Telur Kembar

November 15, 2020

Telur Kembar | Baru baru ni encik suami ada beli telur kat kedai. KakYa pesan beli 10 biji jer la nak baking kek coklat dan yang selebihnya nak guna untuk buat roti telur dan sebagainya. Makanya KakYa guna dulu 3 biji untuk buat roti telur. Anak anak minta buatkan roti telur jer seba  gak nak makan nasi. Jadi telur dah ada Umi buatkan jer la. Tunaikan permintaan anak anak.

KakYa ni jenis berhati hati sikit kalau bab bab telur ni. Kalau pecahkan telur KakYa takkan pecahkan semua sekali dalam bekas. KakYa akan pecahkan 1 persatu dalam bekas berlainan pastu baru masuk kat dalam bekas utama. Bimbang takut ada telur yang rosak sayang la bila kita dah campurkan sekali masa nak pecahkan. Tak pepasal bercampur ngan yang rosak. Jadi seeloknya pecahkan dalam bekas asing asing. 


Nak jadi cerita masa pecahkan satu telur KakYa perasan telur tu kembar. Lama betul tak jumpa telur kembar memang teruja la terus tangkap gambar. Sebelum KakYa pecahkan telur tu, KakYa perasan telur tu lain sikit, dia besar sikit dan kulit bila kita pegang telur boleh rasa cam ada sekatan (ala lupa nak tangkap gambar sebelum pecahkan telur). Tatau nak terang camno hehehe. Tak reti nak terang lebih lebih. 


Telur kedua pon kulit luar camtu jugak. KakYa dah rasa dah masa nak pecahkan yang kedua tu, yang ni confirm kembar jugak. Sebab tu KakYa pecahkan dalam bekas berlainan. Ya betul! Telur kedua pon kembar. Pastu yang ketiga pon sama kembar jugak. Dah boleh agak sebelum pecahkan bila tengok kulit luar telur dan telur tu besar sikit daripada biasa. Tiga bijik telur kembar. Mana nak dapat! Sejarah betul la. 


Lepas dah pecahkan asing asing masukkan dalam satu bekas. KakYa tunjuk gambar ni kat Akif. Dia cakap apa tuu?? Hahaha telur la nak! (Tahu la telur tapi nak bagitau tentang apa sebenarnya. Telur tu dah memang Akif kenal la itu telur) Nak citer apa ambik gambar telur. Hahaha. Pastu KakYa suruh la dia perhati dann jawap berapa bijik telur dalam bekas ni. Ya dia jawap 6 biji. See dia pon tak perasan mula mula. Pastu bila dia kuis kuis sikit sikit aikk melekat laaaa ia cakap telur kembar ke ni.. Hahaha yo la nak telur kembar. 

Bila dia tau telur kembar dia cakap la (Umi makan la nanti Akif boleh adik kembar 6 orang. Perut Umi besar mesin basuh sebab  mengandung enam kembar) Hadoii laaa Akif oh Akif macam macam la dak kecik sorang ni. Ramai benorrrr.

Ok sambung citer telur kembar tak abih lagi ni. Sebenarnya masa KakYa guna 2 biji untuk kek coklat, telur kembar jugak tapi takde la nak tangkap gambar dah sebab banyak dah tangkap gambar sebelum ni. Pastu yang lima bijik lagi pon kembar jugak. Memang sejarah betul la beli telur dapat semua 10 biji telur kembar. Nak jadi rezeki dapat telur kembar aritu. 

Pastu KakYa cakap la dengan encik suami, nanti abang pegi la lagi kat kedai tu abang beli 10 biji lagi telur kat situ. Kita tengok dapat telur kembar lagi tak pasni. Encik suami cakap dia yang pilih sendiri semua 10 biji telur tu. Tak sangka pulak semua kembar. KakYa syak satu tray 30 biji gang telur yamg sama ni kembar jugak la kot. Hahahahaha .... kisah telur kembar.

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. samalah last week pun dapat 6 biji mcm ni juga. 3 biji pecahkan , ada kembar, total tlur merah dpt 6 biji...

    ReplyDelete
  2. Biasanya kalau telur gred A memang dapat kembar.Saya selalu beli telur sepapan Gred A, boleh kata semuanya kembar. ada sebiji dua je yang ada 1 telur kuning. Kalau beli telur yang besar2 tu mesti kembar.Puas hati la..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.