Basahkan Bibir Dengan Selawat Dan Istighfar

December 29, 2020

Basahkan Bibir Dengan Selawat Dan Istighfar | Alhamdulillah syukur Ya Allah, malam ni dapat lagi KakYa berkongsi ilmu bersama sahabat pembaca blog KakYa. Perkongsian daripada sahabat GT5P, PSC dan Hikmah Berzikir, KakYa kongsikan kat sini juga. Sama sama kita berkongsi ilmu. Semoga ilmu yang KakYa kongsikan dapat memberi manfaat buat kita semua. InsyaAllah. Tak nak buang masa, KakYa teruskan perkongsian ilmu malam ini dengan tajuk basahkan bibir dengan selawat dan istighfar. 

Biasakan bibir kita dengan berselawat dan beristighfar. Sucikan hati dengan selawat dan istighfar. Selawat, selawat, selawat. Istighfar, istighfar, istighfar.

Kenapa kita selalu ditekankan mengenai dua perkara ajaib ini? Kerana pada selawat ada keberkatan yang tak ada pada amalan lain, antaranya ilmu mudah untuk sampai ke dada serta tenang. Kerana pada istighfar fadhilatnya tidak mampu menandingi amalan lain, antaranya Allah memudahkan urusan kita.

Sebab itu selawat dan istighfar ini teramat amat penting buat kita semua. Kalau stress atau ilmu susah nak masuk, amalkanlah ia. Biar jadi terapi untuk diri kita.

Carilah Penawar Dengan Selawat Dan Istighfar 

Banyak manusia yang telah berusaha tetapi mereka gagal. Banyak manusia yang kecewa dengan hidup. Banyak manusia yang merasakan hidup mereka tidak berguna. Banyak manusia yang rasa sangat lesu dan lemah. Banyak manusia yang telah putus asa dengan hidup. Banyak manusia yang rasa lebih baik mati dari hidup. Banyak manusia yang nampak seperti hidup tetapi sebenarnya mereka sudah lama mati. Banyak sangat manusia begini.

Kepada mereka yang rasa sangat lemah dengan hidup. Carilah penawar. Penawarnya tetap ada dan sangat mujarab. Penawarnya ialah CARILAH ALLAH dengan selawat dan istighfar.

Lakukan semua ini dengan ikhlas maka pencarian cinta dengan Allah akan berjaya. InsyaAllah. 

Kelebihan Selawat 

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani Al-Hasani menyatakan kelebihan berselawat ke atas Nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar” ;

1. Melaksanakan perintah Allah SWT.

2. Bersamaan dengan selawat Allah SWT kepada Rasulullah SAW. 

3. Mendapat ganjaran 10x selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat daripada Allah SWT bererti rahmat.

4. Bersamaan dengan selawat para malaikat.

5. Dikurniakan oleh Allah SWT 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat.

6. Dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat.

7. Dihapuskan oleh Allah SWT 10x kejahatan atas setiap selawat.

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah SWT.

9. Mendapat syafaat daipada Rasulullah SAW.

10. Mendapat keampunan Allah SWT dan akan ditutup segala keaiban.

11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita.

12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah SAW.

13. Mendapat darjat al-sidq (jujur lagi benar).

14. Ditunaikan segala hajat.

15. Selamat sejahtera pada hari kiamat.

16. Allah SWT dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga.

18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat.

19. Rasulullah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.

20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.

22. Tidak akan merasai fakir.

23. Terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil.

24. Mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah SAW.

25. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga.

26. Menjauhkan seseorg itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau daripada majlis-majlis lagha (lalai).

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah SWT apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

28. Selamat melintasi titian sirat al-mustaqim pada hari kiamat.

29. Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh.

30. Disambut oleh Allah SWT pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

31. Mendapat keberkatan Allah.

32. Mendapat kesempurnaan iman.

33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW.

34. Mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah SWT.

35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah SAW secara langsung.

36. Teguh pendirian dengan kebenaran.

37. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah SAW keatas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah SWT yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah SAW kepada kita.

38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah SWT.

39. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah SWT.

40. Berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah SWT ke atas Rasulullah SAW dan kepada diri sendiri.

41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah SAW dalam jiwanya.

42. Dikurniakan oleh Allah SWT seorang Syeikh dan Murabbi.

Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi wahai saudaraku, cintai sunnahnya. Dengan berselawat kamu akan memiliki cahaya yang membuka pintu ketauhidan ihsan dan menanggalkan kotoran syirik pada batinmu.

Kelebihan Istighfar 

Antara kelebihan yang diperolehi oleh orang yang selalu beristighfar adalah;

1. Memperoleh keampunan dari Allah SWT atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.

2. Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan.

3. Mendekatkan diri kepada Allah Subhanhu wa Ta‘ala kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah SWT dan untuk mencapai keredhaanNya.

4. Memperolehi perlindungan dari Allah SWT daripada tipu daya serta hasutan syaitan kerana menghiasi lidah dengan istighfar merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan.

5. Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan apa yang dilarangNya.

6. Memperoleh keutamaan dan anugerah dari Allah SWT berupa nikmat bagi sesiapa yang mengamalkannya seperti diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.

Sama sama kita perbanyakkan amalan berselawat dan beristighfar dalam hidup kita seharian. Moga mendapat lebih manfaat, insyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 

 

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

  1. good sharing .. betul tu..kita basahkan bibir dgn zikir..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.