


Fly High Training Centre Pilihan Terbaik Tuisyen Online 2021

Nak cari pusat tuisyen online yang sesuai, bagus dan berkualiti payah jugak kan? Tersalah pilih lain pulak jadinya. Nasib baik la rakan blogger merangkap big boss KBBA9 Ben Ashaari perkenalkan kat KakYa Fly High Training Centre. Pusat tuisyen Fly Hight Training Centre bertempat di Alam Avenue 2, Shah Alam Selangor menyediakan tuisyen secara fizikal dan juga online. Ok ada kelas online juga! Jadi memang sesuai sangat la untuk daftarkan anak anak tuisyen secara online. 

Fly High Training Centre pusat tuisyen terbaik di Malaysia

Berpeluang Join Kelas Online Fly High Training Centre Subjek UPKK

Alhamdulillah, dua hari lepas KakYa berpeluang join kelas online Fly High Training Centre untuk subjek UPKK. Kelas berlangsung selama lebih kurang  2 jam. Bukan 2 jam tapi lebih dari 2 jam KakYa dan anak anak pelajar menimba ilmu UPKK bersama guru pembimbing kelas UPKK Ustazah Siti Zubaidah Isa. Tajuk untuk sesi semalam Bengkel UPKK Random Subjek Killer Sirah Dan Ibadah. 

Fly High Training Centre pusat tuisyen terbaik di Malaysia
Slide yang di sediakan oleh Ustazah Siti Zubaidah memang menarik perhatian dan kreatif sangat. Ceria dan cantik. 

Fly High Training Centre pusat tuisyen terbaik di Malaysia

Berjaya Menarik Minat Anak Anak Untuk Lebih Fokus 

Pendapat KakYa sebagai ibubapa, KakYa rasa teruja dan tak sabar untuk teruskan kelas bilamana mendengar satu persatu penerangan demi penerangan daripada Ustazah Zubaidah Isa. Anak anak pelajar yang join kelas semalam pon nampak teruja dan tak bosan dalam kelas. 

Diaorang semua enjoy dan bagi kerjasama yang baik dan lebih fokus. Rajin bertanya soalan dan berkomunikasi  santai bersama Ustazah dan Ustazah Siti Zubaidah pula bijak menarik minat anak anak pelajar untuk terus kekal bersemangat hingga tamat kelas. Macam macam soalan yang ditanya. Ada beberapa soalan bab  jenazah dan topik topik lain dari anak anak boleh buat KakYa tergelak. Pertanyaaan demi pertanyaan menjadikan sesi kelas online berjaya dihidupkan dengan sempurna. Apabila Ustazah Siti Zubaidah mengajukan soalan masing masing berebut bagi jawapan. Mereka boleh bagi jawapan yang betul disebabkan fokus paa pembelajaran sepanjang sesi berlangsung. Inilah yang KakYa suka. Seronok belajar camni. 

Kelas pon bertambah ceria bila diselitkan gurau senda dan gelak ketawa. Takde la anak anak stress jer sepanjang belajar. Ya la kan belajar online ni tak sama belajar secara bersemuka. Jadi kalau anak anak boring susah juga untuk diaorang fokus pada pelajaran.  Jadi cara yang diterapkan leh Ustazah Siti Zubidah cukup bijak dan berkesan dalam melayan karenah anak anak pelajar.

Sebelum selesai kelas semalam ada pula sesi menjawap kuiz untuk anak anak pelajar. Ustazah Siti Zubaidah bagi 50 soalan untuk bahagian Sirah dan 50 soalan untuk bahagian Akidah. Alhamdulillah anak anak pelajar dapat menjawap dengan baik. Kekalkan momentum wahai anak anak. Semoga berjaya untuk UPKK 2021. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 

Fly High Training Centre pusat tuisyen terbaik di Malaysia

Sedikit maklumat mengenai Ustazah Siti Zubaidah Isa.

Ustazah Siti Zubaidah Isa (UPKK)

- Profil Ustazah Zubaidah Isa 
Guru KAFA Berpengalaman
• Pemeriksa Kertas UPKK Sejak 2018 
• Penyelaras Peperiksaan UPKK 
• Guru Celik Jawi & Solat
• Guru Quizziz UPKK 
• Guru Program Meroket UPKK 
• Mempunyai 'track-record' cemerlang dalam pencapaian  anak didik dalam UPKK 2019
• Guru Panel Fly High Training Centre
• Guru kelas dalam talian UPKK sejak Mac 2020

Ok dah ada satu pilihan untuk kelas UPKK anak anak kan? Untuk kelas lain macam mana pula? Jangan risau Fly High Training Centre menyediakan pelbagai kelas teras untuk pelbagai peringkat umur bermula tahun 3 hingga tahun 6 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Tak perlu nak susah susah pilih lagi, nak hantar anak tahun 6 ke mana, anak tingkatan 1 ke mana! Fly High Training Centre dah ada semua. Lagi senang dan mudah. 

Tenaga Pengajar Cemerlang Dan Berkaliber

Untuk pengetahuan korang,  guru guru pengajar di Fly High Training Centre terdiri daripada guru cemerlang yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing masing. Berikut KakYa kongsikan serba sedikit latar belakang tenaga pengajar yang terlibat di Fly High Training Centre.

Cikgu Ridzuan (SAINS Prem A)

- Profil Cikgu Ridzuan

Jurulatih Utama PPSMI
• Penulis Modul Sains Tahun 4, 5 & 6
• Penceramah Bebas atas Jemputan Sekolah-sekolah Seluruh Negara
• Bekas Penceramah BH DIDIK
• Pembimbing kelas Premium dan Elite FHTC

Cikgu Asri (B.MELAYU Prisma)

- Profil Cikgu Asri 

Guru BM
• Penulis Modul DBP
• Penceramah Bengkel UPSR sejak tahun 2000
• Pengajar Kelas Berkala UPSR & Sekolah Menengah
• Pembina Item Soalan UPSR
• Penerima Anugerah Silver Inside Universiti Malaya Modul SPEKTRUM untuk sekolah rendah dan menengah

Cikgu Hj Zulkifli (MATHS Prem A)

- Profil Cikgu Hj Zulkifli

Guru Cemerlang Matematik
• Guru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
• Guru (SEAMEO- RECSAM) specialist "Higher Order Thinking and Creative  Problem Solving"
• Guru Dual Language Program (DLP)
• Pembimbing kelas Pemium dan Elite FHTC

Teacher Manisah (B.INGGERIS Prisma)

- Profil Teacher Manisah

Berpengalaman memberi ceramah sejak 1996
• Jurulatih Utama BI Peringkat Negeri Selangor
• Pembina Modul BI Jabatan Negeri Selangor
• Pembimbing kelas Premium dan Elite FHTC

GB Shahril Othman

- Profil GB Shahril Othman 

• Guru Cemerlang Matematik
• Jurulatih Utama Kebangsaan
• Guru Inovatif Kebangsaan
• Penulis Buku Matematik KSSR
• Tenaga Pengajar  TV Pendidikan PKP

Cikgu Ghalib 

- Profil Cikgu Ghalib

Munsyi Dewan 
• Panel Penulis Buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah (TDESR) & Tatabahasa Dewan Sekolah Menengah (TDESM)
• Penulis Buku DBP
• Tenaga Pengajar KELAS BERKALA UPSR, PT3 & SPM

Cikgu Shukry Supaat

- Profil Cikgu Shukry Supaat 

Jurulatih Utama Kebangsaan Sains
• Penggubal Kebangsaan Modul Pengajaran Sains Kementerian Pendidikan Malaysia
• Penceramah Teknik Menjawab Sains UPSRPenulis Ulasan Sains Akhbar Pendidikan
• Penulis Buku Model Soalan Sains UPSR
• Tenaga Pengajar TV Pendidikan PKP.

Jadual kelas untuk sesi 2021 Fly High Training Centre adalah seperti di bawah;

Fly Hight Training Centre

Fly High Training Centre pusat tuisyen terbaik di Malaysia

Fly High Training Centre pusat tuisyen terbaik di Malaysia

Fly High Training Centre pusat tuisyen terbaik di Malaysia

Fly High Training Centre pusat tuisyen terbaik di Malaysia

Fly High Training Centre pusat tuisyen terbaik di Malaysia

Daftar Tuisyen Online Sesi 2021 Untuk Anak Anda Sekarang!

Jadi apa tunggu lagi, peluang untuk anak anak korang belajar secara online dah pon kat depan mata. Jangan lupa rebut peluang menimba ilmu bersama barisan tenaga pengajar cemerlang dan berkaliber di Fly High Training Centre bagi memastikan anak anak anda memperoleh ilmu yang bermanfaat dan mencapai prestasi akademik terbaik dan tertinggi! InsyaAllah. 

Untuk sebarang maklumat lebih detail, sila hubungi atau layari laman tertera dibawah;


Untuk maklumat berkenaan kelas tuisyen online tahun 1 hingga 6 sesi 2022, sila klik link di bawah;

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.