ThomX School - Uniform Sekolah Selesa Dan Bebas Kedutan

November 30, 2020

ThomX School - Uniform Sekolah Selesa Dan Bebas Kedutan | Musim persekolahan untuk sesi 2021 bakal kembali tidak berapa lama lagi. Sebagai ibubapa KakYa dan suami perlu menyediakan kelengkapan sekolah lebih awal terutama untuk uniform sekolah. Untuk sesi persekolahan 2021, KakYa pilih uniform sekolah jenama ThomX School untuk anak anak. Berbanding tahun tahun yang lepas KakYa biasanya beli uniform sekolah anak anak kat kedai dan pasaraya tapi kalini KakYa pilih untuk beli secara online. Musim sekarang dengan COVID19 yang masih berleluasa menjadikan KakYa lebih berhati hati untuk bawa anak anak keluar. Jadi pilihan tepat adalah beli secara online. Lebih selamat dan mudah. 

Korang pernah dengan mengenai ThomX School? Kenapa KakYa pilih jenama ThomX School? Ok kita citer satu persatu kat sini. 


ThomX School - Jenama Yang Tidak Asing Lagi Di Malaysia 

ThomX Scholl satu jenama baju sekolah yang tidak asing lagi di Malaysia. ThomX Scholl mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam industri pakaian seragam sekolah dan telah membekalkan produk pakaian sekolah ke beberapa sektor peruncitan. Pihak ThomX Scholl bermula dengan penjualan di luar talian dan kini beralih ke dalam talian bagi memudahkan pembelian secara online.


Berikutan prestasi memberangsangkan dan cemerlang, jenama ini menjadi pilihan nombor satu ibubapa di Malaysia. ThomX Scholl juga telah di anugerahkan beberapa anugerah antaranya;

- Awarded No 1 Online School Uniform brand in Malaysia 2017
- Top 3 Parent Love School Uniform in Malaysia 2017 
- Malaysia 1st wrinkle-free school uniform supplier

Mengapa KakYa Pilih ThomX School Untuk Uniform Sekolah Anak Anak

Korang pasti tertanya tanya apa kelebihan uniform sekolah dari ThomX School berbanding uniform sekolah dari jenama lain di pasaran. Bagi yang tertanya tanya mengapa dan kenapa, KakYa senaraikan satu persatu kat bawah;

- Pakaian seragam sekolah ThomX School adalah anti kedut. Ni yang paling KakYa dan anak anak suka. Tak perlu nak bazirkan masa iron baju sekolah lama lama. Kejap jer dah selesai iron. Anak anak akan lebih selesa kerana fungsi anti kedut menjadikan pakaian sekolah diaorang sentiasa kemas dan kurang kedutan sepanjang waktu belajar hingga balik rumah. 

Baju sekolah anti kedut dan mudah rosak

- Pakaian seragam sekolah ThomX School  diperbuat daripada kain yang selesa dan berkualiti tinggi. Ini membuatkan anak-anak KakYa  merasa lebih selesa terutama pada waktu musim panas. Penggunaan kain yang selesa memang pilihan utama KakYa untuk anak anak agar diaorang lebih fokus sewaktu tempoh pembelajaran di sekolah. 

Baju sekolah anti kedut dan mudah gosok

- Pakaian seragam sekolah ThomX School tidak akan menjadi kekuningan. Korang perasan tak sesetengah pakaian seragam sekolah mudah menjadi kekuningan akibat kerap di basuh tetapi ThomX School kekal putih berseri. Sebab tu la KakYa pilih ThomX School. Berbaloi baloi. 

ThomX School - Baju Sekolah Anti Kedut Untuk Anak Anda Juga 

Jangan lupa untuk dapatkan ThomX School uniform sekolah bagi tahun 2021. Sangat sangat berbaloi kerana jimat masa, harga berpatutan, selesa dan paling penting bebas kedutan. Jimat masa menggosok uniform sekolah anak anak. 


Sebelum terlupa KakYa nak war warkan kat sini, selain uniform sekolah pihak ThomX School turut menyediakan kelengkapan sekolah yang lain antaranya pakaian seragam unit beruniform, aksesori lain seperti tali pinggang, kasut, stokin, tudung, songkok dan juga beg sekolah.


Kalau korang berminat nak dapatkan baju sekolah anti kedut dan kelengkapan sekolah yang lain dari ThomX School, korang boleh klik link di bawah : 


Untuk maklumat lebih detail mengenai ThomX School sila layari: 

Facebook: ThomX School
Website: ThomX School


Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. Wah..awal buat persediaan. Saya tak beli kot untuk tahun depan. sebab 2 bulan lepas dah beli baju baru. Tak sangka pulak nak kena pkp.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.