Doa Mendapatkan Jodoh Yang Baik

Doa Mendapatkan Jodoh Yang Baik | Alhamdulillah syukur pada Allah, pagini masih lagi di beri ruang juga peluang untuk terus bernafas di bumi bertuah ini. Terima kasih Allah atas nikmat yang KAU berikan. Syukur Ya Alalh dapat lagi KakYa berkongsi ilmu bersama sahabat pembaca blog KakYa. Kalini KakYa nak kongsikan doa mendapatkan jodoh yang baik.  Doa ini KakYa dapat hasil perkongsian dari  telegram Raudah Bonda Global. Berikut KakYa kongsikan tiga doa hang boleh diamalkan untuk mendapat josoh yang baik. 

Pertama:

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِين

Rabbi la tadzarni fardan wa anta khairul waritsin

Ertinya: Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik. (QS al Anbiya: 89).


Kedua:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imama

Ertinya: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (QS. Al-Furqan; 74).

Ketiga:

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqir

Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku. (QS. al Qasaas: 24)


Amalkan kerana Allah. Allah Ya Baari'. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat buat kita semua. InsyaAllah. Aamin aamin Ya Mujib.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.